22hb.Jan.2022 - Program ramah mesra Presiden SAPP, Yang Berhormat Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee ADUN DILANTIK bersama ahli parti serta Kepimpinan SAPP dari CLC N10 Usukan dan N2 Bengkoka dimeriahakan lagi dengan penyerahan 200 borang Permohonan keahlian SAPP.
Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee dalam ucapannya berkata", tidak banyak parti di Sabah yang bertahan lebih 12 tahun dalam pembangkang, hanya SAPP mampu bertahan sehingga kembali ke gabungan pemerintah dan terus berkhidamat kepada rakyat.
Situasi politik di Malaysia sudah berubah, tidak ada parti yang dominan atau monopoli kuasa politik melainkan berkongsi kuasa bersama rakan -rakan parti politik yang lain, sebab itu la kita kena bekerjasama dengan rakan-rakan parti politik yang lain dan membuktikan kekuatan parti kita dengan keahlian yang akan menjadi pengundi kelak.
Tambah beliau lagi, "pihak Puterajaya di Semenanjung Malaysia memerlukan Sabah dan Sarawak untuk memerintah dan ini adalah peluang bagi Sabah untuk menuntut dan mendapatkan Hak-hak kita sebagai sebuah Wilayah dalam Persekutuan Malaysia, peluang sudah cerah untuk Sabah mendapatkan kembali hak kita", Katanya.
Timbalan Presiden SAPP Edward Dagul dalam ucapanya mengatakan ” keahlian Parti di Zon utara ini ( Kota Belud, Kota marudu, Kudat dan Bengkoka ) antara yang paling ramai, cuma kita perlu aktifkan kembali ahli - ahli kita ini dengan program- program yang bersesuaian dan memilih kepimpinan baru.
Tambah beliau lagi yang juga merupakan Pengerusi SAPP Zon Utara, dengan bertambahnya keahlian baru dari orang-orang muda, Parti akan membekalkan mereka dengan krusus - krusus kepimpinan dan kem - kem latihan untuk memantapkan lagi pemahaman dan mengenal lebih lanjut perjuangan Parti SAPP.
Dr.Brister Mokujal Pengerusi CLC N2.Bengkoka merangkap Ahli Majlis Tertinggi Parti, dalam ucapanya berkata, ” dengan lulusnya Undi18 ini akan mengubah landskap politik Malaysia, tapi bagi SAPP, merekrut orang muda bukan perkara baru kerana sejak dulu lagi SAPP terkenal dengan penganjuran program- program seperti Kem Belia, Kem kepimpinan dan Evo Camp di mana para belia ini diajar tentang sejarah Sabah, politik, MA63 dan hak -hak Sabah.
” ini membuktikan bahawa SAPP adalah platform yang tepat bagi orang Muda untuk bersuara lebih lantang tentang hak-hak Sabah dan menentukan hala tuju politik Sabah", tambah beliau lagi.
Gimmy Tai AMT Parti juga Pengerusi Penganjur bagi Majlis kali ini turut meluahkan rasa gembira dan berterima kasih atas lawatan singkat Presiden Parti.
Sempena majlis itu juga, Gimmy Tai yang merupakan Pengerusi SAPP CLC N10 Usukan menyerahkan sumbangan kepada Warga Emas, Murid Tadika Lok Yuk dan Tadika Chung Hwa sempena Sambutan Tahun Baru Cina yang akan dirayakan pada awal bulan Februari.
Turut hadir bersama ialah Datuk . Mohd Noor Mansur Penasihat Parti SAPP, Tn. Jamain Sarudin Ketua Pergerakan Pemuda SAPP , Cik. Sherine Chong Ketua Mudanita SAPP, Dexter Chin AMT Parti, Nelson Marcellus AMT Parti, Noraizal Mohd Noor AMT Parti, Alex Sun AMT Parti dan rombongan dari Exco Pemuda SAPP Pusat.
No comments:
Post a Comment