Search This Blog

Thursday, December 5, 2013

Ahli PKR Cabang Tenom minta MPN tarik balik perlantikan Adris Taripin

TENOM - Kemelut isu perlantikkan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Tenom Adris Taripin yang didakwa kononnya melalui “pintu belakang” semakin rancak dibincang malah ia seakan akan menjadi buah mulut para ahli parti itu diperingkat akar umbi setakat ini.

Isu tersebut terus memuncak selepas perhimpunan agung khas PKR di Shah Alam Selangor bulan lalu (November) dimana sumber mengatakan bahawa urusetia perhimpunan itu tidak mengiktiraf malah tidak menyenarai langsung nama Adris Taripin selaku Ketua Cabang PKR Tenom dan juga sebagai seorang perwakilan.

Hal itu didedahkan sendiri Dzulkifli Gunsika salah seorang Naib Ketua Cabang PKR Tenom didalam senarai jawatankuasa cabang pada sebelumnya (barisan AJK diterajui Halik Zaman) yang masih dianggap sah oleh pucuk pimpinan PKR Pusat.

“Bagaimana pun, kami lega apabila mendapat tahu bahawa jawatankuasa cabang parti itu disini masih wujud dan sah dari segi perlembagaan parti...(bermakna) hiraki perlantikkan pemangku Ketua Cabang haruslah disandang Masdin Tumas selepas Halik Zaman melepaskan jawatan Ketua Cabang disaat saat menjelangnya pilihanraya umum kali ke-13 (PRU13).

“Kami merasa hairan dan agak pelik melihatnya, apabila Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah dengan tanpa usul periksa melantik Adris Taripin selaku Ketua Cabang baru disini dengan alasan kononnya PKR Tenom digantung...tetapi apakah sebab sebabnya ia digantung?

“Lagi pun, apakah rasionalnya perlantikkan Adris Taripin selaku Ketua Cabang sedangkan Adris adalah ahli biasa dan bukan salah seorang AJK Cabang yang terkanan selepas Ketua Cabang yang membolehkannya layak dilantik selaku pemangku Ketua Cabang mengikut perlembagaan parti,” tegas Dzulkifli ketika dihubungi Ahad lepas.

Dzulkifli yang juga merupakan wakil calon PKR ketika PRU13 seterusnya berkata, beliau dan rakan rakan dikawasan akar umbi berharap agar kepimpinan MPN yang diterajui Datuk Seri Panglima Lajim Ukin bertindak tegas didalam perkara ini dengan menarik balik perlantikkan Adris Taripin seterusnya melantik dan mengiktiraf Masdin Tumas selaku pemangku Ketua Cabang PKR Tenom.

“Kita mahu memperkasakan parti dan bukan menjadikan PKR diSabah sebagai bahan ketawa masyarakat sekeliling kita,” tambah Dzulkifli sambil menyifatkan perbuatan membelakangi perlembagaan parti umpama satu pengkhianatan.

Dalam pada itu, Masdin Tumas bekas calon PKR Parlimen Tenom pada PRU13 ketika dihubungi menegaskan bahawa perjuangan PKR hendaklah mematuhi lunas lunas perlembagaan parti supaya tidak timbul perbalahan sesama sendiri hanya kerana menuntut hak ditempat yang salah.

Pada PRU13 Masdin yang bertanding atas tiket PKR terlibat dalam pertembungan 4 penjuru tetapi kalah dan hanya meraih undi sebanyak 5,885 menduduki tangga ke-2 selepas pemenang Datuk Raime Unggi daripada Barisan Nasional (BN).

Oleh: Mail Mathew

No comments:

Post a Comment