Search This Blog

Tuesday, September 6, 2011

SAPP bukanlah sebuah parti Cina

Oleh Peter Marajin
Isu No. 3: "KDM (DAN BUMIPUTRA MUSLIM) TIDAK DAPAT MENYOKONG SAPP SEBAB SAPP ADALAH SEBUAH PARTI CINA"

Komen saya: Pertama, SAPP bukanlah sebuah parti Cina. Dalam Perlembagaan parti SAPP tiada sebarang perenggan pun yang menyebut bahawa SAPP adalah parti untuk kaum Cina sahaja. Malah SAPP adalah parti untuk semua tanpa mengira kaum. Hanya secara kebetulan Presidennya adalah seorang berbangsa Cina. Sama juga dengan PBS dimana secara kebetulan ketuanya dari bangsa Kadazandusun (KDM) tapi PBS bukan parti perkauman. Parti-parti Perkauman ialah UMNO (dimana dalam nama parti itu sahaja terdapat perkataan "Malay" atau Melayu), MCA (dimana terdapat perkataan "Chinese" pada namanya), MIC (dimana terdapat perkataan "Indian" pada namanya), PAS (dimana terdapat perkataan "Islam" pada namanya) dan UPKO (dimana terdapat perkataan "Kadazan Dusun Murut" pada namanya). SAPP ialah sengkatan "Sabah Progressive Party" dimana tidak langsung menyebut nama kaum.

Kedua, di Sabah harmoni kaum telah wujud sejak zaman nenek moyang kita lagi dan ini diturunkan ke generasi sekarang. Kita tidak persoalkan apa bangsa pemimpin kita asalkan dia bersikap adil. Sesungguhnya di Sabah sebelum kita menubuhkan Malaysia kita sudah ada "1Malaysia". Itu sebabnya parti berbilang kaum yang setia dengan perjuangan rakyat Sabah telah lebih menarik dan menambat hati orang Sabah (seperti Berjaya dan PBS pada suatu ketika dulu). Hanya apabila politik perkauman yang dipelopori oleh parti dari seberang kita telah terpengaruh dan mulai melihat seseorang itu dengan ‘suspicion’ kerana dia dari bangsa atau ugama yang berlainan.

Ketiga, Datuk Yong Teck Lee ("YTL") tidak pernah meminta supaya dilahir sebagai seorang Cina. Demikian juga Datuk Joseph Pairin Kitingan tidak memohon dilahirkan sebagai Kadazandusun, sama seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah mengemukakan permohonan supaya dilahirkan sebagai seorang Melayu dan berugama Islam. Semua ini adalah kehendak Tuhan supaya kita sebagai maklukNya hendaklah datang dari berbagai-bagai bangsa dan keturunan. Jika rancangan Tuhan ialah supaya penduduk dunia ini hendaklah datang dari SATU bangsa sahaja maka dunia kita hari ini tidak diduduki dengan berbagai-bagai bangsa tapi hanya SATU bangsa atau ugama sahaja, mungkin bangsa Cina atau Arab atau yang lain sebagai pilihanNya. Pokoknya, bukan bangsa yang menjadi persoalan tetapi apa yang dilakukan oleh seseorang itu supaya kita semua hidup dalam suasana harmoni. Hidup harmoni hanya dicapai jika seseorang itu mengutamakan keadilan kepada semua dalam menjalankan kewajipannya sebagai pemimpin dan makluk Tuhan.

Keempat, YTL telah berjuang untuk menuntut keadilan untuk Sabah dimana hak-hak yang dijanjikan untuk Sabah pada 1963 telah dihakiskan. Saya rasa perjuangan seperti ini perlu disokong tidak kira pemimpin yang berjuang itu ialah seorang Cina, KDM atau Bumiputra Muslim. Jika perjuangan YTL bukan untuk Sabah dan rakyat Sabah beliau (dan beberapa pemimpin SAPP yang lain) tidak sanggup meninggalkan BN yang boleh menjamin dan memberikannya jawatan yang setaraf menteri dan projek-projek ratusan juta ringgit yang memberi keselesaan hidupnya seumur hidup.

Kelima, walaupun kita KDM mempunyai parti sendiri atau parti yang diketuai oleh bangsa sendiri ini tidak menjamin bahawa parti itu dapat membantu KDM dalam menyelesaikan masaalah ekonomi yang menghantui dan membuntui mereka sekian lama. Sebenarnya kita mempunyai PBS, UPKO dan PBRS tetapi apa yang parti-parti ini telah sumbangkan untuk kesejahteraan kaum KDM selama ini? (sila lihat Isu No. 1 dan Isu No. 2 dalam posting sebelum ini).

Keenam, seorang ahli politik veteran Sabah pernah berkata bahawa dalam memberi sokongan kepada pemimpin-pemimpin Sabah yang berjuang untuk hak-hak Sabah supaya kita tidak tenggelam di bumi sendiri, kita harus jangan memilih bangsa pemimpin-pemimpin itu. Analogi beliau lebihkurang begini: Katakan kamu adalah seorang KDM sedang terapung-apung di tengah lautan besar kerana kapal yang kamu naiki telah karam dilanda taufan. Setelah hampir mati lemas dan tenggelam menunggu bantuan, tiba-tiba sebuah bot laju dengan seorang di dalamnya sedang menuju kepada kamu untuk tujuan menyelamat kamu dari maut. Dan kebetulan penyelamat itu seorang Cina. Adakah kamu tengok dulu muka orang itu dan berkata "Mada oku dika, tulun kou Cina!" (Saya tidak mahu kamu kerana kamu orang Cina!). Atau kamu bersyukur dan berterima kasih kepadanya kerana sudi datang menyelamat kamu?

Ketujuh, kerjasama erat antara kaum di Sabah sudah menjadi satu fakta yang tidak boleh disangkal. Masih ingat pada 1976 dimana KDM, Cina dan Bumiputra Muslim bekerjasama menyingkir USNO dari meneruskan takta Kerajaan? Dan pada 1985 KDM dan Cina dapat bekerjasama menumbang Kerajaan Berjaya (Bumiputra Muslim ketika itu masih pada USNO dan Berjaya tetapi ikut serta kerjasama pada penggal kedua PBS). Kerjasama ini harus diteruskan untuk Sabah. Kalau kita pernah dan boleh bekerjasama dengan kuat sekali pada masa yang lalu, mengapa kali ini tidak boleh?

52 comments:

  1. YTL banyak buat kesilapan semasa jadi KM Sabah.Rakyat sudah tidak percaya dan meragui beliau.

    Ini bukan soal bangsa dan agama tapi kredibiliti.kalau seribu kali pemimpin itu berbangsa India pun jika kepimpinan nya mantap.jujur,ikhlas dan amanah sudah pasti rakyat menyokongnya tapi sejuta kali bangsa sendiri kalau rakyat sudak muak maka dia akan di tolak.

    Tolong jangan salah andaian dalam perkara ini.

    ReplyDelete
  2. YTL ialah pemimpin yang paling adil terhadap kaum di Sabah. Telah dibukti masih dia Ketua Menteri Sabah.

    ReplyDelete
  3. SAPP has transformed itself from a chinese based party into a non-racial party meaning also a multi racial party like PBS consisting of all racial compositions, even though its leader, a capable and experienced leader like Yong can further lead the Sabah people to the next level. Whether he is a Bajau, Chinese, Kadazan, Dusun, Murut leader, what we want is deliverance.

    Sabah can hope on SAPP to lift them up to counter federalism, unfair policies, politics, unequal economic opportunities...etc.

    Just let us remember that Sabah has the most natural resources, and Sabah can, against all odds to overcome and triumph!

    ReplyDelete
  4. Harapan sebenar yg ada adalah mencuba utk berkerjasama secara erat dgn PR tanpa melibatkan kemasukkan SAPP dlm PR itu. tiada salahnya utk memberikan mereka peluang utk sekali ini supaya kita boleh melihat dan menilai kemampuan mereka mentadbir urus negeri ini secara adil dan saksama. PR menjanjikan autonomi kepada SABAH & SARAWAK dlm menifesto buku jingga mereka dan jika ini menjadi kenyataan, kedua-dua negeri yg kaya dgn sumber alam ini tidak lagi menjadi jajahan takluk malaya tetapi rakan kongsi adil. 20 peratus royalti minyak yg dijanjikan juga amat bermakna jadi usaha utk merayu kenaikan royalti kepada kerajaan umno/bn pada masa ini yg nyatanya mustahil utk dicapai boleh dengan mudah diperolehi hanya dgn menjadi sekutu PR dan memenangi PRU-13 akan dtg.

    ReplyDelete
  5. Rakyat sendiri perlulah pandai menilai parti-parti yang bakal bertanding pada PRU-13.

    ReplyDelete
  6. Buatlah pilihan yang terbaik dalam pilihanraya nanti.

    ReplyDelete
  7. siapa kata YTL banyak membuat kesilapan semasa menjadi KM...jangan cakap saja..bagi bukti baru cakap..bermakna Tan Sri Pairin, Dompok and Kurup dianggap malaikatlah bagi kamu...sot punya komen...bongok...otak dilutut..

    ReplyDelete
  8. Datuk YTL adalah KM Sabah yang paling adil dan saksama kepada semua kaum di Sabah.

    Jangan kamurang buat tuduhan yang fitnah dan bukan2 yang dengan tiada dasarnya.

    ReplyDelete
  9. YTL (2 years Sabah CM) has contributed more AND BETTER than any Sabah BN CM and even better than DAP penang LGE (3 years) and Selangor PKR Khalid (3 years).

    ReplyDelete
  10. kaum dan agama bukan isu. tapi kita perlukan pemimpin yang krebiliti dan adil pada semua.

    ReplyDelete
  11. usi2 berkaitan perkauman dan agama jgnlah kita politikkan.

    ReplyDelete
  12. Why have to differentiate it?

    ReplyDelete
  13. Sudah2 la dengan politik semua tu.

    ReplyDelete
  14. As far as I concerned, it is multiracial.Hmm~

    ReplyDelete
  15. rakyat sabah sudah hilang kepercayaan kepada YTL...rasanya kalau SAPP mahu diterima semula, YTL harus berundur dari politik selamanya..

    ReplyDelete
  16. apa yang penting ialah SAPP dapat memperjuangkan hak2 serta kepentingan seluruh rakyat Sabah. bukan sekadar manis di mulut.

    ReplyDelete
  17. rasanya Sabahan bukan menilai seseorang tu melalui bangsa dan agama. sekiranya mutu kepimpinannya berkualiti maka Sabahan akan berpihak kepadanya.

    ReplyDelete
  18. Mana2 pemimpin rakyat yang tanpa mengira bangsa dan agama memperjuangkan hak2 rakyat terutama di Sabah pasti akan mendapat sokongan majoriti.

    ReplyDelete
  19. terserah pada pilihan masing2.

    ReplyDelete
  20. setuju dengan komen Bibiyana, setiap orang ada pilihan mereka sendiri. jadi terserahlah kepada pilhan masing-masing.

    ReplyDelete
  21. yang pasti semua parti pun sentiasa berusaha untuk mendapatkan sokongan rakyat..jadi terpulang kepada kita untuk menilai..

    ReplyDelete
  22. kalau hari ini semua parti tempatan dapat bergabung atau bekerjasama, kompom parti dari semenanjung susah mahu cari makan di Sabah..

    ReplyDelete
  23. Apa bezanya kalau ramai Cina ke tak dalam parti?

    ReplyDelete
  24. YTL kasih lulus 40000 HECTAR NT sama bumiputra Sabah walaupun dia hanya jadi KM Sabah 2 tahun jika dibandingkan sama KM Sabah yang lain.

    Musang bin tidak aman hanya lulus 5000 acres sama bumiputra Sabah walaupun sudah jadi KM selama 9 tahun. Pairin pun pernah jadi KM 9 tahun tetapi 2 x 5 sama musang bin tidak aman.

    Yang memburukan nama YTL sudah terbukti kamu berludah ke atas langit, tertelan juga ludahnya di mulut.

    ReplyDelete
  25. So whats wrong with you?

    ReplyDelete
  26. Keadaan sudah berubah dan semuanya berubah....

    ReplyDelete
  27. Rakyat pintar untuk memilih siapa yang layak untuk memimpin!

    ReplyDelete
  28. Pilihanraya tidak lama lagi, jadi bersedia.

    ReplyDelete
  29. Siapa bilang SAPP parti Cina? Ada pun bangsa2 lain dalam parti itu. Kebetulan saja orang2 atasannya Cina. Di Sabah rasanya tidaklah perkauman betul jika dibandingkan dengan SM yang sikit2 mahu bangsanya saja yang betul.

    ReplyDelete
  30. Sesebuah parti politik itu saja tidak menjamin apa2 melainkan mempunyai pemimpin2 yang berkaliber yang mampu membawa perubahan positif kepada Sabah dan rakyatnya.

    ReplyDelete
  31. Yang menjadi ahli SAPP adalah dari berbilang kaum dan agama.Lihat saja perlembagaan parti SAPP.....tidak menyatakan untuk orang orang Cina.Mungkin kebetulan disesuatu kawasan,orang bumiputera lebih sayang PATI - mereka jadi ahli UMNO BN.DiSabah ... siapa orang Melayu? Setahu saya diJPN orang yang mahu bangsanya Melayu adalah samada dari Philippines atau Indonesia.Disabah ditetap Dusun,Bajau Irranun,Bisaya,Berunai,Tidung dan Sungat.Mana ada bangsa Melayu?...Menyerta Malaysia bukan satu tikit untuk jadi Melayu.Melayu bererti Malays,Malayan dan Penduduk Tanah Melayu......


    Orang yang percaya dia Melayu adalah dari Kota Belud.Akal satu suku saja pakai.MP dia pemain import...Orang Bajau Samah tapi akun Melayu...cakap Melayu tidak pass...Bodoh punya kawan

    ReplyDelete
  32. Dinakan Gerigitan,terati ku kaau tu Samah tapi utok no utok Philippines.Ngerati kau,mitu Kota Belud,Datuk Salleh,Datu Abd Rahman,Datuk Musbah ko Datuk Japlin...dangai eko jomoh kepataian ogo ni...dangai eko jomoh mosoduo ogo ni...Teratu ku,jomoh kahwinpan yang ruun ngogo Wakil Ni...


    YTL yang pebuuk bi tu,asal terati ni ngogo,gotong royong ngogo (lagi awal dari pada anak Samah koh anak Irranun.

    Emun YTL tu jomoh Samah,eyoh no paling alap.

    Ngerati kah kau Gerigitan,emun kau fitnah jomoh ti (paling nia maku maaf ...selasai,pian no dokon YTL?) Banah no Gerigitan tu mekemalu bongso Samah.


    GONZALES LASAK
    Ex 21 GGK

    ReplyDelete
  33. Those people keep calling SAPP Chinese Party are pro BN and pro Malaya. Their agenda is to control Sabah and SAPP is the only Sabah party blocking their way.
    Once SAPP is finished, there will not be any party to lead the people and to protect Sabah interest. They will do whatever they want with our land, sea,oil, gas, minerals. Solution to PTI is the last thing on their mind. They are here NOT because they love us but their greed on our resources.
    OPEN your eyes Sabah people!
    Don't be fooled by them and don't fool yourself and please don't fool the people.

    ReplyDelete
  34. Biar apa parti atau siapa saja jangan macam UMNO suka main isu kaum atau bangsa dan politik melayu saja.
    Juga jangan hanya maw 'kapsit' sebagai pemerintah rampas kuasa ,duit rakyat dan tidak jaga hidupan kita yang termiskin.
    Kamu taw sepa mereka pemimpin bukan saja main 'race' tapi main 'money' racing juga kan?
    Jangan kamu pilih orang biar dia sabahan macam tu lah!

    ReplyDelete
  35. Hope there's not racists in our country now, it's been serious since PERKASA is our racist.

    ReplyDelete
  36. pura-pura saja ni YTL.......Bukan parti cina, parti ape...sajalah pembangkang ni...

    ReplyDelete
  37. pembangkang malaysia, susahlah nak berkomunikasi dgn mereka yg hanya memikir sendiri...blerkk

    ReplyDelete
  38. We have enough with this.

    ReplyDelete
  39. Begitukah penjelasan SAPP yang bukan untuk kaum Cina saja. Tapi jika dilihat SAPP lebih mendekati kaum Cina berbanding kaum lain.

    ReplyDelete
  40. YTL pandai sudah berfikiran terbuka tidak seperti sebelum ini.

    ReplyDelete
  41. Marilah kita semua bersatu padu undi SAPP jadi kerajaan Sabah untuk menghalau semua parti import dari malaya keluar dari Sabah dalam PRU13.

    Orang Sabah hari ini bukan palui macam dulu. Kita tahu bagaimana nak mentadbir negeri sendiri dan tak payah lah orang dari seberang sibuk di Sabah terutama UMNO yang jahanam!

    ReplyDelete
  42. Isu perkauman bukan perbincangannya. Yang rakyat menilai adalah usaha dan mutu pentadbirannya. Tidah harus mengkritik isu perkauman dalam politik.

    ReplyDelete
  43. Memang tiada kaitan pun kaum apakah pemimpinnya. Yang menjadi persoalan dan unsur dipertikaikan adalah kualiti pemimpin parti tersebut, usaha dan kejayaan yang diperjuangkan selama ini untuk rakyat Sabah, matlamat yang akan dicapai di masa akan datang.

    ReplyDelete
  44. Not such thing about discrimination within party. All Sabahan has their own answer and judgement about SAPP. Whether or not SAPP still can be trusted gain their support from the public, vertainly a great challenge to them.

    ReplyDelete
  45. "Itu sebabnya parti berbilang kaum yang setia dengan perjuangan rakyat Sabah telah lebih menarik dan menambat hati orang Sabah"

    This is real and true in all respect, how many among the parties in Malaysia that really can fulfilled people needs? How many can really fight the best for the people? There are still huge amount of people that are suffering out there just to strike for 3 meals in a day.

    ReplyDelete
  46. Put aside the issue about races, it's not related at all. They have to awake what are people desire and targetting?

    ReplyDelete
  47. Tiada kaitan langsung sama ada SAPP dipimpin oleh bangsa cina ke tidak. Yang menjadi persoalannya, apakah yang SAPP "contribute" selama ini untuk perkembangan ekonomi negeri Sabah?

    ReplyDelete
  48. Kami dah hidup dalam berbilangan kaum di Malaysia selama berpuluh-puluh tahun, tiada masalah jika mereka tidak ungkit isu sensitif yang merosak dan mengancam keharmonian negara.

    ReplyDelete
  49. SAPP sudah buat banyak kerja menolong rakyat Sabah terutama yang miskin. SAPP telah meluluskan 40000 hectares tanah NCR kepada bumiputra Sabah walaupun YTL hanya 2 tahun sebagai KM Sabah berbanding sama musa dan pairin yang palui.

    SAPP juga mengambil balik 20% share untuk SESB kembali ke kerajaan Sabah dari TNB yang dijual oleh haris masa kerajaan berjaya.

    SAPP juga membuat REFORESTRY MANAGEMENT dan sudah nampak hasil sekarang.

    SAPP juga banyak tolong persatuan bumiputra islam dan bukan islam dan cina untuk membuat projek perumahan kos rendah.

    SAPP juga membagi tanah kepada semua bangsa untuk membuat gereja, masjid dan tempat sembahyang cina.

    SAPP juga menjalankan Regularisation Exercise untuk trace PATI tetapi dibatalkan apabila KM Sabah diganti oleh orang umno.

    Banyak lagi ...

    ReplyDelete
  50. SAPP juga kasih 20000 hectars tanah kelapa sawit kepada persatuan bumiputra islam dan bukan islam dan cina Sabah supaya mereka boleh dapat hasil (duit) setiap bulan dari keuntungan kelapa sawit untuk menjalankan pelan2 masing2 dan tolong komuniti mereka.

    Siapa cakap SAPP tidak buat kerja adalah pembohong dan kaki fitnah!

    ReplyDelete
  51. kata di mulut lain,kata di hati lain.... begitu la rakyat yg mengundi ne pandai bepura pura... siapa calon yg bagi duit dialah yg kena undi... ingat masa depan negeri kita... jangan ingat kena bagi duit saja.. yg penting pilih pemimpin yg berkemampuan untuk mengusir PATI di sabah.... kalau YTL adil KENAPA DYA KLH DLM PR KECIL DULU.... KENAPA???????

    ReplyDelete