Search This Blog

Sunday, April 8, 2012

PKR Buat Laporan Polis Terhadap 'Datuk S' dan TYT

Jayanthi Geetha Sukumaran
Parti Keadilan Rakyat kelmarin membuat laporan polis terhadap seorang ADUN Sabah 'Datuk S' dan Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah berhubung isu kerakyatan songsang seorang warga Filipina yang diberi MyKad bernombor 670315-12-5012.

Timbalan Ketua Penerangan AMK Sabah, Citra Bin Masadi ketika menghubungi Sabahkini.net semalam berkata, pihaknya terpaksa membuat laporan polis kerana berdasarkan bukti yang dinyatakan di dalam artikel Sabahkini.net bertajuk 'Gundikku PATI' yang disiarkan pada 4 April 2012.

"Kita telah mengenalpasti siapa 'Datuk S' setelah menjalankan siasatan rapi berdasarkan laporan Sabahkini.net daripada EPISOD I, EPISOD II dan yang terkini, tetapi kita tidak dapat dedahkan di media nama sebenar Datuk S, melainkan hanya untuk makluman PDRM," kata Citra yang memaklumkan tujuan mereka membuat laporan ialah untuk membanteras gejala tidak sihat, terutama isu kerakyatan songsang diambang penubuhan RCI.

Isu kerakyatan songsang, kata Citra bukanlah perkara baru di Sabah, tetapi kini menjadi 'EPILOG CINTA' seorang wakil rakyat UMNO yang telah bersubahat dan menyalahguna kuasa untuk melindungi PATI dan mendorong Kerajaan memberi kerakyatan Malaysia kepada gundiknya, PIA BINTI DAHLAN yang menggunakan Mykad berkenaan untuk memperolehi harta dan pasport antarabangsa Malaysia.

Berikut ialah isi kandungan laporan polis Citra, KNK/RPT/846/12 yang diemail kepada Sabahkini.net semalam;

"Pada lebih kurang jam 10 pagi, ketika berada di rumah saya di Kunak, saya terbaca satu artikel dalam portal SABAHKINI.NET bertajuk GUNDIKKU PATI! yang saya anggap begitu serius berhubung dengan kegiatan subversif yang dilakukan oleh seorang ADUN BN yang bernama 'Datuk S' (nama sebenar dinyatakan dalam statement kepada polis) dengan menggunakan kedudukannya sebagai Penggubal Undang-Undang dengan bersubahat memalsukan data peribadi PATI sehingga mendapat MyKad melalui jalan songsang.

"Saya datang ke Balai Polis IPD Kunak untuk membuat laporan agar PDRM menyiasat dan menangkap ADUN berkenaan di bawah Undang-Undang Jenayah.

"Laporan ini juga dibuat agar PDRM menyiasat penglibatan Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin; Ketua Wanita UMNO Sabah Datuk Armani Mahiruddin dan Haji Dahlan Abdul Karim dalam isu kerakyatan songsang PIA BINTI DAHLAN yang menggunakan MyKad bernombor 670315-12-5012 dan mengambil tindakan sewajarnya.

"Laporan ini juga dibuat agar PDRM menyiasat dan menangkap Pengarah Jabatan Imigresen Sabah di bawah undang-undang jenayah kerana meluluskan permohonan pasport Antarabangsa Malaysia bernombor H16691775 kepada PIA BINTI DAHLAN sedangkan beliau sedar dan mempunyai dalam simpanannya rekod PIA BINTI DAHLAN adalah Warganegara Filipina yang masuk secara sah tetapi gagal memperbaharui Visa dan tinggal secara haram sebelum mendapat MyKad berkenaan.

"Laporan ini juga dibuat agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat bagaimana 'Datuk S' memperolehi RM50,000 secara tunai bagi membayar deposit rumah PIA BINTI DAHLAN di No 19, Lorong 12, Ujana King Fisher Park, serta membeli Toyota Rush bernombor SAB599A serta membuka Salon Rambut di B 13, Tingkat 2, Centre Point, Kota Kinabalu sedangkan pendapat gaji dan elaun beliau tidak mencukupi untuk menyara kemewahan PIA BINTI DAHLAN. 

MILIK....Rekod JPJ ini membuktikan Toyota Rush tersebut milik Pia Binti Dahlan, tetapi deposit dan ansuran bulannya dibayar oleh Datuk S.

"Laporan ini juga dibuat agar SPRM menyiasat 'Datuk S' dan Pengerusi Badan Berkanun Kerajaan Negeri (nama agensi disebut dalam Statement) kerana menyalahguna kuasa membenarkan 'Datuk S' tinggal di Hyyat Hotel lebih kurang sejak setahun lalu dan membayar segala bil hotel berkenaan, termasuk Pegawai Perhubungan Awamnya (nama dinyatakan dalam Statement) sedangkan beliau mempunyai rumah di Kota Kinabalu. 

"Memandangkan isu pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah begitu sensitif dan kerajaan ke arah menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) maka saya mendesak agar siasatan menyeluruh diadakan bagi membendung gejala yang berlanjutan sekian lama ini, terutama penglibatan penggubal undang-undang dalam kegiatan jenayah, salahgunakuasa dan rasuah."

29 comments:

  1. PERKARA PENERANGAN

    Kad Pengenalan 670315125012

    Nama PIA BINTI DAHLAN

    Tarikh Lahir 15 Mar 1967

    Jantina PEREMPUAN

    Lokaliti BATU 8 JALAN LABUK

    Daerah Mengundi JALAN LABUK

    DUN 184 / 41 - GUM-GUM

    Parlimen 184 - LIBARAN

    Negeri SABAH



    SEORANG pendatang HARAM PHILIPINE dapat IC Malaysia disebabkan UMNOK YB Daruk S seorang PENDATANG HARAM juga dari philipine.

    Sedarlah rakyat Sabah! Hancurkan UMNOK di Sabah!

    ReplyDelete
  2. Semua rakyat Sabah yang membaca artikal ini boleh meneka siapa dia 'Datuk S'.Jika benar cerita ini maka beliau patut di gugurkan sebagai calun dalam p/raya13.

    'Winnable candidate' BN tidak menyenaraikan mereka yang mempunyai skandal dari 'hujung kaki ke hujung rambut'dan adalah lebih baik jika muka baru dan 'bersih' di ketengahkan.

    Bagaimanapun beliau belum bersalah lagi sehingga dibuktikan bersalah,'innocent until proven guilty,'jadi sebarang andaian patut di ketepikan.

    ReplyDelete
  3. Abdullah Eting, Gum Gum SkanApril 8, 2012 at 11:48 AM

    Mohon agar pihak terbabit spt PDRM, SPRM dan Jheains menjalankan penyiasatan dengan terperinci utk membuktikan dakwaan ini benar atau tidak sebabnya kalau tidak disiasat dan didakwa diMahkamah sdh pasti kejadian ini lebih terburuk lagi utk Sabah dan sekali gus menghancurkan rakyat Sabah dimana org yg melakukan bukanlah calang2 orgnya....bergelar PEMIMPIN!...Tahumua? Bulas ne apu mu!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makanya, sebagai pemimpin kena bagi contoh yang bagus dan jalankan tanggungjawab dengan jujur.

      Delete
  4. Banyak kesalahan yang nyata ni:

    1. Menggunakan wang ajensi kerajaan membayar bil hotel selama setahun, sedangkan mempunyai rumah sendiri kk.

    2. Bersubahat melakukan kesalahan mendapatkan KP palsu.

    Kalaulah ini, SPRM dan PDRM tak dapat kes dan tuduh di mahkamah, rakyat saja lah hukum BN dalam PRU 13 nanti, kita sama-sama lihat.......ini kali lahhhhhhhh........................................

    yang benar,

    Shamsudin Bin Yahya.

    ReplyDelete
  5. skandal Datuk S ini belum tentu lagi benar, apapun, harap perkara sebenar dpt diketahui.

    ReplyDelete
  6. leboh baik identiti Datuk tersebut didedahkan, pasti rakyat ingin tau siapa dia, tapi kena pastikan dakwaan ini berasas. jgn main tuduh saja.

    ReplyDelete
  7. kalau benar ada penglibatan pemberian kerakyatan songsang kepada PATI...maka, kerajaan / penguatkuasa seharusnya bertindak segera

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerajaan tidak harus membiarkan masalah ini berlarut.

      Delete
  8. the government should not let the State's sovereignty and its people interest become their secondary priority or less important

    ReplyDelete
  9. This matter is not only involved in political issues but it is about social, constitutional, cultural, security and demographic issues that need to be resolved in a positive but firm way before the next general election.

    ReplyDelete
  10. Meanwhile, all political leaders in Sabah, regardless the government or oppositions, to stop their bickerings, mudslingings, accusations and counter-accusations against one another and to put their heads together and work out a workable political solutions that would bring benefits to the people of Sabah

    ReplyDelete
  11. setiap tahun masalah pendatang tanpa izin menjadi semakin teruk ... berharap kerajaan persekutuan benar-benar memberi perhatian serius kepada masalah yang dihadapi oleh rakyat Sabah

    ReplyDelete
  12. The government should setup RCI for identify PATI issue.

    ReplyDelete
  13. "Laporan ini juga dibuat agar PDRM menyiasat dan menangkap Pengarah Jabatan Imigresen Sabah di bawah undang-undang jenayah kerana meluluskan permohonan pasport Antarabangsa Malaysia"

    Golongan yang salah menggunakan kuasa yan gdiberi harus dikenakan tindakan yang ketat.

    ReplyDelete
  14. Why the government resistance to setup the RCI.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz said the Terms of Reference would be made public once finalised.

      Delete
  15. Datuk S give the government a bad name. Make sure that Datuk S is not listed as one of the candidate to contest in this coming election.

    ReplyDelete
  16. This is why RCI must be set up in sabah.

    ReplyDelete
  17. Those who are involved in giving mykad to pati must be punished heavily without caring who they are.

    ReplyDelete
  18. It is people like Datuk S that give the government a bad name.

    ReplyDelete
  19. Mula PKR campur tangan. Betul2 publisiti murahan

    ReplyDelete
  20. Mungkin PKR hanya mampu berkata-kata kerana tidak ada bukti yang kukuh untuk dakwaan tersebut.

    ReplyDelete
  21. Apa sebenarnya yang berlaku? kenapa ada pertuduhan seperti ini? pastinya ada yang mendapat info salah.

    ReplyDelete
  22. Kalau siasatan dibenarkan, apa salahlah untuk melakukan siasatan itu.

    ReplyDelete
  23. Harap ini hanyalah sekadar kabar angin. Jika tidak, pasti ramai yang akan tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku.

    ReplyDelete
  24. paparazi Sabahkini yang buat pendedahan ini sehingga beberapa siri dikeluarkan, tidak pula buat laporan polis sedangkan mereka lebih banyak bukti berbanding dengan si citra..

    ReplyDelete
  25. Selagi umon/bn berkuasa perkara ini tidak mendapat perhatian kerana inilah cara merika mengakalkan kuasa. ayu saudara-saudara ubah kerajaan.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. skandal Anwar dan Azmin macam mana? kenapa PKR tidak buat laporan polis? jangan kerana mereka dipihak pembangkang, maka semuanya halal..

      Delete