Search This Blog

Tuesday, November 20, 2012

Penghapusan Etnik di Sabah?

Saudara Pengarang,

Biro Pengaduan Awam Negeri Sabah (BPANS) merupakan sebuah Jabatan khas kerajaan negeri yang diletak di bawah Jabatan Ketua Menteri Sabah dan dipengerusikan oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.


Setiap menjelang Pilihan Raya Umum, BPANS tersebut diarah untuk berjumpa degan rakyat/pelanggan untuk menerima segala jenis aduan mengenai permasalahan atau ketidakpuasan oleh rakyat mengenai layanan kerajaan.


Tarikh terakhir wakil BPANS datang ke Daerah kecil Telupid ialah pada 17 Jun 2007 iaitu menjelang PRU Ke-12.


Saya dimaklumkan bahawa pada 22 dan 23 November ini, BPANS sekali lagi akan datang ke Telupid untuk berjumpa dengan rakyat negeri Sabah untuk mendengar dan menerima aduan daripada rakyat atau untuk memperbaharui segala 'Janji-Janji' yang belum pernah mereka tunaikan.


Pada pandangan umum, tindakan BPANS hanya gerakerja membazirkan dana awam dan merupakan satu gimik politik UMNO/BN yang biasa akan berakhir dengan 'membuang kahak di tangga' dan membuat kerja 'hangat hangat tahi ayam'.
 

Buktinya, saya telah mengemukakan satu aduan kepada BPANS pada tahun 2007 mengenai masalah tiada bekalan tenaga eletrik ke Gerai-Gerai Tamu di pekan Telupid.
 

Sungguhpun sudah mendapat kelulusan, namun tidak dilaksanakan; maka ia telah menjadi satu bukti yang bertentangan dengan slogan Perdana Menteri "Janji ditepati".

Bekalan tenaga eletrik merupakan satu keperluan asas dan kayu ukur penting yang diguna oleh Bank Dunia sebagai penentu aras tahap kemiskinan yang berlaku di Sabah; maka kerajaan seharusnya mengambil berat aduan seperti ini dengan terus membuat susulan sehingga ke tahap perlaksanaan.


Malangnya, kandungan surat, BPANS: 600-18/0379/2007/TPD/(9) bertarikh 24 September, 2007 mengenai hasil maklumbalas daripada pihak Majlis Daerah Beluran merupakan satu pembohongan atau 'Janji Tidak Ditepati' kerana sejak tahun 2003 hingga sekarang, janji untuk membekalkan tenaga elektrik ke gerai-gerai Tamu, gagal dilaksanakan oleh kerajaan UMNO/BN.


Menurut pendapat para pengkaji penghidupan dan pembangunan sosial di serata dunia, menafikan kemudahan asas kepada masyarakat setempat merupakan satu perbuatan yang ditafsirkan sebagai 'Penghapusan Etnik'?


Salam Hormat,


Sibius Constantine

13 comments:

  1. masalah dihadapi rakyat harus diberi perhatian.

    ReplyDelete
  2. janji pada rakyat kena ditunaikan.

    ReplyDelete
  3. Di Sabah ada banyak etnik, tidak mungkin senang2 mahu hapuskan etnik di Sabah

    ReplyDelete
  4. Suara pembangkang memang macam tu. PM sendiri mengalakan semua kaum hidup rukun dan damai. Mana mungkin kerajaan mahu hapuskan etnik. Penulis mengasi batu api saja.

    ReplyDelete
  5. Sibius Constantine yang rasis sebenarnya

    ReplyDelete
  6. The 64MW capability of the Kubota substation is expected to reduce Sabah Electricity Sdn Bhd’s (SESB) need to implement Demand Side Management (DSM) on Large Power Consumers (LPC) in Sabah and the Federal Territory of Labuan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. SESB senior general manager (Asset Management) Ahmad Fuad Md Kasim said the substation will begin supplying electricity to the Sabah Network Grid System starting January next year.

      Delete

    2. “The additional electricity generating capacity is also critical after a generation set with 95MW capacity owned by the Independent Power Producers (IPP) were verified to be seriously damaged on Dec 5, 2012,” he said in a statement here yesterday.

      Delete
    3. He said the SESB was told the critical maintenance works is expected to take about two to three months.

      Delete
    4. Thefore, he said SESB was forced to activate DSM on all LPC with their own mobile gensets during peak periods to ensure the stability of the Sabah Network Grid System.

      Delete
    5. “However, should the implementation (during peak period) still be unable to fully cater to the increasing demand for electricity, power supply rationing during peak periods needs to be carried out.

      Delete
    6. “Several substations in the process of construction in Sabah are the Kimanis Power 300MW substation, SPR Energy 100MW substation, Liquefied Natural Gas (LNG) 300MW substation in Lahad Datu and the Geothermal 300MW substation in Tawau,” he said.

      Delete

    7. According to Ahmad Fuad, these substations will only begin working in stages by the end of 2013 until 2016.

      Delete