Search This Blog

Thursday, July 28, 2011

Surau Usang

Gambar dibawah menunjukkan Datu Shuib Mutalib
Pen Setiusaha Agung SAPP menyerahkan sumbangan
untuk memperbaiki surau usang kepada penduduk
KG BUKIT BELACAN SEGAMA LAHAD DATU
Lawatan Datu Shuib Mutalib, Penolong Setiausaha Agung Parti Maju Sabah (SAPP) ke Segama, Lahad Datu baru-baru ini memaparkan keadaan yang amat mengaibkan berkenaan dengan keadaan SURAU KG BUKIT BELACAN SEGAMA.

Beliau menemui penduduk disana yang mengadu mengenai keadaan surau yang dibina oleh penduduk kampong. Berdindingkan zink yang sudah usang dan berlantaikan tanah kuning yang hanya dilapis dengan tikar plastik.

Inilah surau yang kelihatan seperti reban ayam sahaja dan merupakan tempat masyarakat beragama Islam menunaikan ibadah, dan tempat anak-anak mereka mengikuti dan mempelajari ajaran islam. Menurut penduduk kampung, rayuan telah dibuat kepada pihak-pihak berkenaan supaya membantu atau membina surau yang lebih selesa untuk keperluan rakyat dikawasan ini. tetapi malangnya pemimpin-pemimpin yang sampai ke kawasan ini hanya suka menabur janji-janji kosong!

Ditanya bagaimana rakyat disini merancang untuk menyambut bulan Ramadhan yang akan menjelang tiba?.

“Di surau usang inilah tempat kami menunaikan solat tarawikh dan ibadah-ibadah yang lain…” seorang penduduk menyahut dengan nada kecewa.

Rakyat dikawasan ini berterima kasih kepada Datu Shuib Mutalib yang datang membuat lawatan dan beramah mesra dengan mereka, dan seterusnya menghulurkan sumbangan untuk memperbaiki peralatan yang perlu ditukar.

Penolong Setiausaha SAPP, Datu Shuib Mutalib, merayu kepada pihak Kerajaan amnya dan kepada Wakil Rakyat Lahad Datu khasnya, untuk mengambil berat terhadap permintaan rakyat berdasarkan konsep slogan PM, “ 1 Malaysia. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.”

11 comments:

  1. Yang penting menunaikan ibadah dengan hati yang suci dan ikhlas.

    ReplyDelete
  2. Harap surau ini akan dibina semula untuk keselesaan warga Islam di sana.

    ReplyDelete
  3. surau yng usang tersebut harus diperbaiki bagi memudahkan penduduk menunaikan ibadah dgn tenang dan selesa.

    ReplyDelete
  4. harap pihak Kerajaan amnya dan kepada Wakil Rakyat Lahad Datu khasnya, dapat berbuat sesuatu dan prihatin mengenai permintaan penduduk kampung ini.

    ReplyDelete
  5. Baguslah sumbangan diberikan oleh Datuk Mutalib. Bukan macam pemimpin SAPP dan DAP lain yang cuma mencari masalah lepas itu tinggal begitu saja.

    ReplyDelete
  6. Ya ba kan. lepas komplen kasi tinggal saja. tiada further action. Saja cari isu saja.

    ReplyDelete
  7. Diharap wakil rakyat Lahad Datu lebih peka dengan masalah2 penduduk di kawasan itu dan rajin turun padang.

    ReplyDelete
  8. Where is the people representative for LD????!

    ReplyDelete
  9. harap surau tersebut akan diperrbaiki demi kemudahan penduduk di sana.

    ReplyDelete
  10. terpaksa juga pihak media dan pemimpin2 politik masuk campur.. itupun kalau ada perubahan selepas ini.. tapi harap2 ada la..

    ReplyDelete
  11. kesian juga keadaan surau mereka ni. adakah ini saja yang penduduk mampu buat?

    ReplyDelete