Oleh: AMBROSE M. MATTHEW
MISI DAN VISI perjuangan politik SAPP Tenom perlu diseriuskan jika ianya ingin mencapai objektifnya untuk memenangi PRU13 sebaliknya ianya tidak semata mata bersandarkan harapan kepada isu semasa yang banyak memihak pembangkang ketika ini khususnya Parlimen Tenom dengan ertikata lain “take for granted” keatas fenomena politik itu lantas pemimpin terbabit sudah terlalu ghairah dengan kehadiran isu tersebut sehingga ia menaruh harapan seterusnya tanggapan bahawa ia akan menang pada PRU13.
Pemimpin terbabit juga seakan akan dilihat tidak mahu berkongsi kepintaran dengan pemimpin lain selain ianya lebih suka bertindak sebagai “one man show” dalam menghadapi PRU13; selain itu beliau seolah olah tidak berminat mentransformasikan perjuangan SAPP Tenom kerana mungkin pada tanggapannya jika berbuat sedemikian kedudukan politiknya akan tergugat; lantaran itu mulalah sindrom “takutkan bayang bayangnya sendiri”.
Sikap sedemikian perlu dikikis sama sekali kerana didalam istilah kamus perjuangan politik seseorang pemimpin itu haruslah senantiasa berada dilapangan medan politik bersama rakyat; jika tidak seseorang pemimpin itu akan dlabelkan sebagai pemimpin bermusim kerana hanya muncul disaat saat apabila sesuatu pilihanraya menjelang tiba.
Pemimpin politik yang baik, tidak hanya bergantung sangat kepada jentera pilihanraya yang digubal begitu indah konon mampu mematah kekuatan pihak lawan tetapi sebaliknya harus sesekali menguji pelaksanaannya walaupun “dry run” yang dijalankan secara kecil kecilan mengikut kebijaksanaannya.
Malahan, tidak pernah berlaku pemimpin politik terulung sebelum ini sejak Merdeka baik dipihak kerajaan mahupun dalam pembangkang menganggap pilihanraya itu sesuatu perkara yang “enteng” ; sebaliknya mereka lebih suka bersedia lebih awal malah mereka tidak mahu mensia siakan masa walau sesaat pun untuk bertemu dan mendekati rakyat.
Jika kepimpinan SAPP Tenom terus menerus mengamalkan sikap sedemikian rupa, maka parti parti lawan khususnya BN akan terbahak bahak ketawa kegembiraan kerana melihat kelibat SAPP yang lembik dan mudah ditumpaskan; jangankan menumbang BN, malah menggegarkannya pun belum tentu.
Hatta, harapan rakyat khususnya penyokong penyokong SAPP mahu melihat ianya mampu menumbangkan BN pada PRU13, malangnya sikap dan kelibat pemimpin SAPP Tenom yang dilihat lemah membuatkan rakyat/pengundi merasa kecewa dan tidak berkeyakinan langsung kepimpinannya mampu menggarap tugas berat itu demi rakyat, Negara dan bangsa.
Lantaran itu, rakyat/pengundi mahukan pemimpin yang cergas dan konsisten dalam perjuangannya sebagai sandaran mereka untuk mengurus dan mentadbir negeri ini dengan lebih maju lagi berbanding yang ada sekarang.
memang betul tu, napa tgu pilianraya bru mo keja, tak gun la pemimpin cam tu!
ReplyDeletekalau sudah tak mampu buat kerja, beri laluan ja la pemimpin lain yg muda dan berketrampilan.Jangan duduk disana sebagai "blocking stone" sebab sapp bukan u seorang punya,faham?
ReplyDeleteBulum yb sudah ganas? Fuuuhhh!! apa punya KB tu!
ReplyDeleteSediakan payung sebelum hujan, Persiapkan diri anda untuk PRU 13 nanti.
ReplyDeleteSetiap kelemahan dapat diatasi jika ada usaha yang gigih dan kerjasama semua.
ReplyDeleteBetulkah maklumat ini?
ReplyDeleteSAPP perlu sedar akan kelemahan dan segera memperbaikinya agar tidak mempengaruhi perjuangan SAPP untuk menghadapi PRU-13 nanti.
ReplyDelete"Pemimpin terbabit juga seakan akan dilihat tidak mahu berkongsi kepintaran dengan pemimpin lain selain ianya lebih suka bertindak sebagai “one man show” dalam menghadapi PRU13"
ReplyDeleteBersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
berjuang untuk kepentingan rakyat dan bukan untuk diri sendiri!
ReplyDeleteIf the gods had intended for people to vote, they would have given us candidates.
ReplyDeleteTerpulanglah poada penilaian rakyat sendiri. bagi saya semuanya adalah ditangan rakyat.
ReplyDeleteJadi kita tunggu dan lihat sajalah nanti ya.
ReplyDeletekalau mahu sokongan dari rakyat, seseorang pemimpin harus sentiasa mendekati rakyat..
ReplyDeleteterpulang kepada rakyat untuk menilai pemimpin mereka..
ReplyDeletekalau kepimpinan SAPP tenom menunjukkan sikap seperti yang diperkatakan pasti sukar untuk mendapat sokongan rakyat.
ReplyDeleteSAPP must look at their own weakness.
ReplyDeleteSAPP akan makin lemah kerana pemimpinnya yang tidak berkebolehan.
ReplyDeleteSAPP mudah lupa diri sehingga sanggup bersama PR untuk memastikan kekalahan untuk BN. Inikah SAPP yang tidak ada pendirian.
ReplyDeleteba jangan tunggu lama.. kasi keluar terus ni pemimpin.. kita tengok boleh ka dia berpolitik secara solo..
ReplyDeleteKelemahan diakui adalah atu tanda baik tetapi cuma peringkat awal. Langkah seterusnya ialah menyusun langkah untuk berubah.
ReplyDeleteReform cepat jangan terlambat. Nanti pru kalah teruk baru tau.
ReplyDeleteSAPP masih dalam jalan buntu. Belum tahu lagi arah yang tepat ditujui.
ReplyDeleteJangan tunggu lama-lama, nanti ketinggalan. Masa tidak menunggu dan rakyat Sabah berhasrat memandang depan dengan wawasan baru.
ReplyDeleteMasih sedar dengan kelemahan diri, not bad. Cari jalan bertransform.
ReplyDeleteNak jadi truck? sport car? Jadi transformer?
ReplyDeleteBagaimana nak reform?
ReplyDelete