Search This Blog

Monday, August 30, 2021

Ahli Parlimen diminta segera sahkan RCEP/MPs urged to ratify RCEP soonest

Yong: Ahli Parlimen didesak untuk segera mengesahkan RCEP

Kota Kinabalu, Isnin, 30 Ogos 2021

Penyambungan semula sidang parlimen bulan depan (September) memberi peluang kepada Malaysia untuk mengesahkan Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau sehingga Malaysia dapat memperoleh keuntungan dari menjadi anggota utama blok perdagangan RCEP, yang merupakan blok perdagangan terbesar di dunia. Demikian kenyataan Datuk Yong Teck Lee, Presiden SAPP Hari ini.

Pada November 2020, perjanjian RCEP ditandatangani oleh sepuluh negara anggota ASEAN dan lima negara perdagangan besar di rantau Asia Pasifik, iaitu China, Jepun, Korea, Australia dan New Zealand. Setakat ini, China, Jepun dan Thailand serta Singapura telah mengesahkan perjanjian RCEP.


Beliau yang juga ADUN (Dilantik) turut menjelaskan, bahawa menurut peraturan, enam dari sepuluh negara ASEAN dan tiga dari lima negara bukan ASEAN mesti mengesahkan perjanjian RCEP oleh parlimen masing-masing. Ia akan memakan masa enam puluh hari lagi sebelum perjanjian RCEP berkuatkuasa.

Oleh itu bagi membolehkan RCEP berkuat kuasa pada 1 Januari 2022, Malaysia atau negara lain harus mengesahkan RCEP selewat-lewatnya akhir Oktober tahun ini.


"Saya harap Ahli Parlimen kita akan mengetepikan politik kepartian dan mengesahkan RCEP sebelum berlakunya politik yang merosakkan pemulihan ekonomi Malaysia" kata Yong.

RCEP akan menurunkan tarif di antara 15 buah negara. Kesannya, perdagangan antara negara-negara RCEP akan meningkat. Kenaikan perdagangan sedemikian akan menyebabkan peningkatan aktiviti ekonomi dan memberi galakan tambahan untuk pemulihan ekonomi pasca-wabak. 

Kajian terbaru oleh ACCIM (Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry of Malaysia) menunjukkan bahawa RCEP akan meningkatkan KDNK Malaysia hingga 1.7% dalam jangka masa sederhana. 

"Eksport disebabkan oleh RCEP diunjurkan akan meningkat 24.4% dalam tempoh yang sama" kata beliau.

Sabah akan mendapat keuntungan

Menurut beliau lagi, Sabah yang secara strategik terletak di pusat RCEP, mendapat keuntungan daripada perdagangan maritim, penerbangan kargo dan perdagangan antarabangsa secara amnya di antara rakan dagang terbesar kita, iaitu negara-negara China, Jepun dan ASEAN.

"Oleh itu, rakyat mengharapkan Ahli Parlimen kita dengan tekun melaksana tanggungjawab mereka di parlimen dan mengesahkan perjanjian RCEP pada bulan September ini" jelas Yong lagi.

No comments:

Post a Comment