Search This Blog

Friday, December 21, 2012

SAPP janjikan pemilihan tanah kepada penduduk

BONGAWAN, Disember 20, 2012: Meskipun dalam keadaan hujan dan jalanraya berlumpur, penduduk Kg. Talantang, Ulu Kimanis dalam kawasan Bongawan masih gagah menghadiri program Bangunan Untuk Sabah anjuran pergerakan Pemuda SAPP.

Kehadiran Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee, Presiden SAPP dan juga Datuk Hj Mohd Noor Mansur penasihat parti diiringi oleh konvoi 150 buah motorsikal memang sesuatu situasi diluar jangkaan. Apatah lagi lebih seribu orang hadir ke perjumpaan itu.

Menurut Ketua Pemuda CLC Bongawan, padang tapak program tersebut telah dibaik pulih hasil usaha En. Jamil William dan penduduk kampung Telantang. Padang tersebut dibiarkan tanpa diselenggara oleh BN lebih 17 tahun.

Presiden SAPP di dalam ucapannya menyatakan pendirian parti berhubung pemilikan tanah di kg. Talantang.

Menurut beliau kerajaan SAPP akan memberikan hak-hak pemilikan tanah kepada penduduk kampung apabila membentuk kerajaan kelak. 500 penduduk di dalam Daerah mengundi Kuala Pus kawasan Bongawan belum mempunyai geran tanah dan mereka telah menunggu lebih dari 20 tahun.

Yong berkata melalui reformasi tanah, semua impian penduduk bakal menjadi kenyataan. Menurutnya lagi sebuah kerajaan berotonomi sahaja yang mampu membantu rakyat mendapatkan hak mereka.

Kad pengenalan Sabah pula katanya merupakan langkah terbaik dan agenda utama SAPP bagi membenteras pendatang asing tanpa izin yang melonjakkan kepadatan penduduk Sabah pada masa sekarang dan menjadi ancaman besar kepada Sabah.

Sementara itu Datuk Hj Mohd Noor Mansur berkata keadaan Sabah hari ini begitu tenat dengan pemimpin BN berlumba-lumba mengutip keuntungan peribadi. Beliau melahirkan rasa terkejut kerana setelah 50 tahun kemerdekaan beliau merasa terkejut melihat jalanraya ulu Kimanis dan menuju ke Kampung Telantang seolah-olah masih di zaman kolonial. Jalanraya becak dan berlumpur menunjukkan janji BN tidak pernah ditepati. Apatah lagi kawasan berkenaan diwakili oleh seorang Menteri Persekutuan.

Turut menyampaikan ucapan dimajlis tersebut ialah Datuk Eric Majimbun Timbalan Presiden SAPP, Edward Dagul Ketua Pemuda dan Jaafar Ismail Pengerusi CLC Bongawan. Sementara itu beberapa Ahli Majlis tertinggi turut serta Jamain Sarudin Setiausaha Penganjur Parti, Aloysius Danim Siap (AMT) dan Malek Mohed (AMT) serta Thomas Chong (Pengerusi CLC Membakut).

35 comments:

  1. Wikisabah does not entertain comments that are irrelevant to the topic and comments deem malicious, defamatory and lies. comments such as these used by cyber troopers will be deleted.
    TQ

    ReplyDelete
  2. Laluan perjuangan Parti Maju Sabah (SAPP) untuk kawasan Melalap mungkin akan mengalami kesukaran apabila beberapa Ahli Jawatankuasa Bahagian parti itu mengumumkan keluar meletakkan jawatan kerana tidak yakin dengan kepimpinan bahagian parti itu beberapa hari berlalu.

    ReplyDelete
  3. Bulan lalu dua Jawatankuasa Bahagiannya Julian Kayug dan Robert Samih mengumumkan keluar parti SAPP dan menyertai Parti Bersatu Sabah (PBS) ketika mesyuarat agung tahunan parti itu dekat sini yang dirasmikan Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.

    ReplyDelete
  4. Terbaru, pada Rabu, seorang lagi Jawatankuasa bahagian parti itu Jamikir Ibrahim turut meninggalkan perjuangan parti itu.

    ReplyDelete
  5. Beliau bersama dengan seorang jawatankuasa cawangan Majiadih O.T Matalih menjadikan kedudukan Pengerusi CLC Melalap Jimmy Jawatah yang juga Naib Presiden SAPP pusat semakin tergugat.

    ReplyDelete
  6. Dalam pada itu, Majiadih O.T Matalih ketika ditemui menjelaskan bahawa beliau bertindak sedemikian disebabkan kepimpinan pengerusi bahagian parti itu lemah.

    ReplyDelete
  7. Dan tidak memperlihatkan halatuju perjuangannya kepada rakyat dengan jelas malah tidak menerima suara akar umbi untuk membaiki kelemahan parti itu.

    ReplyDelete
  8. Halatuju perjuangan parti itu sudah terlalu menyimpang jauh daripada landasan asalnya.

    ReplyDelete
  9. Dimana ianya tidak layak diangkat dan dimartabatkan sebagai seorang pemimpin yang boleh diyakini.

    ReplyDelete
  10. Tidak layak untuk membawa kemajuan dikawasan disini sekiranya SAPP berjaya membentuk kerajaan selepas PRU-13 kelak.

    ReplyDelete
  11. Saya bertindak keluar meletakkan keahlian dalam parti itu kerana tidak yakin lagi dengan misi dan visi perjuangan parti itu dibawah kepimpinan Pengerusinya Jimmy Jawatah.

    ReplyDelete
  12. Sehubungan itu, Naib Ketua Pergerakan Pemuda SAPP Pusat Rudy Sulaiman Mairi yang juga merupakan Naib Ketua CLC Melalap ketika dihubungi enggan mengulas lanjut berhubung senario politik yang melanda parti itu disini.

    ReplyDelete
  13. selain berkata, ia adalah perkara biasa dan boleh diselesaikan secara kekeluargaan.

    ReplyDelete
  14. Jimmy Jawatah bekas calon PKR Dun Melalap pada PRU12 (Tahun 2008) tewas kepada Datuk Radin Malleh dari PBS dan kemudiannya melompat ke SAPP selepas parti itu meninggalkan gagasan BN atas pelawaan Datuk Frankie Chong dan dilantik sebagai Naib Presiden.

    ReplyDelete
  15. Difahamkan ramai ahli ahli parti itu diperingkat akar umbi mendesak pucuk pimpinan SAPP supaya meletakkan pemimpin muda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemimpin musa diperlukan untuk membawa azam baru kepada SAPP.

      Delete
  16. Dan lebih berwibawa sebagai calon parti itu dikawasan Dun Melalap pada pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13) akan datang ini tetapi mendapat tentangan daripada Jimmy Jawatah.

    ReplyDelete
  17. Hakikatnya, jika didasarkan kepada maklumat itu dan senario yang melanda SAPP setakat ini, memang SAPP semakin jatuh.

    ReplyDelete
  18. tidak mungkin laluan SAPP begitu mudah untuk menawan kawasan Dun Melalap pada PRU-13.

    ReplyDelete
  19. mereka sedia berkompromi untuk menumpukan kemenangan parti itu sebelum PRU-13 tapi jangan bermimpi. BN tetap kukuh di Sabah.

    ReplyDelete
  20. Percayalah yang mana BN tetap menjadi pilihan rakyat. Jangan mudah terpedaya dengan permainan yang digunakan oleh Pembangkang.

    ReplyDelete
  21. SAPP mempunyai kelemahan dalam pengurusan mereka sehingga mereka terpaksa meminta pertolongan daripada parti PR untuk masa hadapan mereka.

    ReplyDelete
  22. Hahahaha sebenarnya bukan apa..Takut orang tahu kelemahan dan keburukan pentadbiran yang dibuat oleh SAPP. Kerana blog ini adalah milik SAPP. Itulah yang SAPP buat untuk tutup kes SAPP.

    ReplyDelete
  23. Sejauh mana janji SAPP dapat ditunaikan?

    ReplyDelete
  24. sewaktu Yong menjadi ketua Menteri Sabah dahulu, Yong Teck Lee menjual beratus-ratus hektar tanah kepada syarikat swasta yang disifatkannya sebagai kroni ketika Presiden SAPP itu menerajui kerajaan negeri selama tiga tahun, mulai 1996.

    ReplyDelete
  25. Ketika Yong menjadi Ketua Menteri, dia tidak pernah cakap fasal hak rakyat Sabah. Dia asyik jual tanah beratus-ratus hektar kepada kroninya.

    ReplyDelete
  26. Yong Teck Lee perlu menjawab kepada persoalan-persoalan tentang hak rakyat yang diambil tersebut.

    1. 1 juta ekar konsesi balak untuk tempoh 100 tahun bernilai lebih RM20 Billion dari Tenom hingga ke Kalabakan.

    ReplyDelete
  27. 2. Tanah persisiran laut di Teluk Likas bernilai lebih RM500 juta

    ReplyDelete
  28. 3. Tanah persisiran laut di Tanjung Aru bernilai lebih RM500 juta

    ReplyDelete
  29. 4. Tanah-tanah Lembaga Kemajuan Tanah Sabah (SLDB) bernilai lebih RM2 billion diambil melalui Sawit Kinabalu Sdn Bhd.

    ReplyDelete
  30. 5. Wang saham rakyat dalam Koperasi Pembangunan Desa (KPD) bernilai RM60 juta diambil melalui Benta Holdings.

    ReplyDelete
  31. 6. Duit rakyat diperbendaharaan negeri berjumlah RM36 juta setahun melalui Angkatan Hebat Sdn Bhd (kontrak sewa kereta kepada semua agensi kerajaan).

    ReplyDelete
  32. 7. Merobohkan rumah-rumah kerajaan di Tanjung Aru untuk pembinaan resort oleh sebuah syarikat kroni tetapi sehingga kini tanah tersebut terbiar kerana tanah berkenaan tidak mempunyai geran.

    ReplyDelete