Search This Blog

Wednesday, July 6, 2011

Lawatan PM ke Inanam untuk meraih undi rakyat



Pekan Inanam julung-julung kalinya dilawati oleh Perdana Menteri Malaysia sempena dengan lawatan beliau ke Sabah baru-baru ini, telah memberi peluang kepada lapisan rakyat di kawasan ini untuk bersemuka dan mendengar apa sebenarnya amanat yang hendak disampaikan oleh Juara 1Malaysia itu.

Seorang penduduk tempatan Tong Chung Hing (sisipan), Ahli Jawatankuasa Parti Maju Sabah (SAPP) CLC Inanam dalam satu temu bual menyatakan memang betul tekaan beliau bahawa kedatangan Perdana Menteri ke Inanam, adalah hanya untuk mengumumkan projek sebelum pilihan raya umum ke-13 berlangsung, semata-mata untuk menarik perhatian dan meraih undi rakyat di kawasan Sepanggar.

Namun di sebalik berita ini, ada persoalan yang menyayat hati dan sangat penting untuk dikemukakan kepada pihak yang berwajib kerana hal ini telah mengancam keselamatan dan kebajikan orang ramai khususnya di Inanam.

Penduduk di kawasan ini sentiasa dalam keadaan ketakutan dan tidak tenteram disebabkan kejadian-kejadian jenayah yang kian buruk dan semakin menjadi-jadi, seolah-olah penguatkuasaan tidak wujud untuk mengatasi masalah yang sedang berlaku.

Sebagai contoh, pada dua bulan lepas, sebuah Kedai Emas di Pekan Inanam telah dirompak yang mengakibatkan seorang pemandu bas pelancongan telah ditembak dan terkorban susulan daripada insiden ini.

Tidak lama dari itu, sebuah kedai runcit kampung di Kg. Sinulihan juga dirompak oleh orang yang dipercayai pendatang asing tanpa izin menyebabkan pemilik kedai itu luka parah kerana ditetak dengan parang.

Kejadian terbaru, sebuah kenderaan yang baru sahaja ditinggalkan oleh pemiliknya untuk minum petang di sebuah kedai kopi berdekatan, telah dipecahkan tingkapnya untuk menyamun sebuah beg dalam kereta tersebut.

Apa yang dipersoalkan oleh masyarakat ialah, di manakah keprihatinan pihak berwajib kerana semua kejadian ini belum dapat diselesaikan sehingga kini.

Selain daripada itu, Pekan Inanam juga turut mempunyai masalah rutin yang berleluasa seperti kegiatan menjual rokok haram, budak jalanan yang berkeliaran menjual keputusan 4 ekor nombor dan paling teruk sekali ialah penjaja-penjaja pasar malam yang kebanyakannya terdiri daripada orang asing.

Pendek kata, Pekan Inanam adalah ‘Syurga PATI’ kerana mereka sangat berani untuk menguggut dan berbuat apa saja walaupun di luar batas undang-undang sehingga mewujudkan ‘Neraka’ kepada penduduk tempatan kerana takut akan kehilangan nyawa jika terlalu bersaing dengan mereka.

Maka, dengan lawatan pemimpin pusat dan negeri ini, kata Tong, sepatutnya dapat membuahkan hasil untuk mencari jalan penyelesaian membenteras masalah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Inanam khasnya, terutama orang asing yang mendapat kad pengenalan secara tidak sah, tetapi dipercayai boleh mengundi.

24 comments:

  1. nampaknya Inanam lebih perlukan sesuatu berhubung aspek keselamatan daripada projek2 pembangunan.

    ReplyDelete
  2. pihak berkuasa perlu bertindak tegas menyelesaikan masalah berhubung PATI yang membanjiri Inanam.

    ReplyDelete
  3. aku sudah bosan dengan Kaki pengampu umno mengharapkan umno menyelesaikan masalah PATI di Sabah. Sampai kamu mati pun isu PATI tidak akan selesai apabila umno masih berkuasa di Sabah.

    NO UMNO = NO PATI

    ReplyDelete
  4. Inanam pun sudah jadi 'black area'. PATI senang2 membuat kacau/jenayah. Pihak berkuasa tidak mampu berbuat apa2 kah?

    ReplyDelete
  5. Kawasan Sepanggar pun banyak PATI. Tapi tiada tindakan diambil sebab pihak berkuasa pun takut. Sudahlah menumpang tempat orang, buat jahat lagi mereka di sini.

    ReplyDelete
  6. PM buat lawatan. itu sudah memang tanggungjawab beliau sebagai perdana menteri.

    ReplyDelete
  7. Jangan putar belitkan usaha baik PM untuk pembanggunan dan kebaikkan bersama.

    ReplyDelete
  8. Susah juga bah kalau asyik curiga. Kesian PM bagus2 datang dgn niat baik disalah tafsir lah pula.

    ReplyDelete
  9. Apapun, lain orang lain pandanggannya. Semoga kunjungan PM akan membuahkan sesuatu yang positif.

    ReplyDelete
  10. jangan tekankan kepada pembangunan fizikal semata-mata tetapi juga perlu diberi perhatian kepada pembangunan sosial..

    ReplyDelete
  11. memang ramai penjaja asing di inanam..penjual rokok haram dan keputusan 4D..jadi apa yang telah dilakukan oleh pihak berkuasa seperti polis dan imigresen untuk menangani masalah ini? dan apa pula yang dilakukan oleh wakil rakyat inanam?

    ReplyDelete
  12. diharapkan dengan kedatangan PM ke Inanam akan mampu memberikan perubahan kepada Inamam untuk menjadi lebih baik lagi dan aman.

    ReplyDelete
  13. The PM should see for himself the kind of lives the people are living, the rising crime rates.

    ReplyDelete
  14. PM datang tu nak melawat rakyat. apapun, masalah yang wujud perlu diselesaikan.

    ReplyDelete
  15. Ini bukan tujuan sebenar PM untuk meraih undi jauh sekali. Tujuan utama PM adalah ingin melihat sendiri pembangunan yang berlaku dikawasan tersebut. Lihat sendiri apa yang ada di Inanam sekarang. Pembangunan yang pesat, naik taraf jalan raya dan sebagainya.

    ReplyDelete
  16. bagaimana agaknya kalau lawatan Najib tidak membawa projek atau apa2 manfaat kepada rakyat?? mesti lain lagi bunyi yang keluar dari pemimpin SAPP..

    ReplyDelete
  17. biasalah orang umno, hanya PM datang, baru ada projek. Jika harap umno sabah, mati katak orang tempatan.

    Musang Binti tidak aman sudah popular sebagai vacuum cleaner @ RASUAH dan tahu saja KOREK KOREK KOREK!

    ReplyDelete
  18. Apa salah sekiranya PM datang untuk meraih undi? Biasalah tu.

    ReplyDelete
  19. Lawatan PM tentu membawa sesuatu yang baik untuk Inanam. Harap datang lagi.

    ReplyDelete
  20. Antara kawasan paling teruk yg saya tahu di Sabah adalah Inanam. Lebih teruk dari pekan Menggatal. Dgn jalan yg buruk berlubang-lubang... so, najib mesti dtg sana utk umumkan sesuatu supaya rakyat di kawasan ini tidak berpaling tadah. kalau tak hilanglh kerusi bn di sini.

    ReplyDelete
  21. Jangan salah anggap keinginan baik PM untuk melawat pekan-pekan kecil Sabah, mungkin PM berhasrat lebih mendekati rakyat dari setiap sudut di Malaysia.

    ReplyDelete
  22. Lawatan PM kali ini sangat bermakna kerana PM dapat merasai sendiri apa yang dinikmati rakyat Inanam.

    ReplyDelete
  23. PM juga melawat Kemabong.

    ReplyDelete
  24. Adakah ini tujuan sebenar PM melawat Inanam? Mungkin salah satu sebab kecil. Tentu ada misi yang lebih besar.

    ReplyDelete