Search This Blog

Tuesday, August 27, 2013

Perayaan sambutan Tahun Jubilee Kemerdekaan Sabah (50 years of Sabah Independence)

KOTA KINABALU - Persatuan pergerakan NGO Solidariti Belia Sabunah (SBS) mengambil inisiatif untuk menganjurkan perayaan hari Kemerdekaan Sabah yang Ke-50.

Menurut Pengerusi SBS Stephan Gaimin, penganjuran ini bukan hanya untuk memperingati hari Kemerdekaan Sabah. Tetapi SBS mahu agar sejarah Kemerdekaan Sabah mendapat tumpuan yang lebih dan patut dirayakan secara besar-besaran.

Sepatutnya, rakyat Sabah merayakan 31hb Ogos sempena Hari kemerdekaan Sabah. Kita sepatutnya memberi penekanan bahawa Sabah merdeka dari jajahan selama 16 hari, sebelum bersama-sama Sarawak, Singapura dan Malaya membentuk Malaysia pada 16hb September 1963.

Kesedaran sahaja tidak mencukupi. Sebagai orang muda, SBS ingin menyeru kepada belia Sabah yang mempunyai semangat Patriotik Sabah agar mempertahankan warisan ini agar tidak hilang ditelan arus masa.

Melihat pada keadaan masa kini di kaca televisyen, di corong radio atau media massa, SBS menyatakan kerisauan Sejarah Kemerdekaan Sabah akan dilupakan.

Oleh yang demikian, SBS menyeru orang ramai khususnya mereka yang sayangkan Sabah, untuk hadir bersama-sama merayakan Sambutan Perayaan Kemerdekaan Sabah Tahun  Jubilee Ke-50 yang akan diadakan pada 31hb Ogos 2013 di Lintasan Deasoka, Gaya Street Kota Kinabalu, pada jam 1.00 petang.

----------------------English translation

Jubilee Celebration of 50 years of Sabah's Independence 

Sabah Youth Solidarity Movement (Persatuan Pergerakaan Solidariti Belia Sabah) took the initiative to organize celebration of Sabah's 50th year of independence.

According to its chairman, Stephan Gaimin, the Youth NGO (SBS) is not only commemorating the day of independence on 31st August 1963, but also to remind the people especially the youngsters that Sabah gained its independence for 16 days and forming Malaysia together with Malaya, Sarawak, Singapor on 16th September 1963.

He said that awareness is not enough, SBS would like to call on the youth to keep on the tradition of preserving their patriotism for Sabah and reminding them of Sabah's special position as one of the three partners in Malaysia (Sabah, Sarawak and Malaya).

"We are concerned that the history of Sabah's independence will be forgotten," he stressed.

The Youth NGO urged the public, especially those who love Sabah, to come and join the celebration on 31st August 2013 at Lintasan Deasoka, Gaya Street, Kota Kinabalu at 1:00 pm.

No comments:

Post a Comment