Search This Blog
Tuesday, October 16, 2012
Konflik antara kerajaan Filipina-MILF tamat, PTI balik kampung cerah?
TENOM - Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) Sabah menyambut baik perdamaian konflik antara kerajaan Filipina dengan MILF (Manila Islamic Liberation Front) lebih 40 tahun kini telah berakhir dalam satu rundingan damai baru baru ini.
Ketua Penerangannya Mutang Dawat @ Sylvester berkata demikian dalam satu kenyataan disini pada Selasa ketika mengulas perdamaian itu diFilipina yang disifatkannya sangat positif bagi menamatkan isu kebanjiran pendatang asing tanpa izin (PTI) diSabah.
Beliau berkata, perkembangan terbaru dinegara jiran itu mungkin satu kesempatan baik bagi kerajaan negara ini untuk melakukan penghantaran balik rakyat negara itu yang tergolong sebagai PTI dinegeri ini supaya golongan ini berpeluang membina penghidupan baru ditanah tumpah darah mereka sendiri.
Mungkin juga alasan mereka (PTI) sebelum ini bahawa disebabkan pergolakkan itu yang bermula sejak tahun 1970an dibawah regime kerajaan kukubesi Filipina pada ketika itu Ferdinand Marcos membawa mereka berkeadaan sebegini rupa menjadi pelarian namun kali ini adalah peluang terbaik bagi mereka kembali mencium tanah air mereka, ujar Mutang.
Manakala dipihak kerajaan Malaysia, tegas Mutang, Kementerian Luar harus membantu bekas negara bergolak itu untuk menyusun gerak kerja yang mampu dibantu terutamanya dari aspek pembangunan ekonomi serantau menerusi BIMP-EAGA yang telah ditubuhkan sebelum ini.
“ BIMP-EAGA perlu digerakkan supaya keadaan ekonomi di Selatan Filipina yang didiami masyarakat Bangsmoro kembali cergas dan berfungsi dengan baik demi mengwujudkan peluang peluang perniagaan dan seterusnya peluang pekerjaan, “ tegas Mutang.
“ Jikalau dikawasan mereka maju dan membangun serta mempunyai peluang peluang pekerjaan sudah tentu PTI berminat untuk kembali ke kampong halaman mereka (dan) siapa tidak mahu duduk ditempat sendiri.
“ Sebaliknya jika masih berkeadaan yang sama (tiada perubahan) tentulah mereka tidak akan meninggalkan negeri ini kerana mereka juga dalam keadaan terpaksa untuk mencari sesuap nasi untuk hidup,” tegas Mutang.
Dalam pada itu, satu rangka kerja perjanjian itu merupakan hala tuju bagi mewujudkan rantau autonomi baharu yang akan ditadbir oleh orang Islam di selatan Filipina yang antara lain bertujuan membuka jalan untuk keamanan berpanjangan selepas konflik lebih 40 tahun.
Selain itu, Malaysia menjadi pengantara perundingan damai antara kerajaan Filipina dan MILF sejak 2001 sehingga perjanjian awal untuk perdamaian dicapai di Kuala Lumpur dalam rundingan dari 2 hingga 7 Okt lepas.
Kedua-dua ketua kerajaan itu (Aquino III dan Dato' Seri Najib) telah menyampaikan ucapan pada majlis itu yang turut disertai Setiausaha Agung Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), Prof Ekmeleddin Ihsanoglu.
Najib, antara lain, berkata beliau gembira kerana menerusi perjanjian bersejarah tersebut, hak, maruah serta kemakmuran masa depan penduduk Bangsamoro akan dilindungi manakala kedaulatan dan Perlembagaan Filipina terpelihara.
Manakala Pengerusi MILF Murad Ebrahim turut mengeluarkan kenyataan pada majlis bersejarah itu yang bakal melihat kedamaian berkekalan di wilayah selatan Filipina yang bergolak dengan konflik lebih 40 tahun itu.
Perjanjian rangka tindakan perdamaian itu bakal menyaksikan penubuhan Suruhanjaya Peralihan bagi menggubal draf undang-undang pembentukan wilayah baru Bangsamoro bagi menggantikan wilayah autonomi Islam Mindanao.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
harap keadaan ekonomi mereka di sana semakin baik supaya mereka tidak susah2 lg untuk mencari nafkah d sini
ReplyDeletebagaimana senang sekali pun d negara orang, tempt sendiri jauh lebih baik. ada d antara
ReplyDeletemereka yg begitu mau tinggal d msia kerna mereka rasa senand dpt pndptan disini.
BAK KATA PEPATAH "hujan emas di negara orang, hujan batu di negeri sendiri,tapi lebih bagus di negeri sendiri."
Deletelebih kurang 80% jenayah di sabah dilakukan oleh orang asing. mungkin mereka terpaksa bertindak ganas untuk mdptkan sesuatu keperluan hidup. Harap, tindakn tegas, mantap dan konsisten dilakuka oleh pihak yg bertanguungjwb supaya rakyat sabah sendiri hidup tenang tanpa takut ke luar rumah. kita inginkan sesebuah negeri yg tidak ada perasaan tkut utk berjalan seorang diri. Kita mau negeri yg selamat
ReplyDeleteMungkin ada yang terdesak dan mungkin juga memang budaya mereka yang dibawa dari negara asal mereka.
Delete"Kementerian Luar harus membantu bekas negara bergolak itu untuk menyusun gerak kerja yang mampu dibantu terutamanya dari aspek pembangunan ekonomi serantau menerusi BIMP-EAGA yang telah ditubuhkan sebelum ini."
ReplyDeletejangan pula keluar lagi peribahasa selepas ini kononnya kera di hutan disusukan, anak dirumah mati kelaparan..
Selepas kerajaan membantu harus dihantar balik mereka ke negara sepatutnya.
Deletekerjasama serantau ni memang penting.kalau masing2 dengan hal sendiri, tidaklah boleh capai keamanan dan keharmonian.
DeleteKita Sabahans memang mengharapkan PATI/Pelarian Filipina balik ke tempat asal
ReplyDeletejadi para pelarian tu, bolehlah balik ke kg mereka.
ReplyDeleteharap negara Filipina akan beri kerjasama penuh dengan kerajaan Malaysia.
Deleteharap masalah PATI jg akan selesai.
ReplyDelete