Search This Blog

Friday, September 17, 2021

47 Kematian Covid19 pada 16 Sept

 

47 Kematian Covid19 pada 16 Sept

KOTA KINABALU: Sebanyak 47 kes kematian disebabkan COVID-19 dilaporkan pada 16 September 2021.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Panglima Masidi Manjun berkata, jumlah kes kematian itu bagaimanapun tidak semestinya berlaku dalam tempoh 24 jam. 

"Ada kes kematian yang mengambil masa untuk verifikasi dan dilaporkan kemudian daripada tarikh sebenar.

"Daripada jumlah itu, lapan kes berlaku di Tawau, tujuh kes di Sandakan, enam kes di Tuaran, Lahad Datu dan Kota Kinabalu masing-masing mencatatkan lima kes.

"Sementara itu, empat kes di Penampang, tiga kes di Keningau, dua kes di Kudat dan Beaufort manakala satu kes di Putatan, Kalabakan, Pitas, Papar dan Semporna," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, jumlah kes baharu COVID-19 yang direkodkan pada hari yang sama ialah  1,982 kes, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 181,293 kes.

Katanya, tiada sebarang kluster baharu direkodkan. Saringan kontak rapat kekal penyumbang utama keseluruhan kes di Sabah pada 16 September 2021 dengan 1,101 kes, saringan bergejala 701 kes, sembilan kes daripada saringan kluster dan 171 kes melalui saringan lain-lain.

"Kita juga mengambil perhatian bahawa peratusan kes melalui saringan bergejala yang juga dikenali kes sporadik di daerah Kota Kinabalu amat tinggi iaitu hampir 48 peratus daripada jumlah keseluruhan.

"Ini satu isyarat dan peringatan kepada semua untuk mematuhi semua SOP dengan serius kerana risiko jangkitan virus amat tinggi apabila berada dikhalayak ramai," katanya.

No comments:

Post a Comment