Search This Blog

Showing posts with label YB UMNO. Show all posts
Showing posts with label YB UMNO. Show all posts

Sunday, April 8, 2012

PKR Buat Laporan Polis Terhadap 'Datuk S' dan TYT

Jayanthi Geetha Sukumaran
Parti Keadilan Rakyat kelmarin membuat laporan polis terhadap seorang ADUN Sabah 'Datuk S' dan Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Sabah berhubung isu kerakyatan songsang seorang warga Filipina yang diberi MyKad bernombor 670315-12-5012.

Timbalan Ketua Penerangan AMK Sabah, Citra Bin Masadi ketika menghubungi Sabahkini.net semalam berkata, pihaknya terpaksa membuat laporan polis kerana berdasarkan bukti yang dinyatakan di dalam artikel Sabahkini.net bertajuk 'Gundikku PATI' yang disiarkan pada 4 April 2012.