Search This Blog

Tuesday, October 16, 2012

Lajim: Saya sanggup tinggalkan lubuk kemewahan dalam BN, kerana bantu rakyat miskin


KEMABONG: Pengerusi Pejuang Perubahan Sabah (PPS) Datuk Seri Panglima Lajim Ukin menepis tanggapan pelbagai pihak mengatakan beliau menyertai pembangkang Parti Keadilan Rakyat (PKR) lebih bersifat peribadi kerana tamak kuasa adalah tidak berasas dan karut semata mata.

Beliau berkata, jikalau tuduhan itu benar tidak mungkin beliau meninggalkan kemewahan dan kuasa yang ada semasa berada dalam UMNO-BN dimana gajinya (emolumen bulanan) tidak kurang daripada RM30,000 sedangkan dalam pembangkang satu sen pun tidak ada.

Tegasnya, tindakannya itu adalah semata mata untuk berjuang menyelamatkan rakyat daripada terus dibelenggu kemiskinan selain untuk membantu membetulkan urus tadbir negeri dan negara yang kini semakin tersasar jauh dari landasan yang betul.

“Negara sudah melalui kemerdekaan selama 55 tahun, manakala Sabah dan Sarawak 49 tahun menyertai pembentukkan Malaysia (tetapi) kita lihat jurang perbezaan antara wilayah Sabah dan Sarawak terlalu jauh perbezaannya dengan di Semenanjong mengenai taraf hidup rakyatnya mahupun pembangunan infratruktur terutamanya dikawasan luar bandar.

“Kita melihat dikawasan Rundum, Pensiangan dan sekitar Tomani jalanrayanya amat menyedihkan tetapi ketika laporan dalam belanjawan setiap tahun berbillion ringgit diluluskan untuk tujuan itu....selain itu tanah NCR diberi kepada rakyat tetapi dengan syarat diberi geran komunal...apa ertinya semua ini? Janji tinggal janji yang kaya tetap kaya, manakala yang miskin terus menderita, ” jelas Lajim.

Beliau menambah, pemberian geran komunal tidak memberi makna yang sebenarnya kepada rakyat yang berhak terutamanya penduduk Rundum dan sekitarnya kerana ia tidak meletakkan hak mutlak kepada seseorang pemegang itu, sebaliknya ia sekadar janji putar belit pemimpin kerajaan semata mata.

Lajim berkata demikian semasa program ceramah perdana di Kg Kalibatang Lama anjuran PKR Cabang Tenom yang dihadiri kira kira 1,000 orang pada Jumaat. Ceramah tersebut turut dihadiri Penasihat PKR Dato'Seri Anwar Ibrahim, Ketua AMK PKR Nasional Shamsul Iskandar, Datuk Karim Ghani, Datuk John Ghani, Datuk James Ghani, Dr Chong Eng Leong, Sophia Leong Chau Chu dan Biyou Suyan.

Selain itu, beliau turut menyentuh hasil minyak yang dikutip kerajaan Persekutuan setiap tahun sebanyak RM20 billion dimana jika ianya diuruskan dengan betul sepertimana “Buku Jingga” PKR yang bercadang menaikkan kadar royalti kepada 20 peratus jika berjaya menawan Putrajaya, dimana Sabah akan memperolehi royalti sebanyak RM 6.4 billion.

“Jika kita ditakdirkan mengambil alih tampuk kerajaan selepas pilihanraya umum ke-13 (PRU-13), kita memperuntukkan RM1 billion untuk menyelesaikan masalah perumahan untuk rakyat termiskin tanpa mengena birokrasi pemprosesan yang ketat sepertimana yang dilakukan kerajaan BN.

“Kita cuma minta Ketua Kampong dan Pegawai Daerah untuk mengesahkan status pemohon dan selepas itu kita akan proses tanpa mengira kesukuan seseorang pemohon itu,” tegas beliau.

Dalam pada itu, berhubung pemberian BR1M 2.0 yang akan dilaksanakan kerajaan tidak lama lagi Lajim berkata, tiada siapa boleh menghalang pemberian itu sebanyak RM500 kerana ia adalah hak rakyat hasil daripada kutipan cukai di setiap negeri, sebaliknya, kerajaan juga tidak boleh mendabik dada mendakwa bahawa bayaran itu adalah ketelusan dan keikhlasan mereka terhadap rakyat.

“BR1M adalah salah satu mekanisma sandiwara mereka untuk meraih sokongan rakyat...kerana mereka telah sedar bahawa sokongan rakyat telah merosot terhadap mereka dan mereka sanggup buat apa sahaja asalkan mereka boleh menang pada PRU-13.

“Apalah ertinya kalau dibayar BR1M sebanyak RM500 tapi keesokkannya harga gula naik, minyak naik, tepong naik dan barangan seterusnya juga naik. Lebih baik kerajaan wujudkan peluang pekerjaan disektor Industri mahupun perladangan untuk menempatkan puluh ribu belia belia beliawanis yang bekerja di Semenanjong kerana diSabah tiada peluang pekerjaan,” tegasnya.

Oleh: Mail Mathew

40 comments:

  1. Lajim akui dirinya winnable candidate

    kenyataan-kenyataan Lajim (Lidah Bercabang) sebelum meninggalkan umno

    Pada 22 April tahun lepas pula, Lajim ada buat kenyataan seperti berikut;
    "bukanlah masa yang sesuai untuk mempertikaikan kepimpinan yang ada sekarang khususnya kepada pihak yang mengeluarkan kenyataan yang mempertikaikan kepimpinan Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman sebagai Ketua Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional Sabah."

    ReplyDelete
  2. Lajim akui dirinya winnable candidate

    kenyataan-kenyataan Lajim (Lidah Bercabang) sebelum meninggalkan umno

    "sebarang rasa tidak puas hati dalam kalangan parti kompenan boleh dibawa berbincang dan bukannya disuarakan menerusi media." tapi dia sendiri menggunakan media untuk mendapatkan simpati ketika masih bersama2 umno.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cakap tidak serupa bikin.. inilah Lajim tiada pendirian.

      Delete
  3. Lajim akui dirinya winnable candidate

    kenyataan-kenyataan Lajim (Lidah Bercabang) sebelum meninggalkan umno

    Sabah di bawah kepimpinan Datuk Musa terus membangun dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi." - dulu dia akui, sekarang dia nafikan..

    ReplyDelete
  4. Lajim akui dirinya winnable candidate

    kenyataan-kenyataan Lajim (Lidah Bercabang) sebelum meninggalkan umno

    "Rakyat boleh menilai sendiri pembangunan yang dibawah oleh Datuk Musa yang sentiasa bekerja keras untuk memastikan Sabah terus membangun." - kenyataan yang ini ada makna tersembunyi ka??

    ReplyDelete
  5. jika benar Lajim bersungguh2 membantu rakyat miskin, mana perginya rm100 juta yang diperuntukkan oleh kerajaan untuk membangunkan prasarana di Beaufort pada tahun 2009?? dia makan sendiri2??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sudah masuk poket Lajim

      Delete
    2. IM wondering the same thing too.

      Delete
    3. Bagus jelaskan wang tersebut sudah pergi ke mana. ini satu kerugian, duit sudah dibagi tapi projek tidak berjalan.

      Delete
    4. Betul kh mau bantu rakyat, sepanjang beliau menjadi pemimpin di Beaufort, apa yang beliau telah berikan.

      Delete
  6. Lajim tengah meraih simpati daripada rakyat Sabah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lajim kau tu tak relevan lagi.

      Delete
    2. Lajim masih teruskan dengan parti baru dia ka sertai salah satu parti dalam PR ni?

      Delete
    3. Lajim tidak mendapat sokongan rakyat lagi.

      Delete
  7. Then why didn't he left UMNO earlier??why only when election is coming he decided to leave??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Surely he is waiting for more money to go into his pocket before leaving the party.

      Delete
    2. Memang meragukan..tapi ada yang mengatakan Lajim ni sudah tau dia tidak terpilih untuk bertanding dalam PRU-13 sebab tulah dia lompat.

      Delete
    3. Ada juga yang cakap beliau lompat parti di sebabkan ingin jadi KM sahab.

      Delete
  8. temberang saja lajim tu, terus terang ja kerana nak kejar jawatan.

    ReplyDelete
  9. Mau bantu rakyat konon, sedangkan perjuang beliau adalah untuk kepentingan sendiri.

    ReplyDelete
  10. The proposed formation of a new party by Datuk Seri Panglima Lajim Ukin shows that the former Umno man was not welcomed by the other camp, said a Sabah Umno leader.

    ReplyDelete
    Replies

    1. Datuk Masidi Manjun, who described Lajim’s announcement as a surprise, said: “All the while, those in Barisan Nasional (BN) thought that Pakatan Rakyat (PR) or Parti Keadilan Rakyat (PKR) had welcomed him (Lajim) with open arms.

      Delete

    2. “If it was indeed with open arms, Lajim would not have ventured into forming a new party. However, he is now on his own, he is no longer in BN, so he can do whatever he wants,” said the Tourism, Culture and Environment Minister.

      Delete
    3. Masidi said it was up to the people to interpret the probability of the opposition’s expectation of Lajim was perhaps on the hindside.

      Delete

    4. “But it serves as a reminder to all of us, whether in PR or BN, that the people are knowledgeable and well informed and it is certainly very difficult to fool the people.

      Delete
    5. “Sooner or later, they will realise and know which leaders and party to support. Of course flags and all are symbols of support of the day, but ultimately, it is on polling day that matters,” he said.

      Delete
    6. Sabah Umno Women information head Datuk Jainab Datuk Ahmad Ayid, on the other hand said that Lajim should have acted, corrected the wrongs and overcame the weaknesses he found in BN and Umno when he was still a member.

      Delete

    7. “If he thought he was supposed to have done something as the people’s representative, then he should have done it when he was still in the coalition. He was a deputy minister and a member of parliament, there were a lot of allocations and he should have focussed on developing his constituency,” she said.

      Delete
    8. The Karambunai assembywoman asserted that Lajim had left the coalition after having obtained the support from the voters under the BN ticket.

      Delete
    9. “It showed that the people wanted a BN candidate to represent them. And now, as the election looms near, he wants to set up a new party. I believe the people should make the assessment whether they need such a leader who is not committed to the actual struggle, which is to meet the people’s needs,” she said.

      Delete
    10. Jainab also called on the people to appreciate the struggles of the BN since it had not only brought about development but also peace and harmony.

      Delete
    11. “You should compare Malaysia to other countries facing unrest and ask yourself is BN that bad that you are willing to change the government?

      Delete
    12. “Those leaders who left the coalition are disappointed people and they form a new party to destroy the peace that we all enjoy. Of course we all want transformation, not reformation, to help improve the people’s livelihood,” she said.

      Delete
    13. “Take me as an example. I am an elected representative and a lawyer by profession. I could have just opted to be laidback and relax. I chose instead to work hard – not for my own personal gain but for the betterment of our future generation,” she said.

      Delete

    14. Meanwhile, Assistant Minister of Youth and Sports Datuk Jahid Jahim wished Lajim the best in his future undertakings.

      Delete
    15. “We live in a democratic country and we all have our own decisions to make. We have a good Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak and he has shown us what he can do. He is a caring leader and I believe the people will continue to support and give him a chance to transform our country,” he said.

      Delete
    16. Lajim, the Beaufort member of parliament, was quoted as having announced that the application for his new party to be registered would be submitted to the Registrar of Societies (ROS) within the next few days.

      Delete

    17. “If approved by the ROS, we will be contesting under the new party,” said Lajim who formed Pakatan Angkatan Rakyat (PPS), adding that should the application be rejected, he and his supporters will fall back on their initial plan and contest on the ticket of a PR coalition member.

      Delete
    18. The former Deputy Minister of Housing and Local Government however remained tight-lipped about the party, except to say that would be a new political party.

      Delete
    19. “We already have the party’s logo and the constitution drawn up … the line-up is also ready,” he said, adding that the party would represent the Muslim Bumiputera of Sabah.

      Delete