Search This Blog

Friday, August 26, 2011

Hapuskan sistem Kabotaj


SAPP gesa kerajaan hapus sistem Kabotaj rapatkan perbezaan harga Sabah, Sarawak dan Semenanjung

Naib Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) Jimmy Jawatah menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) agar mengatasi secara serius masalah ketidak seimbangan harga dagangan seperti kos pengimportan dan eksport dimana selagi tidak ditangani ianya akan terus membebankan rakyat khususnya di Sabah dan Sarawak.

Katanya, beliau yakin dan percaya bahawa masalah berlaku perbezaan kos diantara kedua dua wilayah disebabkan tindakan kerajaan pusat memperkenalkan sistem kabotaj yang mensyaratkan hanya pelabuhan Klang sebagai pusat pemunggahan barangan import dan eksport di seluruh Negara.

"Sistem kabotaj hanya memberi hak kepada Port Klang sebagai pusat memproses pengimportan dan eksport ke luar Negara manakala pelabuhan pelabuhan dalam Negara sebagai urusan domestik," kata beliau ketika mengulas kenyataan Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Yahya Hussin baru baru ini.

Datuk Seri Yahya pada Rabu berkata demikian ketika menjawab soalan Adun Bingkor Datuk Justin Guka semasa persidangan DUN baru lepas yang bertanya punca harga kepingan getah di Sabah jauh berbeza dengan Semenanjung dimana Yahya menjawab bahawa ia berlaku berpunca daripada pertambahan kos lojistik serta kos pemprosesan yang tinggi diSabah.

Jimmy seterusnya menegaskan bahawa kerajaan perlu mengambil pendekatan yang lebih serius kearah membetulkan keadaan itu dengan meminta kerajaan pusat agar menghapuskan sistem kabotaj demi untuk menyelamatkan nasib masa depan para peniaga dan pekebun kecil getah dinegeri ini dari terus terbeban disebabkan masalah tersebut.

Menurut Jimmy, pucuk pimpinan SAPP telah menyederi hakikat itu sejak awal lagi dan telah pun mencadangkan kepada kerajaan betapa perlunya sistem itu dihapuskan kerana selagi ianya diteruskan sudah pastilah kesan daripada sistem yang salah itu akan terus membebankan rakyat khususnya para peniaga dan pekebun pekebun kecil dan sederhana.

"Selagi sistem kabotaj terus mendominasi urusniaga sistem pengimportan dan eksport yang hanya memberi hak kepada Port Klang selagi itu harga barangan diSabah dan Sarawak tidak seimbang malah jauh berbeza dengan Semenanjung," tegas Jimmy lagi.

Selain itu, Jimmy turut mendedahkan perimbangan harga menerusi penemuan sepertimana yang didedahkan oleh Datuk Seri Yahya dalam kenyataan beliau dimana harga getah kepingan di Sabah RM7.70 sekilo (RM13.35 sekilo di Semenanjung), manakala caj bagi pengangkutan 36 sen dan 10 sen bagi caj pemprosesan setiap sekilo dikenakan bagi dagangan getah diSabah.

Contohnya, dagangan getah Malaysia Rubber Fund Board (24.8.2011) mencecah RM1,330.00 setan, Sabah’s moisture 70% dry rubber contents (KGK) RM931.00, ditolak lagi kos lojistik RM36.00 dan processing cost RM10.00 @ RM46.00 bakinya RM885.00.

Manakala diSabah menerusi LIGS RM770.00 setan dan apabila ditolak dengan kos perolehan di Semenanjung (RM885.00) maka perbezaannya adalah sebanyak RM115.00.

Dalam pada itu, Jimmy turut menggesa kerajaan khususnya Kementerian berkaitan agar tidak lagi mengeluarkan sebarang lesen pembelian susu lateks atau kepingan kepada syarikat syarikat yang tidak berwibawa atau syarikat yang kurang kompeten terhadap urusniaga tersebut.

Tegasnya, disebabkan kehadiran ejen ejen yang berlambak bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan maka sudah tentu kesempatan “ulat ulat" membolos diri untuk menceburi perniagaan jual beli getah yang beroperasi dipelusuk kampung yang modus operandinya lebih merugikan pekebun kecil.

Oleh: Mail Matthew

57 comments:

  1. pemimpin malaya fikir semua orang Sabah KAYA RAYA. Inilah sebab mereka kasih harga Sabah mahal.

    Orang Sabah yang palui balik2 undi juga Barisan Najis sebab boleh dapat RM50 setiap 5 tahun tetapi mereka lupa hasil bumi kita dirampas berjuta2 setiap tahun.

    ReplyDelete
  2. George Nulip, InanamAugust 26, 2011 at 4:53 PM

    Inilah penindasan Malaya kepada rakyat Sabah bukan sahaja Kastam dan Pelabuhan kita disisihkan daripada mendapat hasil kutipan cukai pelabuhan daripada kapal pedagang antarabangsa tetapi turut melibatkan rakyat sensara dengan harga mahal berlipat ganda daripada harga di Malaya. Kenapa pula kapal pedagang antara bangsa tdk dibenar berlabuh dan memunggah barangan import dari negara luar...mahu juga Port Klang. Baguslah...Port Klang pun kena songlap wang pendapatan dia sekarang bekas menterinya bergelut di Mahkamah kerana skandal Rasuah....KETULAHAN!

    ReplyDelete
  3. Sistem Kabotaj buatan Malaya...penyakit bahaya daripada DADAH kasi susah pekebun kecil Sabah> GE13..ayuh tompinai..kita hancurkan BE END dibumi Sabah!

    ReplyDelete
  4. Yes, the Cabotage System should be abolished as it brings no good to Sabahans.

    ReplyDelete
  5. It only caused price increased for the local consumers, and drive away foreign businessmen.

    ReplyDelete
  6. Jika ini yang terbaik untuk Sabah tidak ada alasan untuk kita tidak menyokong usaha untuk menghapuskan cabotage policy.

    ReplyDelete
  7. Apa yang berlaku sudah terang2an merugikan Sabah, Kenapa kita harus menulikan telinga dan membutakan mata?

    ReplyDelete
  8. Bukan untuk tujuan menentang tapi hak kita harus diperjuangkan demi untuk kebaikkan kita dan bukannya untuk orang lain.

    ReplyDelete
  9. Open the shipping market, & the price will go down slowly...

    ReplyDelete
  10. When Sabah people REJECT all the party malaya PR or UMNO in this GE13. Sabah will be MAJU JAYA!

    ReplyDelete
  11. wajar juga sistem ini dihapuskan demi kebaikan kita terutamnya Sabah dan Sarawak.

    ReplyDelete
  12. penyelesaian terhadap masalah ketidakseimbangan harga perlu dicari agar semua masalah yang berlaku dapat diatasi.

    ReplyDelete
  13. Ini menyebabkan segala kos dan harga jualan lebih mahal dibandingkan dengan Semenanjung.

    ReplyDelete
  14. Kerajaan perlu berusaha untuk menyelesaikan isu ini.

    ReplyDelete
  15. Sistem ini amat memberi kesan kepada seluruh rakyat di Sabah dan Sarawak kerana harga yang tidak seimbang.

    ReplyDelete
  16. If this the solution, why not? This suggestion should be taken into consideration.

    ReplyDelete
  17. Government should do what is the best for the people. Don't let the profits go to certain people only.

    ReplyDelete
  18. This issue is so dead.

    ReplyDelete
  19. ya.sistem kabotaj harus dihapuskan kerana ia hanya merugikan rakyat Sabah dan mengenepikan hak serta kepentingan rakyat Sabah.

    ReplyDelete
  20. tidak dinafikan memang banyak perbezaan ketara di antara Semenanjung dan Sabah Sarawak.

    ReplyDelete
  21. Ini telah menunjukkan kerajaan Federal mengasih buduh orang Sabah yg sepatutnya Federal bersikap adil kpd kita rakyat Sabah. Sudahlah harga barangan import dan eksport berlipat ganda...kita lagi dinafikan hak untuk mengutip hasil kastam yg dibayar oleh pedagang2 asing. Ini memang sudah melampau dan tidak adil sama sekali bagi kita. Kita tumbangkan UMNO-BN pada pru13...itu saja jawapan dia!

    ReplyDelete
  22. semoga kerajaan dapat mencari penyelesaian yang berkesan untuk membantu mengatasi masalah dilemma para penoreh getah di Sabah.

    ReplyDelete
  23. semoga pemansuhan 'Cabotage Policy' dapat pertimbangan dan persetujuan dari kerajaan

    ReplyDelete
  24. sistem Kabotaj ini tidak adil bagi Sabah. semoga kerajaan dapat mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ini.

    ReplyDelete
  25. ramai menggesa Kerajaan Persekutuan untuk menghapuskan sistem Kabotaj yang tidak membawa apa-apa faedah kepada rakyat di Sabah ini

    ReplyDelete
  26. dasar kabotaj ini memang memberi kesan harga getah yang tidak seimbang antara Sabah dan Semenanjung, harap pemansuhan dapat dipertimbangkan.

    ReplyDelete
  27. there are reasons why the government do this, hope the people will understand.

    ReplyDelete
  28. Kasi hapuslah kalau memang itu yang terbaik utk Sabahans.

    ReplyDelete
  29. Namun saya setuju juga si anon (August 27, 2011 11:42 PM) cakap... Mungkin adalah ba tu sebab munasabah sistem ni wujud kan. hihi

    ReplyDelete
  30. Bila baca komen2 disini, ramainya harap sistem kabotaj ini dipertimbangkan. Harap kerajaan akan beri perhatian juga la.

    ReplyDelete
  31. Semoga keluhan ini dapat didengar dan sementara itu sabar dulu ya. Kita tunggu apa seterusnya dulu. hehe

    ReplyDelete
  32. Kalau masih tiada perubahan, bah sebagai rakyat buatlah apa yang patut.

    ReplyDelete
  33. jika tak guna cara ini, baiklah pembangkang memcari cara yang lebih logik dan baik bagi kita.

    ReplyDelete
  34. hope there's another way to deal with this since someones' not happy about it.

    ReplyDelete
  35. if this system can be use, then why dont give it a try...

    ReplyDelete
  36. I bet the government have reasons for doing this.

    ReplyDelete
  37. I think this issue has been on and off for a while now.

    ReplyDelete
  38. Sistem kabotaj memang memeritkan.

    ReplyDelete
  39. kasi hangat ini isu.. dari dulu lagi sistem ini kasi susah orang Sabah.. lain la kalau Sabah tidak ada pelabuhan..

    ReplyDelete
  40. Betul juga... System Kabotaj memang membebankan orang Sabahan... seharus dibubarkan..

    ReplyDelete
  41. We have to confident with our government.. To remain or to abolish Kabotaj.. Im sure they ll do the best for it that benefit to the people of Sabah.

    ReplyDelete
  42. Ketidakseimbang harga getah memang merugikan semua rakyat. Seharus selaraskan harga seluruh negara termasuk Sabah & Sarawak.

    ReplyDelete
  43. "Selagi sistem kabotaj terus mendominasi urusniaga sistem pengimportan dan eksport yang hanya memberi hak kepada Port Klang selagi itu harga barangan diSabah dan Sarawak tidak seimbang malah jauh berbeza dengan Semenanjung,"

    With this, we can feel ho wmuch pressure the people of Sabah. Hoping federal can really study about such system that pressuring and burden the people.

    ReplyDelete
  44. Pemansuhun sistem kabotaj yang boleh mengurangkan beban rakyat, memang satu tindakan yang harus dilaksanakan secepat mungkin. Apa-apa pun, kami tunggu keputusan dari kerajaan.

    ReplyDelete
  45. What is the main reason that "carbotage system" come into the picture before this?

    ReplyDelete
  46. Buat lar yang terbaik untuk rakyat.

    ReplyDelete
  47. "Selagi sistem kabotaj terus mendominasi urusniaga sistem pengimportan dan eksport yang hanya memberi hak kepada Port Klang selagi itu harga barangan diSabah dan Sarawak tidak seimbang malah jauh berbeza dengan Semenanjung,"

    Kaji semula sistem tersebut! Buat research dan dengar suara dari rakyat supaya keputusan yang dibuat adalah berdasarkan suara rakyat juga.

    ReplyDelete
  48. Hearing a lot of negative feedback about carbotage.. It is advisable to review..

    ReplyDelete
  49. Kepentingan rakyat seharus dijaga.. Sistem tersebut semata-mata merugikan kebanyak rakyat..

    ReplyDelete
  50. Kepentingan rakyat seharus dijaga.. Sistem tersebut semata-mata merugikan kebanyak rakyat..

    ReplyDelete
  51. biasala...urang sabah kan kebanyakannya sinang di kasi buduh atau sinang di ayam2.... ada pemimpin d parlimenpun ndak bulih harap.... indak berani mau besuara.. takut indak kena pilih bertanding dlm pilihn raya (urang bn labani....) tgkla.... bukan harga brg sj berbeza kemudahanpun berbeza... cth.. klu urg melaya kerja d jabatan kerajaan persekutuan d sabah dpt elaun rumah tinggi... sinang2 sj... urang sabah sendiri sikit saja... tgkla guru2 dr melaya.. jawatan tertinggi di sekulapun dorang yg lahap semuanya.. guru sabah jadi kulik saja.... ngamla itu lagu jimi palikat kasi dengar sama urang2 kuat bn umno.....

    ReplyDelete
  52. Kerana sistem inilah yang menyebabkan kadar di Negeri Sabah dan Sarawak meningkat dan berbeza dengan harga asal. Harap sistem Kabotaj ini dapat dipertimbangkan lagi.

    ReplyDelete
  53. Bukan saja brg2 naik pasal kabotaj...kenapa rumah2 di sabah ni pun mahal2...apa bah kerajaan sdh buat ni sampai rmh punya harga di sabah pun jauh beza sama di sarawak?

    ReplyDelete
  54. orang sabah jangan jadi PALUI!!!! kita sdh tahu kita d tindas kenapa pilih BN lagi? kalau kita masih pilih BN bermaka kita bukan saja PALUI tapi SANGLUI (SANGAT PALUI).

    ReplyDelete
  55. haha macam lah kalau kita undi PR mereka boleh kasi selesai ini masalah? tol di pulau pinang pun tak mansuh lagi, cakap je lebihhhhh, aku tak percaya sama PR

    ReplyDelete