DEWAN Pemuda PAS kawasan Sepanggar, Sabah berasa kesal dengan sikap angkuh salah seorang Ahli Jawatankuasa Masjid Bandaraya, Likas, yang menghalau seorang pemuda daripada menunaikan solat di masjid itu semata-mata kerana memakai baju ‘Bersih’.
Pemuda PAS Sepanggar melaporkan kejadian yang berlaku di masjid tersebut kelmarin dapat dilihat oleh seluruh ahli qariah yang turut sama bersolat di masjid tersebut.
Pemuda yang tidak mahu namanya dikenali itu, sememangnya sering bersolat di masjid tersebut telah dihalau keluar dari masjid ketika selesai bersolat Maghrib.
Selain menghalau pemuda tersebut, AJK masjid tersebut telah mengeluarkan kata-kata kesat dengan menuduh pemuda tersebut sebagai munafik.
Situasi yang memalukan itu akhirnya dileraikan oleh salah seorang ahli kariah yang masuk campur.
Ahli kariah itu dengan nada yang tegas telah menegur AJK masjid tersebut kerana sikapnya yang memalukan itu.
Beliau membela pemuda tadi, dan memarahi AJK masjid tersebut kerana menghalau anak muda dari bersolat semata-mata kerana mamakai baju Bersih.
Justeru, Dewan Pemuda PAS kawasan Sepangar melihat perkara itu sepatutnya tidak berlaku.
Sehubungan itu, DPP Sepangar menggesa agar Jawatankuasa Masjid Bandaraya segera mengambil tindakan terhadap AJK masjid tersebut di atas sikapnya yang merosakan imej Masjid Bandaraya yang sememangnya terkenal di kalangan para pengunjung dan pelancong.
Mengenai himpunan aman Bersih 2.0 yang akan diadakan pada 9 Julai ini, DPP Sepangar menyeru seluruh rakyat Sabah agar berpakaian berwarna kuning dan keluar ke bandar-bandar beramai-ramai bersama keluarga.
(Harakah).
bila masjid pun campur masuk politik? memperlajari dari umno ke?
ReplyDeleteboleh saman malu to bos.... mana ada perunutukan undang2 menghalang sesorang memakai satu2 baju yg mempunyai satu2 warna dsb. itu sudah tentunya diskiminasi secara terang-terangan dan dipengaruhi oleh politik. jgn hairan jika ajk2 yg terlibat menghalau, menolak, memaki, menghamun, mencarci, mencerca dll adalah ahli umno dan pendokong politik sempit spt yg parti umno amalkan.
ReplyDeleteMasuk ke tempat ibadah adalah untuk berdoa, jangan la dicampur-adukkan.
ReplyDeleteEmosinya tu AJK masjid, relax la. Dia masuk pun mahu sembayang, bukan mahu buat himpunan. jangan dicampurkan / dipengaruhi dengan politik.
ReplyDeleteBaik jangan campurkan politik dengan agama.
ReplyDeleteTak sangka sekadar pakai baju Bersih pun boleh dihalau ataupun diberkas.
ReplyDeleteAJK masjid tu tak sokong BERSIH. tapi sepatutnya dia tak boleh bertindak kasar dengan pemuda yang pakai baju BERSIH tu sebab pemuda tu datang untuk bersolat.
ReplyDeleteWaaa jangan lah libatkan orang2 sabah dengan acara bersih segala. Di Sabah tidak masuk campur.
ReplyDeleteTapi memang tidak patut menghalau pemuda itu hanya sebab dia memakai baju "bersih" Hal ini kerana dia juga umat Tuhan dan anda bukanlah Tuhan untuk menghukum dia.
ReplyDeletetidak patut juga pemuda tersebut dihalau dari Masjid tersebut. apa pun, budaya perhimpunan tidak perlulah dibawa masuk ke Sabah.
ReplyDeleteSiapa yang sebenarnya munafik? Agak2 lah sikit. Politik dan agama jangan dicampur adukkan.
ReplyDeleteAduii na bikin hairan oo.. Baru di Sabah lagi, kenapakah ia harus berlaku di negeri yang paling aman ini. huhu
ReplyDeleteLain orang, lain pandangnnya. Apapun saya harap hal ini tidak berulang lagi.
ReplyDeletemungkin ini penyebab pengaruh BERSIH yang semakin membara.
ReplyDeleteBawa2 lah bersabar ya. Banyakkan muhasabah diri. Jangan terlalu emosi.
ReplyDeletehal sperti ini tak patut berlaku.
ReplyDeletekenapa pula kena halau.. dia pakai bau Bersih bukannya baju Kotor...
ReplyDelete