Michael Kaung
Merotai adalah kubu kuat Umno sejak BN mengambil alih tampuk kerajaan negeri dari PBS tahun 1994.
TAWAU: Desakan dari para pemimpin, ahli dan penyokong Umno agar kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Merotai yang kini disandang oleh Parti Demokratik Liberal (LDP) dikembalikan kepada Umno mendapat sokongan dari Badan Bertindak Belia Pencinta Nusa (Cintanusa).
Pengerusinya, Zulkarnain Mahdar, berkata Cintanusa akan hantar memorandum beserta ribuan tandatangan daripada ahli dan penyokong Umno kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara itu.
Merotai adalah kubu kuat BN dan terutama sekali Umno sejak BN mengambil alih tampuk kerajaan negeri dari Parti Bersatu Sabah (PBS) dalam tahun 1994.
Tambah Zulkarnain, mamandangkan, majoriti pengundi kawasan itu terdiri daripada warga Bumiputera Islam, maka adalah wajar Dun Merotai dikembalikan kepada Umno pada pilihan raya umum (PRU) ke13 kelak.
“Lagi pun sebelum ini kerusi tersebut telah diperuntukkan kepada Umno, maka sudah tiba masanya kepimpinan BN mengembalikan semula kerusi tersebut kepada Umno.
“Kita berharap kepimpinan BN dapat mendengar suara hati rakyat di kawasan Merotai yang inginkan wakil Umno dapat dijadikan calon pada PRU ke 13 akan datang,” kata Zulkarnain dalam satu kenyataan akhbar di sini kelmarin.
Pada PRU 2004, kerusi Dun Merotai diberikan kepada LDP yang dimenangi oleh Datuk (sekarang Tan Sri) Liew Yun Fah sebagai calon BN.
Namun, semasa PRU 2008 Liew yang pada ketika itu menyandang jawatan Menteri Belia dan Sukan Negeri digugurkan oleh LDP dan menamakan Pang Yuk Ming sebagai calon BN. Liew bertindak keluar dari LDP dan kemudiannya menyertai parti Gerakan.
Pang berjaya mempertahankan kerusi itu dan dilantik sebagai Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur.
Sebelum ini, beberapa pemimpin kanan Umno di sini, termasuk Abdul Ghapur Salleh telah meminta kepada pucuk pemimpin BN agar Merotai dikembalikan kepada parti itu.
Kerusi itu hanya “dipinjamkan”
Alasan yang diberikan oleh para pemimpin Umno di sini adalah kerusi Dun itu hanya “dipinjamkan” kepada LDP.
Dalam perkembangan lain, Ghapur yang juga ketua bahagian Umno Kalabakan menyelar tindakan pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang menyebarkan surat layang dikawasannya serta memperkecil-kecilkan usaha Umno dan BN.
Beliau tidak menolak kemungkinan individu tertentu yang melakukan hal tersebut terdiri daripada mereka yang bercita-cita mahu menjadi calon dalam pilihan raya akan datang.
“Jangan jadi batu api. Kalau mahu jadi calon, sepatutnya mereka bersama-sama Umno dan BN berjuang serta bekerja keras membela nasib rakyat,” tegas Ahli Parlimen Kalabakan itu yang mahu supaya penyebaran surat layang itu dihentikan segera.
Syaitan umno, tidak puas nafsu dan tamak kamu, aksi merampas kerusi dari parti tempatan. Kalau bukan kuncu2 umno yang terdiri daripada PENDATANG HARAM, kamu fikir boleh menang kah di Sabah?
ReplyDeleteAllahku bukan buta. Syaitan umno akan berhadapan di depan Allah bila masa akan datang. Tunggu dan lihat.
Gerakan pun mau kerusi merotai. Lebih baik LDP, Gerakan and UMNo hantar wakil pigi Boxing lah. Siapa menang, siapa dapat. Poraaaaaah!
ReplyDeletemasing2 adalah parti komponen BN, tak perlulah nak bertelingkah kerana satu kerusi sahaja, hal ini perlu dibawa berbincang.
ReplyDeleteSudah tuntut kah belum?
ReplyDeleteLDP kasih kesian bah sama penyokong2 pendatang haram umno merotai. Belilah mereka satu kerusi plastik sejak mereka mau kerusi aje. Bukan mahal sangat kerusi plastik, kan?
ReplyDeleteTidak perlulah menuntut kerusi2 jika pengurusan dikawasan itu teratur.
ReplyDeletepucuk pimpinan perlu datang sendiri ke merotai melihat apa sebenarnya yang berlaku. majoriti pengundi yang terdiri dari bumiputera Islam bukanlah alasan untuk merampas kerusi itu... walaupun wakil rakyat umno mewakili penduduk Merotai, jika tidak ada pembangunan, kerusi Merotai tetap akan jatuh ke tangan pembangkang.
ReplyDeleteBenar, sebaiknya UMNO hanya perlu membantu LDP di Marotai. Apa guna menjadi Parti kompenan jika tidak berkerjasama. Sebaiknya bantu-membantulah sesama parti kompenan.
ReplyDeleteApa pula mahu dituntut. Jika LDP masih boleh mempertahankannya maka tidak perlulah tuntut kawasan tersebut. Baik lagi kerja sama, memang ramai melayu dikawasan tersebut jadi tidak salah jika UMNO memberi sokongan kepada LDP walaupun mereka adalah cina.
ReplyDeleteumnu berjuang untuk bangsat melayu. adakah umnu releven di sabah sejak takde melayu pun kat sini. Yang akun mereka melayu adalah pendatang haram dari indon, pakistan dan pilipin sebab hendak dapat IC dari syaitan umnu.
ReplyDeleteapa tukarannya jika merotai dikembalikan kepada UMNO?
ReplyDeletesetahu saya, LDP masih dengan BN..jadi tidak payahlah mahu tuntut itu ini...buat buruk keadaan sahaja..
ReplyDeletesebagai pemimpin tertinggi dalam BN, najib patut campur tangan..kalau tidak, mungkin sekali UMNO-BN akan hilang kawan lama...
ReplyDeleteAda2 saja hal yang timbul dalam dunia politik. hhmmm
ReplyDeletePasti ada sebab kenapa kerusi itu dituntut namun yang pasti apapun sebabnya hal ini harus ditanggani dengan bijak.
ReplyDeleteJangan biarkan hal ini berlanjutan lebih lama kerana ia pasti akan menimbulkan ketegangan.
ReplyDeleteRakyat pun harus bijak dalam menilai perkara ini. Jangan terus membuat kesimpulan tanpa berfikir secara matang.
ReplyDeleteApapun, kita tunggu dan lihat sajalah apa yang bakal berlaku nanti. Dunia politik ni sukar diramal. hehe
ReplyDeletedalam apa-apa isu pun pastikan ia diselesaikan dengan semangat sepasukan dan kekeluargaan.
ReplyDeleteLDP and UMNO should take a rest.
ReplyDeleteJangan lagi berdebat pasal ini.
ReplyDeleteWhat's the best approach?
ReplyDeleteKeputusan telah pun dibuat.
ReplyDelete