Search This Blog
Wednesday, September 12, 2012
Autonomi Untuk Sabah Adalah Autonomi Untuk Rakyatnya
By J Lakai
Harapan rakyat "Kami menuntut autonomi atau Sabah sebagai Negeri Merdeka" mesti sentiasa di ucap dan di hati semua pemimpin-pemimpin sebenar di Sabah.
Jika dilihat di kedua-dua belah negeri, jurang politik Sabah dan Malaya (Semenanjung Malaysia) sangat-sangat berbeza, selain pemimpin-pemimpin kita (Sabah) telah lama dilihat tidak berupaya dan ketakutan dengan mengganggap orang Malaya sebagai tuan mereka.
Mereka ini tidak akan berani bersuara untuk menentang ketidakadilan yang berlaku setiap hari kepada rakyat Sabah. Dan walaupun jika dilihat mereka bercakap ianya sebagai jeritan pasif – iaitu asal bercakap dan berkata sesuatu tetapi tidak memberi kesan atau mengugat.
Ia diumpamakan seperti anjing yang sepatutnya menyalak dan mengawal sebuah rumah daripada pencuri – tetapi dalam hal ini dilihat anjing tersebut hanya berani menyalak tetapi tidak berani mendekati dan menghalau pencuri malah hanya menyalak di belakang rumah sehingga mudah membenarkan pencuri masuk ke dalam rumah dan mencuri semua barang-barang.
Tetapi sekarang, ramai di antara kita telah bangkit dan sedar daripada tidur. Kita telah diganggu sekian lama dan kini kita harus sedar bahawa selama ini diri kita dibakar dalam era politik yang baru.
Sekarang kita harus bersatu dan berani menerima cabaran. Kita semua perlu bersatu untuk melindungi Negeri Sabah Negeri Kita.
Kadar ketamakan yang semakin menggila:
Disebabkan suda terlalu lama ahli-ahli politik dalam kancah politik maka mereka semakin menggila dan secara terang-terangan membeli undi dengan duit atau juga dikenali sebagai politik wang.
Konsep perjuangan tradisional, bersungguh-sungguh dan bercita-cita tinggi untuk kepentingan bersama telah dicantas dengan kepentingan diri dan sifat tamak. Ini berlaku secara sepantas kilat dan tidak disedari sekian lama.
Sabah sebagai sebuah negeri tidak dapat bergerak seiring dengan sifat tamak ini maka itulah negeri kita yang indah ini semakin bahaya dan menuju ke arah jalan yang musnah.
Oleh itu, kita harus tegas dan menghapuskan orang-orang tamak ini bukan sahaja untuk menjaga kehormatan dan maruah kita sekarang tetapi juga untuk kebaikan generasi kita yang akan datang dan juga generasi anak-anak kita agar mereka dianggap mulia.
Jika dilihat pada pilihanraya yang lepas, kedua-dua parti iaitu kerajaan dan pembangkang berusaha bersungguh-sungguh untuk memenangi hati dan minda rakyat Sabah untuk mendapatkan hak mentadbir negeri.
Parti-parti politik harus menghentikan amalan membeli hati dan minda rakyat dengan pemberian dan projek-projek kecil pada masa tersebut sahaja tetapi pada masa yang sama janji-janji lain tidak dipenuhi dan hanya meninggalkan kesan buruk dan kecewa di kalangan masyarakat.
Ramai rakyat Sabah putus harapan dan kecewa kerana undi mereka tidak sah dan hak mereka telah di ambil oleh pengundi hantu/ import. Perkara ini harus berakhir dan saya percaya masih ada dikalangan kita yang berintegriti dan boleh membawa harapan baru.
Politik Bersih dan Pilihan Raya:
Kami dengan suara yang lantang pohon agar pilihanraya di Malaysia haruslah bersih dan adil.
Dengan cara ini, orang-orang yang kecewa, marah, dan berasa ketidakadilan boleh menerima perubahan tanpa persoalan kerana memenuhi kehendak rakyat dan para pemenang boleh memerintah segera bagi melaksanakan janji-janji dan manifesto semasa pilihanraya.
Jika Malaya tidak boleh memenuhi permintaan kita secara adil dan munasabah maka kita mesti menuntut kuasa autonomi, bebas dalam Malaysia tetapi kami bukan meminta untuk berpisah.
Walaubagaimanapun, jika tuntutan-tuntutan ini terus dipandang remeh oleh pemimpin kita yang pekak dan hina seperti sekarang, maka tiada alternatif lain selain kita bersatu dan berusaha untuk mendapatkan kedaulatan sendiri mengikut syarat-syarat yang telah dipersetujui pada tahun 1963.
Pemimpin-pemimpin di Malaya harus membuat pilihan sekarang sebelum pilihanraya umum ke-13, kerana selepas PRU-13 kuasa adalah pada rakyat dan bukan pada pemimpin lagi.
Keputusan yang salah akhirnya akan merugikan Malaya tetapi tidak pada Sabah kerana Malaya pada masa ini semakin kekurangan sumber untuk menampung penduduk yang semakin meningkat. Paling kesian (ironi), pertambahan penduduk ini dirancang untuk kepentingan politik Malaya.
Malaya mengambil Hak Kelahiran Kami:
Tiada sebab lagi mengapa Sabah perlu merujuk hak sendiri kepada Putrajaya.
Berapa banyak lagi Malaya memerlukan darah daripada kita. Mereka telah mengambil petroleum dan gas daripada kita. Mereka juga telah mengambil tanah kita iaitu hak kita sejak lahir.
Mereka telah mengenakan dan mengakibatkan kos sara hidup kita tinggi. Mereka mencekik kita dengan perdagangan dan industri dengan dasar yang telah disabotaj.
Malaya sebabkan darah kita semakin kering!
Yang terbaru kita dijajah dengan tajuk berita di seluruh akhbar-akhbar tempatan dan negara dengan sejarah yang telah diubah dan diputarbelitkan.
Selama ini, sejarah telah ditulis hanya untuk memuliakan mereka sendiri dan untuk mengukuhkan ketuanan mereka ke atas rakyat di Sabah dan Sarawak. Mereka telah mencemarkan minda anak-anak kita.
Perkara ini harus dihentikan. Kita mahu sejarah ditulis berdasarkan kepada fakta dan bukti-bukti kukuh dan bukannya mengikut kehendak Putrajaya.
Kami mahu Sabah Kembali:
Kami mahu ekonomi yang seimbang. Kami mahu pengagihan kekayaan yang adil dan saksama.
Jika mereka tidak mengubah dasar-dasar sedia ada yang berat sebelah, maka kami mahu dan akan menentukan nasib sendiri.
Malaya boleh menyimpan sejarah mereka, mereka boleh terus memutarbelitkan ekonomi demi membayar hutang-hutang mereka selain mengekalkan populasi masyarakat mereka demi kepentingan politik mereka. Tapi yang pasti kami mahu Sabah Kembali.
Kami Rakyat Sabah berpendidikan dan terpelajar. Kami lebih sesuai dan lebih layak menjaga hal-ehwal negeri sendiri. Ini tidak boleh dipertikaikan.
Kuala Lumpur telah mengatakan bahawa Rakyat Sabah tidak boleh mentadbir negeri dengan berkesan. Kenyataan ini benar-benar sebagai satu penghinaan besar pada rakyat Sabah.
Paling teruk adalah persetujuan tersirat oleh kerajaan negeri dan kita tidak dapat berbuat apa-apa selain perlu merujuk ke Putrajaya.
Tiada Kompromi terhadap Pendidikan:
Daripada semua kepentingan, ia adalah satu kawalan dan bukannya pada kebolehan. Menteri yang bertanggungjawab terhadap pendidikan di Sabah secara terang-terangan mengaku bahawa beliau tiada kuasa. Pengarah pendidikan pula seperti tunggul. Segala-galanya mesti dirujuk kepada Putrajaya.
Hubungan antara persekutuan dan negeri yang kita lihat hari ini adalah bertentangan dengan yang telah dipersetujui dan dijanjikan dalam Perjanjian Malaysia 1963. Adakah Salah jika kami mahu menuntut kembali sistem pendidikan kami sendiri?
Sejak tahun 1965, demi pembinaan bangsa kita telah mengikut kurikulum kebangsaan dan sepanjang proses itu kita telah mengorbankan 47 tahun kemajuan sebenar negeri Sabah.
Tolak ansur dan tolenransi kami sejak 47 tahun yang lalu untuk “Sistem Pendidikan Malaysia” menyebabkan kos daya saing global yang sangat tinggi bagi tiga generasi di Sabah.
Kami Rakyat Sabah tidak lagi mahu membuat pengorbanan atas nama membina negara dengan menggunakan hak-hak anak-anak kami.
Jika dilihat, sistem pendidikan sekarang tidak ada masa depan yang cerah dan cemerlang. Pendidikan sangat penting. Kita mesti bebas untuk menentukan nasib kita sendiri. Kita tidak boleh bertolak ansur mengenai isu pendidikan ini.
Maruah Sabah:
Sebagai sebuah negara demokrasi, kami menerima sesiapa sahaja yang datang ke Sabah untuk menubuhkan dan mengembangkan parti politik mereka.
Walau bagaimanapun, terdapat satu kriteria penting - lagu negeri "Sabah Tanah Airku" harus dihormati oleh semua parti-parti politik di Sabah.
Bagi setiap parti politik, ini adalah sebagai ukuran keihklasan anda terhadap masyarakat Sabah yang mana anda berada di Sabah bukan untuk keuntungan politik untuk diri sendiri tetapi anda berada di sini untuk bekerja dengan rakyat Sabah dan sama-sama mengembleng tenaga dan usaha untuk menjadikan Sabah Maju Jaya dan terbaik dengan segala cara yang ada.
Ini adalah permintaan Rakyat Sabah dan salah satu kriteria penting untuk berada di Sabah. “Sabah Tanah Airku”memberi erti besar dan merangkumi erti menjadi Rakyat Sabah
Nenek Moyang kami mencipta dan mengubah lagu negeri ini dan ia membawa mesej yang sangat bererti kerana niat mereka mesej yang disampaikan akan menjadi pegangan/ doktrin hidup masyarakat Sabah.
"Merdeka Sepanjang Masa" dan "Sabah, Negeri Merdeka" - ini adalah apa yang ada pada Kami. Kami adalah bebas dan kami akan sentiasa bebas.
Writer: Joseph Lakai is a murut test pilot, engineer, and a part time researcher in Progressive Institute of Public Policy Analysis (PIPPA). He is also a vice chairman of Parti Maju Sabah (SAPP), N-34 Liawan CLC
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
An autonomy long overdue...
ReplyDeleteMemang itu yang kita harapkan sangat untuk Sabah.
Deletebayausbh.blogspot.com
Mungkin ada sesetengah part yang mana bukan dibawah bidang Kerajaan NEgeri. Tapi jika boleh berikan autonomy Sabah itu sebaiknya pada perkara yang sepatutnya.
DeleteStrike the best for the people in Sabah.
DeleteThe New Education Blueprint 2013-2025 is ready for feedback from stakeholders. Take note.
ReplyDeleteLast year, over one or two days I skipped preparing home-cooked meals for my children to focus on cyber-sharing some experiences in support of the continuation of PPSMI. A lot of concerned individuals shared some similar experiences. The storm was weathered for a while. But looks like dropping PPSMI is lanced to a certainty.
What is your opinion?
@ Joseph Lakai : "Sabah Tanah Airku" sangat sinonim dengan sebuah Negara yang merdeka dan bukan sebagai salah satu dari 13 negeri di Malaysia ini.
ReplyDeleteRamai lagi orang kita yakni penduduk negeri Sabah ini yang tidak tahu keadaan sebenar dan apa sebenarnya yang berlaku. Salah satu punca keadaan ini berlaku ialah siaran berita terutamanya TV1(termasuk semua media pro kerajaan BN)hanya mengfokuskan kepada apa yang mereka 'mahu tonjolkankan' dan baik untuk rakyat saksikan sahaja. Perkara selain itu tidak akan dapat diketahui terutamanya seperti artikel yang saudara JL tulis ini.
Mudah-mudahan lebih banyak penjelasan dalam artikel-artikel lain supaya lebih ramai orang kita sedar akan keadaan ini.
"Merdeka Sepanjang Masa"
sons of the soil
89058 kudat.
Rakyat tidak dipaksa untuk menonton TV1,TV2 atau TV3 sahaja. Mereka boleh saja tengok media laternatif yang lain tetapi dalam masa yang sama harus bijak buat penilaian kerana sesetengah berita yang disampaikan berat sebelah.
Deletememang panjang autonomi ni, for me Sabahan ada rancangan sendiri, samada sebagai ahli Malaysia atau meninggalkan negara yg perpaduaan ni, perasaan sekeluargaan sudah ditumbuh dlm hati semua rakyat Malaysia. Berfikir baik2 sebelum buat keputusan.
ReplyDeleteyang penting perpaduan itu dipertahankan...
DeletePerpaduan harus diutamakan agar negara terus berkembang.
DeleteHarap isu ini akan mendapat penyelesaiannya.
ReplyDeleteKepada pemimpin2 kita, harap isu ini mendapat perhatian dan akan ada jalan penyelesaian kepada mslaah ini.
ReplyDeletePastikan tidak ada isu yang diperkatakan setiap tahun, isu yang sama.
ReplyDeletepasti ada tu...pembangkang selalu kitar semula isu untuk modal politik mereka menjelang pilihanraya...lepas pilihanraya senyap...dekat pilihanraya bising semula dengan isu yang sama..
DeleteThe state government aims to continue improving and uplifting the quality of life of the people, said Chief Minister Datuk Seri Musa Aman.
ReplyDeletekerajaan negeri sabah memang sentiasa berusaha untuk memperbaiki kualiti hidup rakyat...bukan saja untuk masa kini tetapi juga untuk masa depan..
Delete
ReplyDeleteAnd this can only be done by working closely with the Federal Government, he added in his public message in conjunction with the 55th Merdeka Day celebration.
ReplyDeleteHe said that while Sabah had seen tremendous growth in economy, political maturity and delivery system in the last decade, there was still room for improvement.
Apart from that, Musa also noted that Sabah have better infrastructure in many parts of the state, but this does not mean the job is done. Gaps remain in certain areas and in some aspects of the economy.
ReplyDeleteHe said one way of filling the gaps was to improve the road conditions and establish links to areas that are not accessible. He also added that more people should be given access to piped water and electricity.
ReplyDeleteThe State Government is also always working closely with the Federal Government to ensure that education reaches even the most remote communities and that more schools and higher learning institutes are built in different parts of the state.
ReplyDelete
ReplyDeleteMusa said that strong state-Federal Government ties had allowed Sabah to develop in tandem with the rest of Malaysia.
ReplyDeleteThe Federal Government under the leadership of Prime Minister Datuk Seri Najib Razak had also put forth various initiatives to lessen the people's burden, such as the 1Malaysia People's Aid (BR1M), Kedai Rakyat 1Malaysia and 1Malaysia Clinics.
ReplyDeleteThese are programmes that should be embraced and not met with suspicion. Musa cautioned to not allow the opposition to belittle such a worthwhile effort with the noblest of intentions.
He called on the Sabah people to continue contributing towards the nation's success. While taking pride in the beauty and diversity of Sabah, we as Sabahans must not forget that we are part of a nation.
ReplyDelete
ReplyDeleteEach state in Malaysia needs to cooperate with one another, and to collectively bring progress to the country.
ReplyDeleteIt is time to move away from parochial ways of thinking, especially among our younger citizens.
As Malaysians, we need to support each other and instil mutual respect for our fellow countrymen.
ReplyDeleteUsaha bersama amat diperlukan agar Sabah terus bermaju.
Delete
ReplyDeleteMusa said that by having a stable government, focus could be continued on development plans to bring further amenities to the people.
J. Lakai, bagus anda menggantikan YTL sebagai presiden SAPP kerana SAPP akan terus tenggelam jika YTL terus menerajui parti SAPP..
ReplyDeleteMemang SAPP perlukan presiden yang baru. Yong patut diganti.
Deletetapi YTL masih lagi mahu jadi presiden walaupun sudah kalah masa di Bt Sapi.
DeleteSAPP tiada modal politik yang baru kah?
ReplyDeleteSAPP tidak pernah menang dalam pilihanraya atas tiket sendiri...sekarang kerusi2 yang dimiliki pun SAPP hanya menumpang...
ReplyDeletekerusi yang sapp ada skarang ini adalah kemenangan mereka atas tiket BN.
DeletePolitik di Sabah stabil dan keadaan di sini juga aman. Semakin banyak pelaburan dibuat di Sabah kerana para pelabur yakin dengan kerajaan Sabah.
ReplyDeletesemoga pembagunan di Sabah akan berterusan agar Sabah jadi lebih membangun.
DeleteSome people say that leaders tend to monopolise everything and do not divide the wealth of the state equally. In this case, if some areas are less developed, it’s all due to the elected people’s representatives representing the areas who fail to deliver.
ReplyDeletePolitik adalah semua tentang persepsi dan kita tidak dapat mengelak apabila rakyat menyuarakan ketidakpuasan hati mereka melalui persepsi mereka sendiri.
ReplyDeleteThe opposition is devoid of ideas and are only playing up on the sentiments of the people in Sabah by raising issues that are already part of the struggle of the Barisan Nasional parties, said Science, Technology and Innovation Minister Datuk Dr. Maximus Ongkili.
ReplyDeleteThe Opposition is blank as to what they want to do for the country but Barisan Nasional is clear in its goals and strategies as what are being championed under the leadership of the Prime Minister to set the direction for the country’s growth as a developed nation
ReplyDeleteUntil now they have not unveiled anything especially for Sabah and Sarawak and they are only talking about rights and rights to stir the sentiment of the people. The rights of the people are important but have always been championed by the Barisan Nasional parties especially PBS as the basis of our existence as a political party
ReplyDeletePBS KK Division Hui claims that Yong Teck Lee's behaviours are to split up the Chinese community in Sabah and destroying the autonomy of Sabah
ReplyDeleteUPKO wants Sabah and Sarawak to be given autonomy in managing their respective education issues
ReplyDeleteHello... What are you waiting still? Get on with it already
Deletemakin rajin pula J. Lakai..mau jadi calon barangkali..
ReplyDeletesapp ditolak rakyat ketika PRK di Bt Sapi..entah apa nasib mereka selepas ini.
ReplyDeletejangan lupa.. SAPP juga pernah membuatkan rakyat dan negeri ini hampir bankrap..
ReplyDeletejangan lupa.. ketua SAPP juga terlibat dengan rampasan tanah dan penganugerahan lesen pembalakan yang elibatkan hutan seluasa 5 kali ganda keluasan singapura..
ReplyDeletesabah maju jaya...
ReplyDelete