Search This Blog

Wednesday, May 19, 2021

Yong: Tidak ada tempat untuk bersembunyi bagi Abu Sayyaf, pengganas


Yong: Tidak ada tempat untuk bersembunyi bagi Abu Sayyaf, pengganas

Kota Kinabalu, Rabu, 19 Mei 2021

Kejayaan pasukan keselamatan di Beaufort menunjukkan bahawa lanun Abu Sayyaf dan penceroboh lain tidak ada tempat untuk bersembunyi walaupun mereka berjaya menyelinap ke Sabah. Kejayaan polis yang terbaru dengan membunuh lima pengganas, setelah menangkap lapan pengganas sebelumnya, juga di Beaufort, telah banyak menghalang penceroboh berpotensi untuk memasuki Sabah.

Saya yakin rakyat Malaysia bersyukur kerana pasukan keselamatan kita, seperti polis dan ESSCOM, telah menyerang sel pengganas di Beaufort. Ini mengejutkan bahawa pengganas bersembunyi di Beaufort, kerana pekan itu yang terletak di Barat Daya Sabah, jauh dari ESSZONE di pantai Timur Sabah yang dilindungi oleh ESSCOM (Pasukan keselamatan Pantai Timur).


Walaupun begitu, seperti yang diakui oleh polis, ada kemungkinan masih ada saki-baki anggota dan penyokong kumpulan pengganas Abu Sayyaf yang bersembunyi di Sabah. Oleh itu, penduduk tempatan, terutama  berdekatan kawasan setinggan, mesti memainkan peranan yang lebih aktif dalam mengesan kehadiran pengganas dan penyokongnya agar pasukan keselamatan dapat menghapuskan pengganas ini dengan segera.

Pangkalan Penguatkuasaan Maritim di Lahad Datu

Untuk mengukuhkan keselamatan Sabah dan meningkatkan keyakinan rakyat, saya meminta kerajaan  untuk melaksanakan janji-janji yang dibuat pada tahun 2013 setelah serangan Tanduo yang terkenal itu. Di antara janji-janji penting itu adalah penubuhan tujuh batalion anggota keselamatan di Sabah, perolehan kapal peronda laut dan aset keselamatan lain di ESSZONE.

Antara aset penting yang diperlukan oleh Sabah adalah pangkalan Penguatkuasaan Maritim lengkap yang juga sudah lama tertangguh di Lahad Datu, markas ESSCOM.


Pangkalan Penguatkuasaan Maritim baru ini, di bawah bidang kuasa APMM (Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, dapat menambah usaha dalam memerangi jenayah rentas sempadan dan menghentikan Abu Sayyaf dan penjenayah lain daripada mencetuskan masalah di Sabah.

Datuk Yong Teck Lee
Bekas Ketua Menteri, Adun (Dilantik


Yong: Nowhere to hide for Abu Sayyaf, terrorists

Kota Kinabalu, Wednesday, 19 May, 2021

The success of government security forces at Beaufort shows that Abu Sayyaf bandits and other intruders have nowhere to hide even if they managed to sneak into Sabah. This latest, high profile success of the police in killing five terrorists, after having apprehending eight terrorists earlier, also at Beaufort, goes a long way in deterring potential intruders from trying to enter Sabah.

I am sure Malaysians are grateful that our security forces, such as the police and ESSCOM, have nipped in the bud a terrorist cell at Beaufort. It came as a surprise that the terrorists were hiding at Beaufort because Beaufort, situated at the South West of Sabah, is far away from the ESSZONE in the East coast of Sabah which is covered by ESSCOM (Eastern Command).


Nevertheless, as acknowledged by the police, it is also likely that there are still members and supporters of terrorist group Abu Sayyaf who are lying low in Sabah. Therefore, local people, especially at or near squatter colonies, must play a more active role in detecting the presence of terrorists and their supporters so that the security forces can wipe out these terrorists once and for all.

Maritime Enforcement base at Lahad Datu

To further strengthen Sabah’s security and to enhance the confidence of the people, I call on the government to implement the promises made in 2013 after the infamous Tanduo incursion. Among the key promises were the basing of seven battalions of security personnel in Sabah, the acquisition of advanced sea patrol boats and other security assets in ESSZONE.

Among the key assets that Sabah requires is a full-fledged Maritime Enforcement base that is also long overdue at Lahad Datu, the home base of ESSCOM.

This new Maritime Enforcement base, under the jurisdiction of the MMEA (Malaysia Maritime Enforcement Agency or APMM Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia), can add to the efforts in combating cross border crimes and putting a stop to any dreams of Abu Sayyaf and other criminals from causing trouble in Sabah.

Datuk Yong Teck Lee
Ex-Chief Minister, Assemblyman (Nominated)



No comments:

Post a Comment