Search This Blog

Wednesday, January 26, 2011

Sabah Tidak Perlu 1Malaysia

Sabah tidak memerlukan konsep 1Malaysia kerana perpaduan dikalangan rakyat sudah lama terjalin di negeri ini.

Bekas Menteri Kewangan Sabah Datuk Mohd Noor Mansoor berkata, perpaduan dikalangan rakyat berbilang kaum di Sabah bukan sesuatu perkara baru kerana keadaan itu sudah diamalkan sejak sekian lama.

"Kita di Sabah tidak memerlukan 1Malaysia. Perpaduan rakyat dari pelbagai suku kaum di negeri Sabah ini sudah lama ada dan kalau tidak silap saya sejak zaman nenek moyang kita dulu lagi," katanya.
Mohd Noor berkata, perpaduan rakyat Sabah yang terdiri dari pelbagai suku kaum sentiasa kukuh dan tidak pernah goyah.

Katanya, rusuhan kaum pernah berlaku di Semenanjung Malaysia pada 13 Mei 1969 sehingga menimbulkan keadaan tidak menentu.

Menurut beliau, peristiwa seumpama itu tidak pernah berlaku di Sabah kerana rakyat di negeri ini sentiasa menghormati antara satu sama lain sehingga mereka dapat tinggal bersama secara harmoni.

------------------------------- Comment from a  Sabahan's unpleasant experience ---------------

"Saya menyokong penuh kenyataan Datuk. Saya juga kasihan dengan Guru Sabah mengajar di Semenajung di anak tirikan Saya sendiri suda 21 tahun Tinggal di Selangor Dan Kuala Lumpur dari Belajar, Bekerja dan Berniaga hampir semua orang semenanjung iaitu 85 peratus benci atau tidak suka dengan orang Sabah.

Pengalaman saya yang paling teruk bilamana sewaktu belajar di satu kolej Mara saya mendapat keputusan yg baik dalam pengajian saya malah pecah rekod mengalahkan pelajar melayu semenanjung tapi oleh kerana pengurusan kolej berkenaan merasakan saya sebagai orang Sabah tidak patut dan janggal kerana mengalahkan Budak Melayu mereka maka saya ditukarkan ke jurusan yang paling teruk "bidaa'' orang Sabah bilang jadi sewaktu perhimpunaan besar dimana ada wakil dari Pihak Kementerian si Pengurus tadi mencanangkan yg ianya bersikap Profesional dan tidak pilih kasih lalu di cabarnya siapa yg pernah di anaya oleh nya. cabaran itu ditujukan kepada semua warga kolej berkenaan.

Tapi saya betul-betul rasa Hak saya telah di rampas maka saya pun berdiri di depan ribuan orang Melayu Semenanjung peristiwa ini berlaku pada Tahun 1993 masa tu belumada HP video kalau tida dapat lah saya Rakam macamana di hina dan dikutuknya saya sebagai orang Sabah. Sedih bercampur dendam dalam Hati.

KATA PENGURUS MARA MELAYU SEMENANJUNG ITU"' Ehh.. enko orang Sabah tidak layak dapat bantuan dari Mara"' Orang Sabah tidak mengenang Budi Di Beri Betis Nak Peha.

Itu lah salah satu perkataan yg tidak pernah saya lupakan selama bergelar Warga Malaysia Kelas Tiga iaitu Orang Sabah selama di Semenanjung Malaysia. Banyak Lagi yg di perkatakan secara hina tapi lain kalilah bila saya ada blog sendiri anda saya akan kongsikan.
HIDUP SABAH. MERDEKA SEPANJANG MASA. "

No comments:

Post a Comment