Search This Blog

Friday, December 14, 2012

Ramai rakyat Sabah tiada pengenalan diri

Muda Mohd Noor

Ia juga berlaku kepada masyarakat orang Asli, kata aktivis masyarakat.

PETALING JAYA: Warga yang tidak mempunyai kad pengenalan bukan sahaja berlaku di kalangan masyarakat keturunan India tetapi juga kepada rakyat Sabah terutama dari kawasan pendalaman.

Ia juga berlaku kepada masyarakat  orang Asli, kata beberapa aktivis masyarakat.

Aktivis masyarakat di Sabah, Androd Sadian berkata, masalah rakyat negeri itu yang tidak mempunyai pengenalan diri berada dalam keadaan serius.

Beliau mendakwa, tidak ada pihak kerajaan untuk memberikan kad pengenalan kepada mereka yang tinggal di kawasan pendalaman.

“Pada tahun-yahun 1960-an, kerajaan masuk kampung untuk memberikan kad pengenalan kepada mereka.
“Kini tidak ada usaha sedemikian rupa,” tambah beliau yang juga seorang blogger.

Androd berkata, rakyat tempatan di kawasan pendalaman sukar pergi ke pejabat jabatan pendaftaran negara kerana masalah perhubungan dan pengangkutan.

Katanya, mereka terpaksa berjalan kaki dengan jarak berpuluh batu, malah ada yang sejauh 50 batu dengan naik dan turun bukit.

Beliau, hanya kenderaan pacuan empat roda yang boleh sampai ke perkampungan mereka.

`Surat sumpah’

“Manakala, pihak sekolah masih menerima anak-anak mereka belajar dengan menggunakan surat sumpah yang dibuat oleh ketua kampung.

“Tetapi jumlah yang tidak mempunyai pengenalan itu semakin ramai. Jika keluarga itu besar, makin ramailah yang tidak ada pengenalan diri,” tambah beliau lagi.

Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Sabah,  Jaffear Henry dilaporkan berkata, lebih 50,000 rakyat Sabah yang miskin tidak memiliki MyKad disebabkan mereka tinggal terpencil di pedalaman dan menghadapi masalah perhubungan.

Sementara itu, ketua biro orang Asli PKR, Suhaimi Said ketika dihubungi memberitahu, “ramai orang Asli di Pahang yang tidak ada kad pengenalan.”

“Orang Asli yang tua, mereka kata tidak mahu kad pengenalan kerana mereka hanya duduk di kampung penempatan.

“Mereka tidak keluar ke bandar atau pun mengundi. Tetapi orang muda memerlukan kad pengenalan,” tambah aktivis masyarakat itu.

Manakala Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara Sabah,  Jaffear Henry berkata, lebih 50,000 rakyat Sabah yang miskin tidak memiliki MyKad disebabkan mereka tinggal terpencil di pedalaman dan menghadapi masalah perhubungan.

37 comments:

  1. Mungkin perlu ada cara untuk memastikan penduduk pendalaman di Negeri Sabah ini dibantu untuk mendapatkan pengenalan diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pendaftaran bergerak mungkin dapat membantu?

      Delete
  2. Kita takut ada pihak yang salah anggap nanti dan menuduh yangbukan-bukan terutama sekali pihak pembangkang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu ada pendaftaran bergerak tapi banyak juga persepsi2 negatif dari pelbagai pihak.

      Delete
    2. Adakah pendaftaran bergerak tidak menghasil? Sia-sia sahaja usaha.

      Delete
  3. JPN perlu meneruskan usaha yang mereka lakukan sebelum ini masuk ke kawasan pendalaman untuk mendaftarkan orang asli ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. JPN harus memberi mykad kepada golongan yang benar berkelayakan, mereka haruslah warga negara tulen.

      Delete
  4. Ini satu usaha yang baik sebenarnya dan perlulah kita sokong.

    ReplyDelete
  5. Tidak perlulah dengar dengan pihak yang tidak tahu apa-apa mengenai perkara ini dan cuma memberikan pelbagai khabar angin. Yang penting pihak bertanggungjawab perlu menjalankan tugas yang perlu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. JPN harus menjalankan tugas dengan amanah. Jangan mengkhianat negara demi kepentingan diri.

      Delete
  6. RCI PATI SABAH yang menjadi momok perjuangan UPKO akhirnya ditubuhkan secara rasmi hari ini. Pengumumannya dilakukan oleh Perdana Menteri sendiri, selepas bermesyuarat dengan pemimpin BN Sabah di Kota Kinabalu.

    ReplyDelete
  7. RCI tersebut sebelum ini telah dipersetujui oleh Kabinet Persekutuan pada 8 Februari lalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. RCI harus membuat siasatan terperinci punca kemasukan PATI yang mendadak.

      Delete
  8. PM telah mengumumkan penubuhan RCI PATI Sabah secara rasmi dan menamakan lima anggota panel yang diketuai oleh mantan Hakim Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak, Tan Sri Steve Shim; anggota panel lain adalah mantan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah, Datuk Dr Kamaruzaman Ampon, bekas Peguam Negara Sabah, Tan Sri Herman Luping, bekas Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Henry Chin dan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk KY Mustafa.

    ReplyDelete
  9. Dalam tempoh enam bulan panel itu diberi masa untuk membuat laporan apa kah benar wujudnya pemberian kerakyatan kepada pendatang haram yang berada di Sabah? ataupun sebaliknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga siasatan RCI adalah positif untuk mengesan punca kemasukan PATI secara tiada kawalan dan mencecah jumlah yang begitu merisaukan.

      Delete
  10. Masalah kedatangan pendatang terutama daripada Filipina dan Indonesia bermula sejak di ambang kemerdekaan lagi dan berlarutan sehingga kini. Masa puncaknya adalah pada tahun 70-an, apabila berlaku perang saudara di Selatan Filipina, sehinggakan pelarian daripada wilayah bergolak itu diberi status pelarian oleh Bangsa-Bangsa Bersatu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pelarian ni patut sudah dihantar ke negara asal mereka sebab keadaan di sana pun sudah reda dan tidak berperang lagi.

      Delete
  11. Kerajaan baik Pusat mahupun negeri, terus mengatasi masalah pelarian ini, sehinggakan berbagai oprasi dilakukan

    ReplyDelete
  12. Kerajaan juga mengwujudkan undang-undang berat terhadap pendatang tanpa izin, termasuk hukuman sebat; namun masalah pendatang tanpa izin, hingga kini belum terselesaikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Undang-undang terhadap PATI masih perlu dikaji.

      Delete
  13. Bagi suara Rakyat, adalah sukar untuk memastikan apa kah benar wujudnya pemberian kerakyatan kepada pendatang haram., kecualilah, panel itu mengumpul semua warga negara berasaskan kampung, dan di bahagi-bahagi berasas strata; mungkin akan diketahui, bahawa ada "warganegara" yang bukan asal Sabah, kerana biasanya di kampung-kampung akan tahu siapa-siapa penduduk kampung itu berasas salsilah.

    ReplyDelete
  14. Perlu diingat, sehingga tahun 70-an, terlalu ramai penduduk islam tidak mempunyai pengenalan diri, sehinggalah apabila SAHAM AMANAH SABAH ATAU SAHAM AMANAH TUN MUSTAPHA diwujudkan, barulah rakyat berlumba-lumba mendapatkan kad pengenalan diri, kerana tanpa itu, mereka tidak layak menerima saham itu.

    ReplyDelete
  15. Apabila penduduk islam menyadari betapa penting kad pengenalan diri, kerana melalui dokumen itu mereka boleh gunakan untuk mendaftar sebagai pengundi; maka gerakan besar-besaran dilakukan oleh pemimpin islam; para pemimpin ini masuk dari kampung ke kampung untuk memberi penerangan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. bukan setakat digunakan untuk mengundi, malah kesianlah anak2 yang tidak dapat lanjutkan sekolah kerana masalah dokumen kelahiran.

      Delete
    2. kemasukan pati cuma mengancam perkembangan ekonomi dan golongan ini akan membawa masalah social yuang serius.

      Delete
  16. Boleh buat pendaftarab bergerak tapi pastikan latar belakang sebenar penduduk.

    ReplyDelete
  17. Yang sukarnya, penduduk kawasan pedalaman ni terlalu jauh untuk ke bandar mendaftarkan anak mereka. sedangkan melahirkan anak pun ada yang menjadi bidan sendiri kerana tidak sanggup ke hospital.

    ReplyDelete
  18. Kesian orang tempatan tiada pengenalan diri, orang asing pula yang ada.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PATI yang mendapat pengenalan dan warga tulen yang tidak. Satu keadaan yang mengecewakan.

      Delete
    2. Inilah kesilapan kerajaan yang mengutamakan kedudukan dan sanggup membuat apa-apa sahaja termasuk membawa masuk PATI dan memberi kelayakan mengundi.

      Delete
  19. kenapa tidak mempunyai kad pengenalan diri? pasti ada yang silap dan ini harus mendapat perhatian dari pihak yang berkuasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Segeralah lakukan yang terbaik untuk mendapat kad pengenalan sesiapa yang layak.

      Delete
    2. Urusan untuk mendapatkan kad pengenalan seharusnya tidak susah jika anda layak. Harap semuanya akan baik2 sahaja.

      Delete
    3. Jika mereka yang tidak layak, harap tidak mengambil kesempatan untuk mendapatkan IC

      Delete
    4. Semoga mereka yang layak dapat diluluskan permohonan merkea.

      Delete
  20. pendaftaran bergerak dilakukan bagi memudahkan penduduk terutama di pedalaman mendaftarkan pengenalan diri.

    ReplyDelete