Search This Blog

Showing posts with label Taman Keramat. Show all posts
Showing posts with label Taman Keramat. Show all posts

Friday, July 29, 2011

Kerosakan kemudahan asas flat Keramat

BAU BUSUK… Penduduk Taman menutup hidung sambil menuding kearah air najis yang mengalirKOTA KINABALU; Pemuda SAPP Likas yang diketuai oleh Woo Choon Vun telah melawat dan meninjau sekitar Taman Keramat selepas menerima aduan berkenaan kerosakan kemudahan asas flat yang telah disampaikan ke perhatian DBKK tetapi sehingga hari ini tidak ada tindakan yang diambil.

Salah seorang penduduk taman berkata mereka terpaksa meminta bantuan parti politik (SAPP) untuk mengutarakan masalah mereka kerana sudah tidak tahan dengan bau najis disebabkan saluran najis yang tersumbat.