Saudara Pengarang,
KENYATAAN Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang mengatakan bahawa cara yang sedia ada masih selamat dan releven (Daily Express 6 Julai), adalah satu kenyataan yang tidak tepat dan mendukacitakan rakyat Malaysia; khasnya pengundi yang menunaikan hak dan penentuan untuk memilih kerajaan.
Kenapa dakwat pengesan yang sepatutnya digunakan pada pilihanraya umum 2008 yang telahpun dipesan dan dibeli oleh kerajaan dengan tiba-tiba dihentikan; kononnya disebabkan keselamatan, walhal pihak SPR berdiam diri masa waktu tersebut dan kini diputarbelitkan; kononnya boleh mencabuli hak pengundi.
Bagi pandangan saya, yang lebih mencabuli hak ialah pengundi hilang hak disebabkan nombor kad pengenalannya telahpun diguna oleh orang lain. Sebagai contoh, Mykad bernombor 580921-12-5208 pengundi orang asing, tetapi dalam senarai JPN nombor kad pengenalan ini tidak sah. Nombor kad pengenalan Sabah H05588810 yang dimiliki oleh orang asing yang menjadi pengundi di Tambunan sebenarnya miliki bumiputera.
Begitu juga dengan nombor MyKad 770315-12-5141 yang dimiliki orang asing yang menjadi pengundi di Karambunai kerana mengikut rekod sah di JPN tidak merujuk kepada penama.
Contoh ini merupakan sebilangan kecil daripada pengundi dan masih banyak lagi pengundi 'hantu’ dalam senarai pemilih yang sengaja dibuat untuk membolehkan warga asing disewa membuang undi dalam pilihanraya yang kononnya terbersih di rantau Asia.
Penjelasan SPR bahawa mereka tiada kuasa untuk menukar tempat pengundian sangat mengecewakan kerana kenapa alamat orang asing di Papar boleh mengundi di Sepanggar dan ramai lagi yang menetap di satu kampung tetapi mengundi d daerah lain.
Begitu juga dengan kawasan sempadan daerah mengundi, tanpa sebarang penyiasatan, SPR hanya mengikut kehendak kerajaan dan bukan rakyat atau pengundi tukar sempadan pengundian. Contohnya rakyat di Pulau Sepanggar sejak dulu lagi, tetapi kerana hubungan kekeluargaan mereka rapat dengan saudara mara mereka di Likas dan Karambunai, maka mereka ditukar tempat pengundian ke Tanjung Aru tanpa pengetahuan atau permohonan mereka.
Sehubungan itu, saya menggesa agar SPR lebih telus mendengar cadangan dan keluhan rakyat agar menjadi sebuah badan bebas; yang bukan makan di rumah Perdana Menteri di Kuala Lumpur tetapi membuang najis di Rumah Ketua Menteri Sabah.
Salam Hormat,
Datuk Eric Majimbun, Ahli Parlimen Malaysia (Sepanggar-SAPP)
"Penjelasan SPR bahawa mereka tiada kuasa untuk menukar tempat pengundian sangat mengecewakan kerana kenapa alamat orang asing di Papar boleh mengundi di Sepanggar dan ramai lagi yang menetap di satu kampung tetapi mengundi d daerah lain."
ReplyDeleteThis need to refer to Article 119 of the Federal Constitution
Harap SPR jangan seperti tegakkan benang yang basah.
ReplyDeleteSuruhanjaya Pilihanraya (SPR) tegakkanlah kewibawaan mu sebagai badan bebas yang tidak tercemar dari mana-mana pihak parti yang tidak BERSIH.
ReplyDeleteSometimes, a complete general overhaul needed to clean up something...SPR need it badly & i think now is the right time...
ReplyDeletepihak SPR perlu membuat siasatan yang telus berhubung perkara ini.
ReplyDeletesiapa yang berbohong sebenarnya? apa pun, harap setiap isu yang timbul diberikan perhatian yang sewajarnya.
ReplyDeletenaik-turunnya kekuasaan sesebuah kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat..jadi wahai pemimpin-pemimpin, dengarlah cadangan dan keluhan rakyat...
ReplyDeleteSPR kena buktikan kredibiliti mereka dalam menguruskan sistem pilihan raya ini dengan adil dan bersih.
ReplyDeleteSPR ni pun bikin curiga juga kadang2. Berilah penjelasan yang memuaskan hati ramai dan bukannya menambahkan lagi syak wasangka.
ReplyDeleteApapun, SPR haruslah melakukan sesuatu terhadap perkara ini dan pastikan rakyat kembali menyakini kredibiliti SPR.
ReplyDeleteSPR patut mengakui kelemahan mereka dan memperbaiki kelemahan tersebut..bukannya menyapukannya di bawah permaidani..
ReplyDeletesepatutnya orang asing tidak boleh berdaftar sebagai pengundi..jadi mengapa ada kes seperti pengundi hantu di sabah? ini bukti kelemahan SPR..
ReplyDeletemungkin ramai rakyat malaysia yang tidak mendaftar sebagai pengundi disebabkan oleh faktor kreadibiliti SPR..
ReplyDeletejika rakyat hilang kepercayaan terhadap kreadibiliti SPR maka ianya adalah satu masalah kritikal kepada negara...tangani semua kelemahan dan kekangan politik yang telah mencemari kreadibiliti SPR..
ReplyDeletediharap SPR sedar akan tuntutan rakyat yang mahukan sistem pilihanraya yang bebas, bersih dan adil.
ReplyDeleteThe demo will never happen if SPR were to be fair in the election system.
ReplyDeleteI hope SPR will be fair for the next election.
ReplyDeleteTo those who haven't register as a voter yet must do so now.
ReplyDeleteSPR kena pastikan pilihanraya yang dijalankan benar2 bersih.
ReplyDeleteMungkin benar kata SPR. Yang menukar tempat di MyKad adalah JPN dan bukannya SPR. Jadi SPR memang tidak ada kuasa berkenaan kes ini.
ReplyDeletePRU tidak lama lagi. Jadi SPR perlulah memperbaiki kelemahan dan sekilapan sebelum ini.
ReplyDeleteSPR perlulah menjalankan tugas mereka dengan terlus dan bersih.
ReplyDeleteserahkan semua bukti2 itu kepada SPR.. kononnya SPR akan menyiasat apa sahaja tuduhan jika ada bukti..
ReplyDeletejack, bukan sudah banyak kali mereka serahkan bukti UMNO penipu kepada SPR, kenapa balik2 kamu suruh lagi serah bukti kepada SPR? Semua bukti sudah dibuang ke tong sampah kah?
ReplyDeletelagi bagus kalau Datuk Eric dapat berdebat dengan pengerusi SPR.. kalau setakat berbalas2 artikel sampai bila2pun tidak ada penyelesaian.
ReplyDelete