Search This Blog

Monday, September 12, 2011

DAP ganggu-gugat keharmonian kaum

Dhia Daniel

Tindakan DAP mengedar risalah dan majalah Roket di empat buah masjid di sekitar bandaraya Kuching dikecam BN Sarawak.

KUCHING: Penyebaran risalah dan majalah Roket yang dilakukan DAP di empat buah masjid di bandaraya ini dilihat sebagai tindakan tidak beretika dan boleh menganggu-gugat keharmonian kaum.

Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Abang Haji Johari Tun Openg berkata, masyarakat sepatutnya sedar dengan corak berpolitik pembangkang yang sanggup menggunakan masjid untuk melunaskan kepentingan politik mereka.

“Dalam berpolitik kita mempunyai etika yang perlu dipatuhi. Bagi saya ia bukan satu langkah bijak dan betul.
“Buat masa ini kita (Barisan Nasional) akan terus buat kerja kita (berkhidmat untuk rakyat),” katanya yang juga Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar.

Baru-baru ini, lima pemuda DAP termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Padungan Wong King Wei mengedarkan risalah dan majalah Roket di perkarangan empat masjid iaitu Masjid Bahagian Kuching, Masjid Jamek Kuching, Masjid Tabuan Jaya dan Masjid Matang Jaya.

Sementara itu, Ketua Pemuda PBB Datuk Haji Fadillah Yusof turut mengecam tindakan DAP yang dianggap sebagai tidak berasas kerana mengundang rasa kurang senang umat Islam yang menunai Solat Jumaat.

“Jangan guna masjid untuk edar risalah berunsur politik. Tempat ibadah sepatutnya digunakan untuk aktiviti keagamaan,” ujarnya.

14 comments:

  1. Banyak la lu punya tempat ibadah bukan medan berpolitik!!!!! selama ini agama menjadi pemberat utama dlm landskap politik negara kita sehinggakan terdapat unsur2 pemisihan perpaduan kaum antara berlainan agama khususnya Kristian dan islam... perkara ini terjadi kerana tindakan kerajaan umno/bn dan pemimpinya yg hanya mementingkan kesinambungan kerjaya politik. bagaimana dgn pengagihan sumbangan yg berlatar belakangkan masjid&surau? bukankah ia juga menjejaskan kesucian surau kerana secara tidak langsung ia dipolitikkan. apa saja isu2 yg dibawa ke muka akhbar utk dibaca umum tidak lain dan tidak bukan adalah utk meraih sokongan politik semata-mata. jadi jgn cakap tidak serupa bikin.

    ReplyDelete
  2. The people must learn how to judge this. Don't be easily influenced by political games.

    ReplyDelete
  3. Make the right decision during the next GE.

    ReplyDelete
  4. tempat ibadah tak harus dijadikan medan politik.

    ReplyDelete
  5. politik dan agama harus dipisahkan. oleh itu, mana2 yang berunsur politik tidak boleh dibawa di tempat beribadah. soal sumpah laknat yang dilakukan oleh individu sebelum ini juga sepatutnya tidak boleh dilakukan di masjid kerana ia berunsurkan politik.

    ReplyDelete
  6. berpolitik kenalah bertempat juga.

    ReplyDelete
  7. kita perlu bijak menilai sesuatu pekara agar tidak mencetuskan isu yang tidak sepatutnya.

    ReplyDelete
  8. Sesetengah orang cakap tak serupa bikin. Tidak kira pembangkang mahupun kerajaan.

    ReplyDelete
  9. Isu agama amat sensitif. Jangan sesekali dipolitikkan jika inginkan keharmonian negara dipertahankan.

    ReplyDelete
  10. DAP, macam mana ni. sudah terdesak ka.. orang mahu pergi sembayang bukan berpolitik.

    ReplyDelete
  11. Lain kali jangan buat lagi.

    ReplyDelete
  12. Inikah parti yang kita mahukan untuk Malaysia?

    ReplyDelete
  13. Harap perkara sebegini perlulah ditangani segera dan tidak perlu dihebohkan lagi. DAP memang sedia maklum mereka tidak akan menang jika tidak ada sokongan dari orang Islam. Maka itu sebab perkara ini berlaku. Tapi seharusnya ada batasan untuk perkara sebegini.

    ReplyDelete
  14. jangan buat di masjid.. buat saja di mana2 kompleks membeli belah atau kaki lima.. kita tengok apa pula alasan selepas itu..

    ReplyDelete