Search This Blog

Friday, July 29, 2011

Kerosakan kemudahan asas flat Keramat

BAU BUSUK… Penduduk Taman menutup hidung sambil menuding kearah air najis yang mengalirKOTA KINABALU; Pemuda SAPP Likas yang diketuai oleh Woo Choon Vun telah melawat dan meninjau sekitar Taman Keramat selepas menerima aduan berkenaan kerosakan kemudahan asas flat yang telah disampaikan ke perhatian DBKK tetapi sehingga hari ini tidak ada tindakan yang diambil.

Salah seorang penduduk taman berkata mereka terpaksa meminta bantuan parti politik (SAPP) untuk mengutarakan masalah mereka kerana sudah tidak tahan dengan bau najis disebabkan saluran najis yang tersumbat.


Tinjauan Pemuda juga mendapati pendawaian elektrik di sekitar Flat 4 telah rosak dan menurut Ketua Blok 4, Rubin Malawas, DBKK ada menghantar anggota untuk memeriksa dawai elektrik berkenaan tetapi sehingga hari ini belum diperbaiki. 

Keadaan parit disekitar taman juga dipenuhi air dan takungan air tersebut boleh menjadi tempat pembiakan nyamuk.

Woo Choon Vun, yang juga Ketua Pemuda Likas berkata beliau akan melaporkan hasil tinjauan tersebut kepada Wakil Rakyat Likas, Datuk Liew Teck Chan untuk tindakan lanjut.

Taman Keramat yang terletak dua (2) kilometer dari Bandar Kota Kinabalu terdiri daripada tujuh (7) blok flat yang dibina pada tahun 1994 yang dirancang oleh Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri yang pada ketika itu diterajui oleh Datuk Yong Teck Lee. 

Penduduk setinggan Jalan Pinggir Istana yang majoritinya terdiri daripada suku kaum Rungus merupakan kumpulan pertama yang berpindah masuk ke flat 2 bilik berkenaan dengan bayaran sewa minima RM124 sebulan yang kini dibawah Pengurusan DBKK.
JIJIK… Air najis mengalir keluar dari saliran paip najis
BAHAYA… Sepanjang kaki lima bergelapan kerana pendawaian elektrik yang rosak dan merbahaya kepada kanak-kanak
KOTOR… Air bertakung dalam parit dan menjadi tempat pembiakan nyamuk.

15 comments:

  1. Have this news send to mainstream media such as Daily Express etc...

    ReplyDelete
  2. segala masalah di taman tersebut harus diselesaikan.

    ReplyDelete
  3. Euww! That is so gross!

    ReplyDelete
  4. Bukan main lagi posing mereka menutup hidung. DBKK tolong ambil tindakan dengan segera. Penduduk di Taman Keramat pun harus bagi kerjasama untuk menjaga kebersihan perumahan.

    ReplyDelete
  5. I think this is a race between DAP and SAPP. Which party is able to highlight the most problem in the end.

    ReplyDelete
  6. Make sure this matter got the attention of the responsible authority.

    ReplyDelete
  7. Kotornya.. huhu.. harap hal ini dapat perhatian sewajarnya.

    ReplyDelete
  8. Kotornya.. huhu.. harap hal ini dapat perhatian sewajarnya.

    ReplyDelete
  9. Apapun, kita tunggu dan lihat dulu apa yang akan berlaku seterusnya. Kalau takda juga perubahan, hhmm mmg patut kena sound balik!!!

    ReplyDelete
  10. DBKK patut memberi perhatian kepada aduan rakyat.

    ReplyDelete
  11. Tindakan perlu diambil untuk membaiki kemudahan yang rosak.

    ReplyDelete
  12. Nampaknya DBKK perlu bertindak menangani masalah ini. SAPP sekarang akan cuba mencari pelbagai masalah terutama sekali yang berkaitan dengan DBKK.

    ReplyDelete
  13. harap masalah ini akan diselesaikan dengan segera.

    ReplyDelete
  14. diharap lepas ni pihak yang berkenaan dapat mengambil tindakan segera untuk menyelesaikan masalah ini.

    ReplyDelete
  15. jangan hanya tahu pungut sewa tapi kerja2 penyelengaraan tidak ada langsung..

    ReplyDelete