Search This Blog

Sunday, July 17, 2011

Geran komunal yang kini sedang menghantui pemikiran rakyat

Roger Stimin
Geran Komunal keputusan mutlak kerajaan tidak boleh diubah...kecuali kerajaan ditukar

Oleh: Mail Mathew

KEMABONG:  Naib Ketua Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) CLC Tenom Roger Stimin menegaskan bahawa keputusan kerajaan masakini dengan pemberian geran komunal kepada penduduk di kawasan Mukim Rundum adalah muktamad dan tidak dapat diubah lagi.

Katanya, kecuali rakyat mengubah kerajaan yang ada sekarang selepas pilihanraya umum kali ke-13 dan menggantikannya kepada kerajaan baru secara demokratik menerusi peti undi.

“ Jikalau rakyat tidak berpuas hati dengan sistem yang diamalkan kerajaan sekarang, rakyat berhak menukar kerajaan secara demokrasi kerana rakyat mempunyai kuasa memilih  kerajaan yang adil dan saksama menerusi setiap pilihanraya yang diadakan 5 tahun sekali,” kata beliau dihadapan kira kira lebih 100 hadirin ketika sesi pemimpin turun padang SAPP di Kg Kemabong Lama pada Ahad.

Beliau berkata, geran komunal yang kini sedang menghantui pemikiran rakyat dikawasan Mukim Rundum dan perkampungan sekitarnya sudah pasti ianya akan menghakis hak mutlak pemilikan mereka secara turun temurun sehingga ke anak cucu cicit mereka.

Adalah kerana tegas Roger, geran tersebut tidak memberi hak ianya diwarisi oleh mana mana pewaris pada masa akan datang selepas  penama dalam geran itu meninggal dunia.

“ Dalam konteks ini, siapa yang harus disalahkan selain daripada wakil rakyat yang difahamkan telah mewakili kawasan ini beberapa penggal yang lalu…tetapi dalam jangka masa itu mengapa biarkan isu ini terus berlarutan tidak membawa usul tanah adat NCR dibincang ketika sesi persidangan DUN,” tegas Roger.

Roger yang juga merupakan seorang Peguam turut memberitahu bahawa beliau telah menerima banyak pesanan ringkas melalui “sms” daripada penduduk sekitar disini yang tidak berpuas hati dengan langkah kerajaan memberikan geran komunal.

Bagimana pun jelas Roger, jika rakyat sudah tiada pilihan selepas semua saluran telah digunakan untuk merayu perkara itu tetapi semuanya gagal, maka rakyat berhak memilih tindakan lain iaitu menukar kerajaan kerana gagal menangani masalah rakyat.

4 comments:

  1. Tukar jangan tak tukar. dacing dah senget. yg keberatan harta dan kekayaan adalah pemimpin elit dan kroni umno/bn. yg ringan, kosong, melepas, rugi, miskin, papa kedana dan merempat adalah rakyat yg telah bersama-sama menyokong serta menaikkan kerajaan korup ini. sedarlah sebelum semuanya terlambat spt kata pepatah "nasi sudah menjadi bubur". Apabila tanah2 ini ditarik balik oleh kerajaan umno/bn atas alasan untuk pembangunan/untuk dimajukkan, tiada siapa boleh menjamin kepada siapa mereka menyerahkan tanah ini. tapi yg pastinya, sudah tentu bukan kepada rakyat miskin yg lebih mempunyai hak yg sepatutnya. jawapan mudah saja, kepada kroni kaya dari semenanjing. sejarah lampau sudah membuktikanya. cuma rakyat yg terlalu buta utk menyedarinya. lihat di sekeliling kawasan anda sekarang. siapa pemilik tanah yg terbesar di kawasan anda.? tepuk dada, tanya selera.

    ReplyDelete
  2. Bujal Khan sepupu Halik Zaman KhanJuly 18, 2011 at 2:09 PM

    Pemberian geran komunal ini adalah strategi kerajaan UMNO/BN untuk menempatkan pilak2 yg ada KP ke kawasan ini termasuk juga Pakistan dikedai2 sebabnya tiada siapa yg boleh menghalang kemasukan ahli dalam geran komunal melainkan kerajaan saja. Bermakna bukan orang2 Rundum saja yg boleh masuk nama dalam geran itu tetapi orang luar pun boleh sebab dia untuk rakyat yg tiada tempat atau tanah. Jadi, ngam lah itu bagus juga kasih patah terus itu kerajaan UMNO/BN lepas itu kasih batal rancangan geran komunal.

    ReplyDelete
  3. Tak payah tukar kerajaan tidak kena mengena dengan BN/UMNO Ordinance Tanah (Sabah Cap.68) section 78 sehingga 78 sudah dijelaskan peserta dalam Geran Komunal boleh memohon pecah geran ke Tanah NT,Geran Komunal dikeluarkan berdasarkan tuntutan kawasan tanah Adat,hanya nama ketua Kampung sahaja yg tercatit diberi kuasa didalam Ordinance Tanah (Sabah Cap.68)section 14 ke 15 (Borang LSF 1607)Wakil Rakyat,WKAN,KD,Pegawai Daerah laksana LUC saja!itu pun kalau kalau dilantik-Bukan semua peguam tahu Ordinance Tanah Sabah,,kemungkinan Peguam ini pakar dalam buat Sale and Purchase Agreement saja.Maka saya syorkan mama-mana peguambaik drp Kerajaan BN atau Pembangkang tolong jangan putar belit kan maklumat kepada rakyat amnya orang kampung.....

    ReplyDelete
  4. System geran Tanah Komunal dan NT diwujudkan sekitar 1930.apabila seorang anak tempatan Kadazan bernama Simon daripada Kg.Kepompinan,Papar memperjuangkanya hak anak negeri,Sekiranva kita mempunyai pemimpin daripada golongan terpelajar sama ada daripada BN atau Pembangkang tetapi tidak tahu sejarah dan Ordinan Tanah Sabah,hanya tahu menyusahkan rakyat dengan cerita putar belit mereka-TOLAK mereka ini!

    ReplyDelete