Search This Blog

Thursday, October 18, 2012

SAPP mohon usul SAS dibahas

KOTA KINABALU, 18 Oktober 2012: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Luyang Melanie Chia telah memohon Dewan Undangan Negeri Sabah membahaskan usul mengenai Saham Amanah Sabah (SAS).

Melanie memberitahu dewan bahawa usul itu perlu dibincangkan kerana SAS mempunyai pelabur dan pemegang saham melebihi 50,000 orang.

Katanya, ketika SAS dilancarkan pada Oktober 1994, rakyat Sabah termasuk kakitangan kerajaan telah digalakkan melabur dengan janji bahawa nilai saham SAS akan kekal pada paras RM1 seunit dalam apa jua keadaan sekali pun.

Katanya, apabila krisis kewangan dan ekonomi Asia melanda dunia pada 1997 dan 1998 semua kaunter pasaran saham di Asia termasuk di Bursa Saham Malaysia dan SAS turut terjejas.

Melanie selaku Ketua Wanita Parti Maju Sabah (SAPP) berkata, sejak krisis 14 tahun itu, nilai SAS berada pada paras hanya 32 sen sahaja dan tidak naik sehingga ke hari ini menyebabkan ramai pemegang saham mengalami kerugian terutamanya yang membuat pinjaman melalui bank.

Katanya, para pelabur tidak puas hati dengan prestasi SAS yang tidak mempunyai daya saing dan kebolehan menjaga kepentingan pemegang saham serta gagal menaikkan saham ke paras yang menguntungkan.

"Tiada cara lain untuk memberi keadilan kepada semua pemegang saham SAS melainkan janji mesti ditepati dengan menaikkan nilai SAS ke paras RM1 seunit dengan kadar segera," katanya.

Permohonan Melanie itu telah disampaikan kepada Setiausaha Dewan Undangan Negeri Sabah Bernard Dalinting.

12 comments:

  1. isu SAS sudah dibahas tahun lepas di dewan rakyat.. kenapa mahu bahas lagi? masa itu telah terbukti bahawa skandal SAS melibatkan orang2 yang ada kaitan dengan YTL..

    ReplyDelete
  2. SAPP mahu cuci tangan macam mana sekalipun, tetap YTL juga yang bersalah.. siapa suruh tidak pandai mentadbir dan mengurus negeri.. ada hati pula tu mahu menduduki kerusi KM untuk kali kedua..

    ReplyDelete
  3. Siapa yang mengarahkan BOD Amanah Saham Sabah membeli saham-saham NBT dan Sugarbun? sudah pasti YTL sampai SAS mengalami kerugian teruk dan ramai pelabur rakyat tempatan Sabah mengalami kerugian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih 55 ribu pelabur Sabah, yang kebanyakannya terdiri daripada pesara dan yang berpendapatan rendah kehilangan pelaburan mereka pada 1996 akibat kejatuhan saham SAS daripada RM1 seunit kepada 17 sen seunit ketika itu.

      Delete
  4. Banyak dasar-dasar tidak popular yang telah diwujudkan oleh YTL masa pemerintahan beliau selama dua tahun. Ini termasuk memperkenalkan Forest Management Unit yang mengasingkan 2 juta hektar kawasan balak negeri Sabah kepada kurang daripada 20 syarikat untuk tempuh 100 tahun.

    ReplyDelete
  5. Dikatakan banyak hak-hak rakyat dinafikan oleh YTL seperti geran-geran tanah untuk kampung-kampung tradisional Melayu seperti kawasan Inanam, Gudon,Tebobon,Karambunai dan Menggatal tidak diluluskan bagi tujuan pemilikan kerajaan negeri (untuk keuntungan peribadi).Kontrak lebih banyak diberikan kepada bukan bumiputera dan tiada peluang pekerjaan untuk anak-anak Bumiputra.

    ReplyDelete
  6. YTL pasti ingat hak rakyat yang dia ambil seperti 1 juta ekar konsesi balak untuk tempoh 100 tahun bernilai lebih RM20 Billion dari Tenom hingga ke Kalabakan,Tanah persisiran laut di Teluk Likas bernilai lebih RM500 juta,Tanah persisiran laut di Tanjung Aru bernilai lebih RM500 juta dan tanah-tanah Lembaga Kemajuan Tanah Sabah bernilai lebih RM2 billion diambil melalui Sawit Kinabalu Sdn Bhd.

    ReplyDelete
  7. RM60 juta wang saham rakyat dalam Koperasi Pembangunan Desa (KPD)diambil melalui Benta Holdings.

    ReplyDelete
  8. Begitu juga duit rakyat diperbendaharaan negeri berjumlah RM36 juta setahun melalui Angkatan Hebat Sdn Bhd selain merobohkan rumah-rumah kerajaan di Tanjung Aru untuk pembinaan resort oleh sebuah syarikat kroni (tapi hingga sekarang tanah tu terbiar sebab tidak mempunyai geran).

    ReplyDelete
  9. dulu SAPP menyebabkan SAS rugi.

    ReplyDelete
  10. Rasanya SAS masih bernafas sehingga sekarang memang cukup bagus.

    ReplyDelete