Search This Blog

Friday, June 17, 2011

Misi "FACT FINDING" Pemuda SAPP Pedalaman berjaya

TENOM: Rombongan Pergerakan Pemuda SAPP zon Pedalaman yang diketuai Rudy Sulaiman Mairi telah mengadakan sesi turun padang bagi memantau pelbagai dakwaan rakyat berhubung kepincangan pembangunan yang dirancang kerajaan UMNO-BN di Sabah khususnya dikawasan Pedalaman yang merangkumi Nabawan, Sook, Tenom, Kemabong, Bingkor dan Tambunan.

Rombongan itu juga merupakan satu misi khas Pemuda SAPP  sebagai “Fact Finding” untuk mengumpul maklumat maklumat tersebut sebagai bukti bahawa dakwaan kepincangan pentadbiran UMNO-BN untuk mengurus pembangunan dan kebajikan rakyat diSabah khususnya diPedalaman bukan omongan kosong tetapi sebaliknya ia mempunyai bukti yang sahih.

“ Kita tidak mahu sekadar bercakap kosong atau dituduh pula sebagai mendengar khabar angin tentang kepincangan pentadbiran UMNO-BN…Jadi, lebih baik kami turun padang dan melihatnya sendiri,” tegas Rudy.

“ Kami juga tidak mahu mengikut jejak pemimpin UMNO yang tidak bercakap benar tentang masalah rakyat termasuklah media elektronik seperti TV1,TV2,TV3 atau Awani yang tidak bebas dan tidak berlaku adil dalam setiap laporannya. Disitulah rakyat selalu terkeliru kerana mereka menyembunyikan fakta yang sebenarnya,” tambahnya lagi.

Rudy seterusnya berkata, Pemuda SAPP Pedalaman terus memantau sehingga keakar umbi untuk melihat sendiri dakwaan rakyat selama ini yang mengkritik kerajaan UMNO-BN yang telah melakukan banyak pengabaian tanggung jawabnya kepada rakyat dari segi pembangunan mahupun kebajikan rakyat.

Kali ini rombongan tersebut melakukan lawatan turun padang ke daerah Tenom sebelum menjelajah ke daerah daerah lain. Rombongan itu dapat melihat sendiri bagaimana kerajaan BN tidak mengendahkan rungutan rakyat diKg Manining dimana bumbung atap Rumah Kebudayaan kampong itu diterbangkan angin kencang tahun lepas.

Mantan Ketua Kampong Biou Parisit tanpa segan silu menceritakan bahawa beliau telah mengajukan masalah tersebut kepada pihak kerajaan melalui Pejabat Daerah beberapa kali namun sehingga sekarang tidak dipedulikan. Sedangkan Rumah Kebudayaan tambah Biou, amat berguna bagi penduduk disitu untuk berkumpul dalam apa juga majlis sama ada Pesta Kaamatan mahupun majlis majlis perkahwinan.
Selain itu, Rudy dan rombongan turut terkejut apa bila masalah pembinaan Pusat GiatMara dilokasi bersebalahan SM Tenom terus terbengkalai. Walaupun beliau difahamkan bahawa projek pembinaan itu pernah diapungkan dengan suntikan jutaan ringgit untuk meneruskan projek tersebut namun ianya tetap tersungkur juga.

“ Kita kesihan dan bersimpati dengan nasib malang pelajar pelajar GiatMara yang sudah hampir 10 tahun menghuni pusat pembelajaran diPusat kebudayaan Murut dekat sini yang menghadapi serba kekurangan dari segi kelengkapan. Kenapa kerajaan UMNO-BN tergamak menderitakan mereka sampai begitu,” ujar Rudy.
Sepanjang masa pemantauan lebih 50 orang rakyat akar umbi ditemui dimana rata rata dari mereka menyatakan rasa kurang senang dengan pentadbiran UMNO-BN yang disifatkan mereka terlalu banyak menabur janji tetapi semuanya kosong. Buktinya ialah janji menaiktaraf dan mengaspal jalanraya sejauh 5km antara Binsilon dan Tumantalik, pembinaan Pekan Kecil Melalap dan Pembangunan Koridor Sabah (SDC).

Suatu perkara yang amat menakjubkan Pemuda SAPP ialah kerja kerja menaiktaraf landasan keritapi antara Tenom ke Beaufort masih belum siap sehingga sekarang, sedangkan projek tersebut telah menerima peruntukkan yang banyak dimana peruntukkan pertama sejumlah RM300 juta dan yang kedua RM200 juta tetapi masih keadaan yang sama.

Rudy akan memuatkan semua senario yang diterima mereka semasa lawatan turun padang yang berupa laporan kepada pihak pucuk pimpinan SAPP Pusat untuk tindakan seterusnya termasuklah membentangkannya ke siding DUN atau Parlimen oleh Wakil Rakyat SAPP.

Oleh: MEDIA SAPP TENOM

4 comments:

  1. Harry Antutus KeningauJune 17, 2011 at 4:27 AM

    Sudah jelas dan terbukti dakwaan mengatakan janji pembangunan utk rakyat oleh pemimpin UMNO-BN kosong. Tapi kalau dorang bercakap bukan main lagi pujian sampai melangit bah!

    Nahh!..sekarang lihat dan baca sendiri laporan Pemuda SAPP...ini bukan TV1,2,3 dan Awani punya laporan yg dibuat2 itu cerita puji dan bodek habis kerajaan UMNO yg korup.

    ReplyDelete
  2. Lucas Ng Kedai KeningauJune 17, 2011 at 4:32 AM

    Kanapa bah itu landasan karitapi nda pandai siap2 walaupun peruntukkan ditambah tambah sampai dakat sudah RM1 billion tapi nda juga siap? Palui lah ini karajaan UMNO...makan duit saja tahu..yg kasian rakyat kana bohon2. Sori lah PRU13...kami tdk dapat undi BN lagi, apa lagi UMNO manyampah!

    ReplyDelete
  3. Ansuku Liaron PensianganJune 17, 2011 at 7:30 AM

    Syabas sapp...bukan bikin di Tenom saja, tapi buat lagi diNabawan dan Sook lagi banyak perkara yg sumbang hasil tambirang BN termasuk TS Kurap. Bagus sapp buat saja kami sudah tahu apa kami buat pru13 nanti,,,diam2 saja. Berapa kuat Berjaya dulu pun tumbang juga...inilagi karajaan yg berpeluk pelukan dgn Malaya Umn.?

    ReplyDelete
  4. Hasnol Ayub bin tidak aman dari Suria Capital makan duit rasuah. Keretapi tidak dapat siap tetapi balik2 minta duit dari kerajaan.

    Ini sudah terbukti UMNO tidak bulih pakai lagi di Sabah.

    Siapa yang undi UMNO adalah sokong Rasuah dan PATI.

    ReplyDelete