Saudara Pengarang,
Saya terpanggil mengulas kenyataan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak berhubung pengumuman beliau memansuhkan ISA baru baru ini dimana beliau sekali lagi membuat kenyataan susulan sepertimana yang terpampang di akhbar tempatan keluaran Ahad yang bertajuk "Don’t claim false credit".
Kenyataan PM bukan sahaja ditujukan kepada pihak pembangkang namun sebaliknya PMlah yang gigih mencari nama diatas tindakannya itu yang bertujuan tidak lain tidak bukan untuk meraih sokongan rakyat supaya BN disokong rakyat untuk kemabli berkuasa selepas PRU13 kelak.
Mungkin Najib terlalu gementar bila berhadapan dengan rakyat pada PRU13, menyebabkan beliau berhempas pulas mencari jalan dan helahnya untuk meyakinkan semula hati rakyat yang selama ini sudah mula melupakan BN dan berduyun duyun beralih kepada pembangkang pada PRU13.
Mengapa Najib menempalak pembangkang dengan berkata “ Don’t claim false credit” ? Tidakkah Najih sedar bahawa pembangkang juga turut memainkan peranan secara serius sejak tahun 1970an meminta kerajaan memansuhkan ISA yang disifatkan rakyat Negara ini terutamanya pelajar pelajar IPTA bahawa ISA adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan dan Hak Asasi Manusia!
Saya tidak terfikir bahawa Najib bukan berseorangan dalam memikirkan idea pemansuhan ISA malah sedikit sebanyak Najib mengambil ikhtibar penentangan pembangkang dan juga BERSIH tetapi sangatlah bongkak sekali kalau Najib mengatakan bahawa tuntutan orang lain berhubung pemansuhan ISA adalah palsu dan bohong.
Sekiranya Najib dan kerajaan BN menganggap bahawa mereka lah benar benar “wira” didepan rakyat kerana berjaya memansuhkan ISA adalah bohong dan derhaka kepada rakyat kerana ISA masih terus digunakan meskipun ancaman surversif Komunis telah tamat sekitar tahun 1989.
Konsep ISA adalah khusus bertujuan untuk menahan dan menangkap tanpa dibicarakan diMahkamah terbuka para surversif yang pro Komunis yang mengancam keselamatan Negara pada ketika itu.
Malangnya selepas Komunis meletakkan senjata dan memeterai perjanjian damai diHaadyai selatan Thailand sekitar tahun 1989 diantara SUA Parti Komunis Chin Peng @ Ong Boon Hua dengan KPN mewakili kerajaan Malaysia Tun Haniff Omar, kegiatan menangkap dan menahan dibawah ISA masih berterusan tetapi kali ini sasarannya menfokuskan kepada pemimpin pemimpin politik khususnya pembangkang.
Seperkara lagi, sepatutnya mereka yang terlibat dengan pemalsuan kerakyatan dan dokumen palsu serta Kad Pengenalan palsu tidak sahaja dikenakan ISA sebaliknya mereka ini dibicarakan dibawah undang undang jenayah yang lebih relevan diMahkamah terbuka.
Persoalannya, mengapa kerajaan BN takut menghadapkan mereka ini untuk dibicara ke Mahkamah terbuka? Persoalan lain, mengapakah kerajaan khususnya Menteri Dalam Negeri menolak cadangan penubuhan Suruhanjaya Siasatan DiRaja seperti yang dikemukakan Ahli Parlimen Tuaran Datuk Seri Panglima Wilfred Bumburing? Semua persoalan ini bermain teka teki dikepala rakyat dan akan diperhitungkan oleh rakyat menjelang PRU13 kelak.
Bersabarlah! dan jumpa PRU13, disana kita dapat lihat siapa kah yang benar!!
Salam Damai,
GONOD SUNDA
Najib sudah tiada jalan kasi baik hati rakyat selain minta puji2 rakyat konon2 bila dia mansuh ISA dialah org baik sekali dlm dunia dan rakyat akan undi BN pada pru13...tahi kucinglah!!!
ReplyDeletePresiden KITA Dato' Zaid Ibrahim minta maaf BN dan PM? basungan punya Presiden KITA...klau gitu napa teda fikir dulu sblum ckp? sudah jadi undur pula...bererti Dato' Zaid ni tada pendirian atau mabuk krna bnyk minum "Beer" lagi ke?
ReplyDeleteISA should be abolished a long time ago. Hope that it will never have a chance to be revived.
ReplyDeleteKamunting should be closed down once and for all.
ReplyDeleteBernasib baik kerana Najib dan BN sudah kesempitan akal dan menjadikan isuISA sbg kesempatan untuk 'mengambil hati' rakyat tapi belum lulus dlm Parlimen bagaimana...dulu punya Akta Darurat mcm mana? Itu mau kena abolis dulu baru boleh mansuh ISA. Harap2 Najib tdk main sandiwara lagi..
ReplyDeletepemansuhan ISA sememangnya perlu dan wajar dilakukan.
ReplyDeletepemansuhan ISA ni harus dipandang positif dan rakyat mengharapkan juga undang2 baru yang akan bakal digubal akan lebih baik dari ISA.
ReplyDeletepembangkanm masih lagi memberi respon negatif akan pemansuhan ISA dan kini mereka nak manipulasikan pula isu ini.
ReplyDeleteIni bukan masalah popularkan diri atau apa pun. Ini adalah keputusan atas perbincangan ISA ini relevan atau tidak buat masa sekarang.
ReplyDeleteMungkin ramai yang menanti pemansuhan ISA ini. Akhirnya menjadi kenyataan. Baguslah kalau PM berfikiran sebegini. Terima Kasih PM.
ReplyDeleteRasanya tidak ada isu ISA pun Najib sudah cukup popular.
ReplyDeleteThe same goes to the opposition party. They should also stop claiming credit for the abolishment of ISA just because its stated it their pledge book.
ReplyDeleteIt is right for Najib to claim all the credit. After all, he is the PM & it is the government under his helm that abolish the draconian law...
don't be too excited may be the new laws can be worst and cruel......see waht will happen in the event Umno will win.......
ReplyDeleteapa kurangnya pembangkang? pembangkang pun guna isu pemansuhan ISA untuk mempopularkan diri masing2..
ReplyDelete