Search This Blog

Saturday, June 18, 2011

SAPP akan berganding bahu berjuang bersama rakyat

KOTA KINABALU, Jun 18, 2011: Suatu upacara penyelenggaraan serta penyimen batu sumpah di Kampung Tambatuon telah disempurnakan pada pagi 18 Jun 2011 oleh para pemuda dan wanita yang diketuai oleh Encik Jahim bin Singkui, bersama sama dengan ketua bahagian SAPP kawasan N7 Kadamaian, Puan Agnes Liewpin serta rombongan daripada pusat pemuda SAPP.


Batu sumpah ini telah didirikan oleh nenek moyang Kg Tambatuon pada zaman British sebagai suatu tanda perjanjian di antara kerajaan British serta penduduk kampung sebagai suatu jaminan dimana kampung Tambatuon tidak akan diganggu selama lamanya.

Tujuan upacara ini adalah memperingati perjuang nenek moyang Kg Tambatuon serta mempertahankan hak dan tanah kampung ini tidak dicerobohi.

Suatu sessi perbincangan ringkas turut diadakan di rumah mantan ketua kampung, Encik Singkui bin Tinggi selepas itu, di mana penduduk-penduduk yang hadir telah mencapai suatu ketetapan bahawa mereka rela mati di atas tanah tumpah darah sendiri daripada mati sebagai pelarian di atas tanah orang lain.

Dengan itu, Puan Agnes memberi jaminan kepada mereka bahawa beliau dan semua pemimpin SAPP akan berganding bahu berjuang bersama-sama penduduk Kota Belud, terutama sekali Kampung Tambatuon agar kerajaan tidak meneruskan rancangan pembinaan mega projek ini, termasuklah mohon kebenaran membuat kajian atas tanah Kampung Tambatuon.

 Puan Agnes sekali lagi mengesa agar kerajaan negeri akan mencari alternatif untuk pembinaan empangan (mini micro hydro dam) ini seperti di Kg Pungitan, Kg Wariu ataupun Kg Sorob yang tidak melibatkan dan menjejaskan ramai penduduk.

24 comments:

  1. All the Sabahans should stay united to support our local opposition SAPP and to REJECT all the party import from malaya with evil intention just want to steal and rob our natural resources. Party import from Malaya has been grabbed our natural resources to fund the 11 states in Malaya for their development since the lop sided petronas agreement signed in 1976.

    The oil is belongs to the people of Sabah and we should decide how much we want to donate to help the 11 states in malaya but NOT the other way round like party import to decide how much they give back to us.

    Party malaya like PR should mind their own business in malaya and to focus on to capture Putrajaya instead of greed also want to grab the Sabah state government.

    Sabah government should be ran and managed by local based Sabah party. Party import from Malaya like PR should show their sincerity to work with local based party SAPP and they should focus more on the parliamentary seats instead of the Sabah state seats.

    People of Sabah has awaken and know about our rights and understanding of the Malaysia Agreement whereby Malaya, Sabah and Sarawak are Equal partner. We are not merely a state like penang.

    ReplyDelete
  2. Teruskan perjuangan SAPP untuk rakyat tempatan.

    ReplyDelete
  3. "Dear YAB Prime Minister @najibrazak we trust you can join us for the rally on Jul 09!"

    As malaysian we can tweet and retweet this and may be Ambiga S has to start it!

    ReplyDelete
  4. Wonder how many votes they will get this GE?

    ReplyDelete
  5. baguslah..harap SAPP akan terus memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat.

    ReplyDelete
  6. Kesan jangka panjang harus diteliti. Selain itu kesan kepada penduduk sekitar juga harus dititik beratkan.

    ReplyDelete
  7. Suara rakyat mesti menjadi keutamaan.

    ReplyDelete
  8. Selesaikan dulu masalah dengan parti pembangkang lain di dalam Pakatan Rakyat, because 3 way competition will not going to bring a good result to the opposition side....

    ReplyDelete
  9. SAPP alone hard to win.

    ReplyDelete
  10. Asalkan untuk kebaikan, teruskanlah perjuangan yang mahu dikakukan.

    ReplyDelete
  11. Semoga semuanya berjalan lancar dan kita lihat sajalah perkembangan seterusnya.

    ReplyDelete
  12. terserah kepada rakyat untuk menilai perjuang sapp ni..

    ReplyDelete
  13. SAPP hnya mngambil kesempatan untuk menjadi hero.

    ReplyDelete
  14. SAPP mencari dimana masalah rakyat ada disitulah SAPP akan meyelit menghasut penduduk untuk bersuara.

    ReplyDelete
  15. projek ini tetap tidak akan menjadi walaupun tanpa bantuan ahli2 politik...

    ReplyDelete
  16. I just hope SAPP is really sincere in helping out....you know how politicians are...

    ReplyDelete
  17. Pembinaan empangan di Tambatuon dibantah hebat oleh orang kampung. saya rasa mereka bukan anti pembangunan, cuma empangan itu tidak mampu membawa apa-apa perubahan pada kampung tersebut.

    ReplyDelete
  18. Lazimnya pembinaan empangan akan mengakibatkan tanah-tanah ditangelamkan dalam air selepas empangan itu siap dibina.

    ReplyDelete
  19. Makin hampir PRU, makin rajin SAPP. Rasanya semua parti giat melakukan sesuatu utuk menghadapi pilihan raya.

    ReplyDelete
  20. Aktiviti yang bagus. Syabas buat SAPP yang sudi turun padang membantu rakyat.

    ReplyDelete
  21. Matlamat kerajaan membina empangan tersebut adalah baik. Memandangkan menghadapi banyak bantahan, baik proses pembinaan dihentikan buat sementara.

    ReplyDelete
  22. Parti politik tidak lupa buat kerja komuniti. Syabas.

    ReplyDelete