Search This Blog

Tuesday, October 30, 2012

Warga asing dapat Mykad tetapi warga tempatan tidak diluluskan permohonannya


TENOM - Naib Ketua Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) Pusat Rudy Sulaiman Mairi mendedahkan satu lagi kegiatan pihak tertentu memberikan kerakyatan negara ini melalui jalan songsang seterusnya mendapat MyKad dengan masa yang begitu singkat untuk diluluskan.

Sedangkan sebelum ini kata beliau, beberapa Menteri Persekutuan menafikan kewujudan pemberian dokumen dan MyKad kepada rakyat asing di negeri ini dengan menyatakan bahawa tidak terdapat rakyat asing diberikan dokumen sedemikian.

"Dapatkah mereka menafikan penerima terbaru seorang rakyat Pakistan Ihsanullah KP 930105-76-5095 beralamat di Kg Masjid Peti Surat 410 89008 Keningau Sabah, sedangkan penduduk di kampong tersebut tidak mengenali penama tersebut," kata beliau ketika memberitahu Harian Ekspress pada Ahad.

Jelasnya lagi, Ihsanullah adalah merupakan rakyat Pakistan yang dilahir di Buner Pakistan dengan bertaraf warganegara negara itu bernombor 15101-3358072-1 dimana penama tersebut sekadar diberi pas lawatan ke Sabah sehingga 6 September 2011.

Rudy menegaskan bahawa adalah lebih wajar jikalau kerajaan melakukan penyiasatan keatas perkara tersebut secepat mungkin yang dipercayai ianya telah berleluasa dinegeri ini secara menyeluruh termasuk dikawasan pelusuk pedalaman.

"Tidak mungkin seseorang warga asing yang datang ke negeri ini dalam tempoh setahun dua...tetapi dalam sesingkat itu ia boleh memohon mendapatkan kewarganegaraan yang memang pun bertentangan dengan perundangan dinegara ini," tegas Rudy.

Dalam pada itu, satu perkembangan berasingan, Rudy turut terkilan dengan sikap tidak bertanggung jawab pihak tertentu khususnya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang menolak permohonan Junis bin Amat @ Akucai 48, suku kaum Murut untuk mendapat dokumen pengenalan diri untuk 4 orang anaknya.

Tegas Rudy lagi, Junis telah beberapa kali mengajukan masalahnya ke pihak atasan JPN namun alasan yang diberi amat mengecewakannya dimana JPN mendakwa Junis berkahwin dengan orang asing sedang mengikut amalan undang undang yang sedia ada kes sebegini tidak menjadi masalah atau kekangan bagi permohonan Junis untuk diluluskan .

Dalam pada itu, Junis ketika ditemui, beliau kini dalam kebingungan memikirkan malang yang menimpa keluarganya dimana anak sulungnya Azman yang dilahirkan tahun 1998 akan menghadapi PMR, anak keduanya Aznil lahir pada 1999, anak ketiga Aishawati dan Asyikah juga akan menghadapi masalah yang sama.

Junis yang seolah olah pasrah dengan keadaan itu tidak langsung bersemangat apabila memikirkan bahawa besar kemungkinan masa depan persekolahan mereka akan terjejas sekiranya JPN masih berdegil untuk tidak meluluskan dokumen pengenalan diri mereka.

"Apakan daya saya seorang kerdil, miskin dan tidak berupaya...tiada apa yang saya dapat lakukan dan berbeza pula dengan orang yang berharta dan punya wang yang banyak dokumen boleh diurus dengan sekelip mata," keluh Junis sambil menitis air matanya.

24 comments:

  1. Inilah kerja BN yang kotor!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kenapa masih ada orang sabah mahu sokong BN yang menjejaskan kedudukan Dan masa depan Sabah Dan anak cucu kita?

      Delete
    2. Kerajaan BN perlulah meletakkan rakyat tempatan sebagai keutamaan dalam meluluskan MyKad.

      Delete
    3. JPN perlulah tegas memberi lulusan kepada pemohonan warga asing.

      Delete
    4. RCI pasti dapat mengesan kepincangan JPN.

      Delete
    5. Jika benar ini kerja BN, pilihlah denagn bijak di PRU akan datang.

      Delete
  2. Martabat kan perjanjian malaysia 1963. kembalikan kuasa immigration kepada negeri sabah! Pukimak!! punya kerajaan!! Rakyat sabah harus bersatu untuk menentang kezaliman Malaya ini habis-habisan!!!!

    ReplyDelete
  3. Pelaksanaan Program Pendaftaran Bergerak Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)membantu warga tempatan yang tidak memiliki sijil lahir/dokumen pengenalan diri untuk didaftarkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Orang tempatan yang lahir dan menetap di Malaysia perlulah diberikan keutamaan.

      Delete
    2. Pendaftaran begerak bagus untuk manfaat rakyat terutama di bahagian2 pendalaman tapi diharap anak2 tempatan saja didaftar.

      Delete
    3. Pembangkang jangan pula buat cerita program pendaftaran bergerak tu untuk mendaftar PATI.

      Delete
    4. Hope its help the rural area to prompt up the registration.

      Delete
    5. Pastikan PATI tidak diberi kewarganegaraan yang mengancam ketenteraman negara.

      Delete
    6. jgn biarkan PATI bermaharajalela.

      Delete
  4. Umno is the root of all evils in Sabah, they give ics to illegal immigrants to vote for them. the dirtiest and most treacherous act.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hope RCI can help resolve the illegal immigrant issue in Sabah, we need to have a clean and fair elections.

      Delete
    2. Lets wait and see together RCI finding

      Delete
  5. Joseph Pairin Kitingan proposes that the government cancels all identity cards obtained by foreign immigrants through dubious means. He said the move was necessary to combat the ‘Project IC’ issue frequently raised by various parties in the state including the opposition. PBS also wanted the process of changing to the new identity card next year to be further clarified.

    ReplyDelete
  6. RCI harus membuat siasatan secepat mungkin.

    ReplyDelete
  7. Kerajaan harus memastikan JPN mengeluarkan dikumen sah kepada mereka yang benar berkelayakan.

    ReplyDelete
  8. RCI bila ditubuhkan pasti akan siasat hal ini.

    ReplyDelete
  9. There is a need to set in place additional precautionary measures to prevent immigrants from taking advantage of the ongoing National Registration Department’s (NRD) mobile registration drives to acquire Malaysian citizenship.

    ReplyDelete