Search This Blog

Sunday, September 26, 2021

AHLI PERTUBUHAN SAHABAT BORNEO SEMAKIN GIAT MENJALANKAN KERJA-KERJA AMAL TANPA MENGIRA BANGSA DAN AGAMA

Bak kata peribahasa "Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul"  Pertubuhan NGO Sahabat Borneo kini semakin giat menjalankan aktiviti membantu golongan yang kurang bernasib baik tanpa mengira bangsa dan agama. 

Baru-baru ini sahabat borneo terpanggil untuk menyampaikan sumbangan bakul makanan dan wang tunai kepada sebuah keluarga di seri warisan batu 7 Inanam

Berdasarkan maklumat awal, keluarga tersebut merayu bantuan di dalam media sosial menyatakan rayuan agar dapat diberi bantuan makanan dan susu tepung 

Terpanggil dengan rayuan tersebut sahabat Roslie Kamlan dan Jasin Rajim berserta rombongan sahabat borneo datang menemui keluarga tersebut untuk menyerahkan sumbangan bakul makanan dan wang tunai

26.9.2021 sekali lagi sahabat borneo bergotong-royong dengan brotherhood truckers untuk membaik pulih panciran air untuk masjid Baiturrahman Jpj Sabah

Sahabat borneo juga telah menyumbang Wang sebanyak rm1000 bagi tujuan membaik pulih Masjid yang disampaikan oleh sahabat Jasin Rajim

Pada sebelah petang sahabat borneo meneruskan aktiviti kemanusiaan ke kampung Sugud Penampang bersama dengan Group Abang Selalu Dijalan (ASDJ)

Disebabkan oleh Bencana alam banjir yang berlaku baru2 ada ahli ASDJ yang terkesan dengan bencana alam tersebut.

Sahabat borneo juga mengambil kesempatan menghantar pakaian terpakai
Kepada mangsa banjir 

Diakhir kalam sahabat borneo menegaskan bahawa aktiviti seperti ini akan diteruskan demi kesejahteraan masyarakat sabah yang berbilang kaum.

No comments:

Post a Comment