Search This Blog

Wednesday, March 23, 2011

SAPP Tenom Gesa Kaji Kedudukan NCR


JENTERA… Jimmy Jawatah (duduk No.4 dari kiri) bergambar bersama Ahli Jawatankuasa Jentera Pilihanraya SAPP Tenom.

NAIB Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Jimmy Jawatah mengalu-alukan kesediaan kerajaan Sabah sepertimana yang ditegaskan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman baru-baru ini.

Dalam kenyataannya, Musa berkata bahawa beliau akan mengkaji dan meneliti kawasan tanah adat (NCR) yang termasuk dalam kawasan Hutan Simpan kerana Jimmy mengharapkan agar kajian itu menjurus kepada kelulusan untuk menempatkan perkampungan penduduk asal.

Katanya, keputusan Mahkamah Tinggi baru-baru ini berhubung kes pencerobohan Hutan Simpan Imahit yang membebaskan 6 penduduk Kuala Tomani dari tuduhan itu membuktikan bahawa hak asasi rakyat terhadap tanah NCR tetap utuh.

“Sungguhpun begitu, kita minta kerajaan agar terus mengazetkan mana-mana kawasan tanah NCR itu yang dikeluarkan dari kawasan Hutan Simpan supaya penduduk di kawasan terbabit tidak lagi merasa tergugat kedudukan mereka,” kata beliau lagi.

Jimmy yang juga Pengerusi CLC, SAPP Tenom berkata demikian ketika melancarkan jentera pilihanraya bagi Dun Melalap, Kemabong dan Parlimen Tenom di Pejabat Perhubungan parti itu di Tenom sebagai persiapan menghadapi pilihanraya umum kali ke-13 (PRU13) yang akan diadakan dalam masa terdekat ini.
Beliau menegaskan bahawa masalah tanah NCR yang berada di kawasan Hutan Simpan sepatutnya pihak kerajaan negeri sudah menyelesaikan masalah tersebut lebih awal lagi jika pihak terbabit termasuk wakil rakyat berkenaan melakukan kajian yang serius berhubung perkara itu berdasarkan peruntukan undang-undang yang sedia ada.

Dalam pada itu, ketika ditanya berhubung cadangan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dato’ Dr Wan Azizah Wan Ismail mengenai pemberian status kerakyatan ‘Penduduk Tetap’ (PR) tetapi tiada hak mengundi dalam pilihanraya kepada PATI sepertimana tercatat dalam ‘Buku Jingga’ parti itu Jimmy berkata;
“Kepimpinan SAPP menentang dasar itu dan ia suatu cadangan yang tidak relevan dalam keadaan sekarang.

Sedangkan kita (SAPP) bertungkus lumus mendesak kerajaan mengusir PATI selain mengadakan kempen memungut tandatangan mendesak kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan DiRaja (RCI) bagi menyiasat pemberian kad pengenalan dan kerakyatan kepada PATI,” tegas Jimmy.

Tegasnya, kepimpinan SAPP memandang serius masalah kebanjiran PATI di Sabah yang dianggarkan kira-kira 600,000 dikesan memiliki dokumen sah seperti kad pengenalan dan kerakyatan negara ini. (By Mail Matthew)

20 comments:

  1. Musa pasti akan mengkaji dan meneliti kawasan tanah adat (NCR) yang termasuk dalam kawasan Hutan Simpan demi kepentingan penduduk.

    ReplyDelete
  2. Saya yakin kerajaan sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah itu.

    ReplyDelete
  3. pasti selepas ini bila kerajaan Sabah selesai membuat kajian dan memperbetulkan keadaan, SAPP akan tampil kononnya mereka lah yang menggesa kerajaan berbuat demikian. sedangkan ketika mereka buat kenyataan ini, kerajaan sedang berusaha melaksanakan sepertimana yang diumumkan oleh KM.

    ReplyDelete
  4. berkenaan dengan PKR, bukan setakat cadangan mereka sahaja yang tidak releven, malah seluruh parti itu sudah tidak lagi releven memandangkan terlalu banyak berhadapan dengan masalah dan kekotoran dalam parti.

    ReplyDelete
  5. Tidak perlu digesa kerajaan juga tahu akan keperluan rakyat.

    ReplyDelete
  6. Siasat jangan tak siasat.

    ReplyDelete
  7. Jika Kerajaan bn pandai menyelesaikan masalah ini, sudah lama diselesaikan. Berapa lama musang jadi CM? Baru kelmarin ke? Kes ini baru kelmarin juga ke?

    Budak2 kindegarden pun tahu Barisan Najis TAK BULI pakai lagi sebab IN-EFFICIENT orang puteh cakap.

    TAK Malu ke kaki pengampu umno sini? Kamu budu tak semestinya seluruh orang Sabah pun budu macam kamu kan .... Insaflah kerja dosa kamu.

    ReplyDelete
  8. yolly, umno tahu keperluan Pilaks aje. Dimana mereka peduli orang Sabah tulin? Tepu dada tanya selera .... Sendiri mau ingat la

    umno tidak relevan lagi di Sabah sebab digelar melayu di SABAH semuanya kuncu2nya dari pilipin, indon dan pakistan. Bukan local!!!

    ReplyDelete
  9. SAPP(Yong Teck Lee) macam betul saja..Dulu tidak pernah pula rajin bantu rakyat..

    ReplyDelete
  10. Harap apa yang dikatakan oleh Datuk Musa akan dilaksanakan sebaiknya. Kita rakyat Sabah akan menunggu apa tindakan yang akan dilakukan.

    ReplyDelete
  11. bnayak SAPP tolong kita pribumi di Sabah. Kenapa cina beng albert wong ini pura2 tidak tahu pula. ish ish ...

    ReplyDelete
  12. Anon.. kalau kau mau jilat #### SAPP ko jilat la sendiri. jangan ajak orang lain.. ko pun tidak malu ka jadi pengampu SAPP yang banyak membawa bencana ke Sabah.. apa SAPP tulung Sabah?? SAPP n pembangkang2 yang lain hanya pandai suruh tapi yang buat kerja siapa?? ko pun pura2 tidak tau apa yang SAPP sudah buat dengan Sabah.. palui!!

    ReplyDelete
  13. HAHA SYA TAU NI ORANG YG CAKAP2 ORANG SETAN NIH...DIA NI TLAMPAU CELUPAR SAMPAI KENA BAND DI SABAH FORUM...SKARANG TIADA TEMPAT SUDAH DIA MO KOMEN, TERPAKSA LA KOMEN SINI...SUDAH2 LA KERJA DOSA KAU TU KKMARI2...

    ReplyDelete
  14. peluru ... SAPP sudah buat banyak tolong orang Sabah. Sakit jiwa ke bila aku cakap benar sebab umno adalah syaitan yang bawa masuk PENDATANG HARAM mereka dan kasih PATI terus jadi pribumi Sabah untuk merampas tanah2 dan hak2 orang Sabah.

    Tidak mustahil kamu seorang Pilak juga sukung syaitan umno menindas hak2 orang kampung kita.

    pigilah ko mampus! Jilat jangan tak jilat syaitan bandat umno ko. Poraaaah

    ReplyDelete
  15. Anon (March 24, 2011 11:36 AM ), ada juga orang cakap gitu ka? baru aku tahu ada supporter aku ini. Ada apa di sabah forum? apa URL dia, aku pun mahu join ...

    ReplyDelete
  16. semoga kerajaan dapat melakukan apa yang patut dalam isu ini.

    ReplyDelete
  17. Strategic SAPP memang POWER. Dia p tgk tu org2 kampung di bahagian pedalaman, bukan kerajaan tidak buat apa2 sana. Tapi biasa la setiap kerja bukan 100% perfect. Tapi boleh diperbaiki lagi. Tapi time tu la SAPP ambil kesempatan kasi buruk2 kerajaan. Kalo btl Yong baik hati tolong rakyat terutama penduduk pedalaman sudah lama dia buat dulu lagi. Sudah dia suruh orang2 dia kaji kedudukan NCR ini. Kalo kerajaan tidak peduli kena cakap2 tp kalo sda kena peduli kena kutuk2 pla.

    ReplyDelete
  18. Bahang PRU 13 semakin terasa. Apa2 pun semuanya akan terjawab pada PRU 13 nanti. Tapi sorry ja la, saya sokong CM Sabah sebab saya yakin kalau dia cakap dia akan kaji memang dia akan buat. Jadi tunggu ja la tu keputusan kajian macam mana.

    ReplyDelete
  19. It's just matter of time.

    ReplyDelete