BONGAWAN, Disember 20, 2012: Meskipun dalam keadaan hujan dan jalanraya berlumpur, penduduk Kg. Talantang, Ulu Kimanis dalam kawasan Bongawan masih gagah menghadiri program Bangunan Untuk Sabah anjuran pergerakan Pemuda SAPP.
Kehadiran Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee, Presiden SAPP dan juga Datuk Hj Mohd Noor Mansur penasihat parti diiringi oleh konvoi 150 buah motorsikal memang sesuatu situasi diluar jangkaan. Apatah lagi lebih seribu orang hadir ke perjumpaan itu.
Menurut Ketua Pemuda CLC Bongawan, padang tapak program tersebut telah dibaik pulih hasil usaha En. Jamil William dan penduduk kampung Telantang. Padang tersebut dibiarkan tanpa diselenggara oleh BN lebih 17 tahun.
Presiden SAPP di dalam ucapannya menyatakan pendirian parti berhubung pemilikan tanah di kg. Talantang.
Menurut beliau kerajaan SAPP akan memberikan hak-hak pemilikan tanah kepada penduduk kampung apabila membentuk kerajaan kelak. 500 penduduk di dalam Daerah mengundi Kuala Pus kawasan Bongawan belum mempunyai geran tanah dan mereka telah menunggu lebih dari 20 tahun.
Yong berkata melalui reformasi tanah, semua impian penduduk bakal menjadi kenyataan. Menurutnya lagi sebuah kerajaan berotonomi sahaja yang mampu membantu rakyat mendapatkan hak mereka.
Kad pengenalan Sabah pula katanya merupakan langkah terbaik dan agenda utama SAPP bagi membenteras pendatang asing tanpa izin yang melonjakkan kepadatan penduduk Sabah pada masa sekarang dan menjadi ancaman besar kepada Sabah.
Sementara itu Datuk Hj Mohd Noor Mansur berkata keadaan Sabah hari ini begitu tenat dengan pemimpin BN berlumba-lumba mengutip keuntungan peribadi. Beliau melahirkan rasa terkejut kerana setelah 50 tahun kemerdekaan beliau merasa terkejut melihat jalanraya ulu Kimanis dan menuju ke Kampung Telantang seolah-olah masih di zaman kolonial. Jalanraya becak dan berlumpur menunjukkan janji BN tidak pernah ditepati. Apatah lagi kawasan berkenaan diwakili oleh seorang Menteri Persekutuan.
Turut menyampaikan ucapan dimajlis tersebut ialah Datuk Eric Majimbun Timbalan Presiden SAPP, Edward Dagul Ketua Pemuda dan Jaafar Ismail Pengerusi CLC Bongawan. Sementara itu beberapa Ahli Majlis tertinggi turut serta Jamain Sarudin Setiausaha Penganjur Parti, Aloysius Danim Siap (AMT) dan Malek Mohed (AMT) serta Thomas Chong (Pengerusi CLC Membakut).
Wikisabah does not entertain comments that are irrelevant to the topic and comments deem malicious, defamatory and lies. comments such as these used by cyber troopers will be deleted.
ReplyDeleteTQ
Laluan perjuangan Parti Maju Sabah (SAPP) untuk kawasan Melalap mungkin akan mengalami kesukaran apabila beberapa Ahli Jawatankuasa Bahagian parti itu mengumumkan keluar meletakkan jawatan kerana tidak yakin dengan kepimpinan bahagian parti itu beberapa hari berlalu.
ReplyDeleteBulan lalu dua Jawatankuasa Bahagiannya Julian Kayug dan Robert Samih mengumumkan keluar parti SAPP dan menyertai Parti Bersatu Sabah (PBS) ketika mesyuarat agung tahunan parti itu dekat sini yang dirasmikan Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan.
ReplyDeleteTerbaru, pada Rabu, seorang lagi Jawatankuasa bahagian parti itu Jamikir Ibrahim turut meninggalkan perjuangan parti itu.
ReplyDeleteBeliau bersama dengan seorang jawatankuasa cawangan Majiadih O.T Matalih menjadikan kedudukan Pengerusi CLC Melalap Jimmy Jawatah yang juga Naib Presiden SAPP pusat semakin tergugat.
ReplyDeleteDalam pada itu, Majiadih O.T Matalih ketika ditemui menjelaskan bahawa beliau bertindak sedemikian disebabkan kepimpinan pengerusi bahagian parti itu lemah.
ReplyDeleteDan tidak memperlihatkan halatuju perjuangannya kepada rakyat dengan jelas malah tidak menerima suara akar umbi untuk membaiki kelemahan parti itu.
ReplyDeleteHalatuju perjuangan parti itu sudah terlalu menyimpang jauh daripada landasan asalnya.
ReplyDeleteDimana ianya tidak layak diangkat dan dimartabatkan sebagai seorang pemimpin yang boleh diyakini.
ReplyDeleteTidak layak untuk membawa kemajuan dikawasan disini sekiranya SAPP berjaya membentuk kerajaan selepas PRU-13 kelak.
ReplyDeleteSaya bertindak keluar meletakkan keahlian dalam parti itu kerana tidak yakin lagi dengan misi dan visi perjuangan parti itu dibawah kepimpinan Pengerusinya Jimmy Jawatah.
ReplyDeleteSehubungan itu, Naib Ketua Pergerakan Pemuda SAPP Pusat Rudy Sulaiman Mairi yang juga merupakan Naib Ketua CLC Melalap ketika dihubungi enggan mengulas lanjut berhubung senario politik yang melanda parti itu disini.
ReplyDeleteselain berkata, ia adalah perkara biasa dan boleh diselesaikan secara kekeluargaan.
ReplyDeleteJimmy Jawatah bekas calon PKR Dun Melalap pada PRU12 (Tahun 2008) tewas kepada Datuk Radin Malleh dari PBS dan kemudiannya melompat ke SAPP selepas parti itu meninggalkan gagasan BN atas pelawaan Datuk Frankie Chong dan dilantik sebagai Naib Presiden.
ReplyDeleteDifahamkan ramai ahli ahli parti itu diperingkat akar umbi mendesak pucuk pimpinan SAPP supaya meletakkan pemimpin muda.
ReplyDeletePemimpin musa diperlukan untuk membawa azam baru kepada SAPP.
DeleteDan lebih berwibawa sebagai calon parti itu dikawasan Dun Melalap pada pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13) akan datang ini tetapi mendapat tentangan daripada Jimmy Jawatah.
ReplyDeleteHakikatnya, jika didasarkan kepada maklumat itu dan senario yang melanda SAPP setakat ini, memang SAPP semakin jatuh.
ReplyDeletetidak mungkin laluan SAPP begitu mudah untuk menawan kawasan Dun Melalap pada PRU-13.
ReplyDeletemereka sedia berkompromi untuk menumpukan kemenangan parti itu sebelum PRU-13 tapi jangan bermimpi. BN tetap kukuh di Sabah.
ReplyDeletePercayalah yang mana BN tetap menjadi pilihan rakyat. Jangan mudah terpedaya dengan permainan yang digunakan oleh Pembangkang.
ReplyDeleteRakyat masih berkeyakinan dengan BN.
DeleteSAPP mempunyai kelemahan dalam pengurusan mereka sehingga mereka terpaksa meminta pertolongan daripada parti PR untuk masa hadapan mereka.
ReplyDeleteTidak mungkin juga SAPP dan PR bekerjasama.
DeleteHahahaha sebenarnya bukan apa..Takut orang tahu kelemahan dan keburukan pentadbiran yang dibuat oleh SAPP. Kerana blog ini adalah milik SAPP. Itulah yang SAPP buat untuk tutup kes SAPP.
ReplyDeleteSejauh mana janji SAPP dapat ditunaikan?
ReplyDeletesewaktu Yong menjadi ketua Menteri Sabah dahulu, Yong Teck Lee menjual beratus-ratus hektar tanah kepada syarikat swasta yang disifatkannya sebagai kroni ketika Presiden SAPP itu menerajui kerajaan negeri selama tiga tahun, mulai 1996.
ReplyDeleteKetika Yong menjadi Ketua Menteri, dia tidak pernah cakap fasal hak rakyat Sabah. Dia asyik jual tanah beratus-ratus hektar kepada kroninya.
ReplyDeleteYong Teck Lee perlu menjawab kepada persoalan-persoalan tentang hak rakyat yang diambil tersebut.
ReplyDelete1. 1 juta ekar konsesi balak untuk tempoh 100 tahun bernilai lebih RM20 Billion dari Tenom hingga ke Kalabakan.
2. Tanah persisiran laut di Teluk Likas bernilai lebih RM500 juta
ReplyDelete3. Tanah persisiran laut di Tanjung Aru bernilai lebih RM500 juta
ReplyDelete4. Tanah-tanah Lembaga Kemajuan Tanah Sabah (SLDB) bernilai lebih RM2 billion diambil melalui Sawit Kinabalu Sdn Bhd.
ReplyDelete5. Wang saham rakyat dalam Koperasi Pembangunan Desa (KPD) bernilai RM60 juta diambil melalui Benta Holdings.
ReplyDelete6. Duit rakyat diperbendaharaan negeri berjumlah RM36 juta setahun melalui Angkatan Hebat Sdn Bhd (kontrak sewa kereta kepada semua agensi kerajaan).
ReplyDelete7. Merobohkan rumah-rumah kerajaan di Tanjung Aru untuk pembinaan resort oleh sebuah syarikat kroni tetapi sehingga kini tanah tersebut terbiar kerana tanah berkenaan tidak mempunyai geran.
ReplyDelete