Search This Blog

Wednesday, October 5, 2011

Pemuda SAPP Melalap ziarah pesakit tenat

SEORANG kakitangan Jabatan Keretapi Negeri Sabah (JKNS) Singkun bin Singkiu 51, yang bergelut dengan keuzuran kerana menghidap penyakit kronik yang melibatkan paru paru sejak tahun lalu (2010) merasa lega apabila dilawati Pergerakan Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP) dekat sini pada Sabtu.

Rombongan tersebut diketuai Naib Ketua Pergerakan Pemuda SAPP Pusat Rudy Sulaiman Mairi dimana sumbangan tersebut diserahkan oleh Roger Stimin bagi pihak parti itu yang juga merupakan Naib Ketua Pemuda SAPP Melalap dalam satu majlis ringkas di rumah kediaman Singkun.

Singkun yang dalam keadaan tercungap cungap mampu berkata, "Saya bersyukur dan berterima kasih diatas lawatan kamu…saya tidak berdaya lagi, sekadar menyerahkan nasib ini kepada takdir dan ketentuan Tuhan yang maha kuasa," tegasnya.

Dalam pada itu, Roger menasihati Singkun dan keluarganya agar tidak berputus asa sebaliknya beliau harus tabah menghadapinya kerana segala galanya adalah ketentuan Tuhan yang Mahakuasa.

Apa yang penting jelas Roger, rawatan demi rawatan yang diberikan oleh pihak hospital termasuk nasihat doktor yang merawatnya harus dipatuhi dari masa ke semasa sehingga sembuh sepenuhnya.

Dalam pada itu, Rudy yang ada bersama dalam rombongan itu menjelaskan bahawa lawatan mereka di situ merupakan suatu aktiviti kemasyarakatan Pemuda SAPP yang prihatin dengan masalah yang dihadapi Singkun yang terpaksa dibantu untuk bergerak kemana mana dalan ruang tamu di rumahnya.

"Sebelum ini pun kita sudah bergerak ke pelusuk kampung mengadakan aktiviti kerja amal dan kebajikan seperti gotong royong membantu membina empangan, mengecat rumah wargaemas…cuma aktiviti kami kurang diketahui umum kerana tidak mendapat liputan yang meluas jika dibandingkan dengan aktiviti BN," tegasnya.

"Kami bernasib baik ada portal terkenal seperti Sabahkini.net, portal SAPP, WikiSabah dan JendelaSabah yang senantiasa menerima artikel kami. Kalau dalam akhbar pun hanya Daily Ekspress dan utusan Borneo menyiarkan tetapi tidaklah begitu kerap," tambahnya.

Oleh: Thamppareq Kitoes

14 comments:

  1. Hope that Singkun will get the help he needs.

    ReplyDelete
  2. All the leaders should frequently go down to the ground to see the grassroot's plight.

    ReplyDelete
  3. keaadan Singkun amat teruk, bantuan perlu diberikan terhdapnya.

    ReplyDelete
  4. semoga singkun dpt menhadapi kehidupan dgn baik.

    ReplyDelete
  5. Jika niat ikhlas untuk membantu, ada juga kebaikan yang akan diperoleh di kemudian hari nanti.

    ReplyDelete
  6. "..cuma aktiviti kami kurang diketahui umum kerana tidak mendapat liputan yang meluas jika dibandingkan dengan aktiviti BN.."

    I'm wondering if the help is sincere or it is ionly for the sake of publicity?

    ReplyDelete
  7. tahu2lah sekarang ni dekat2 PRU. banyaklah aktiviti yang dilakukan untuk memancing undi.

    ReplyDelete
  8. kalau memberi bantuan tidak perlulah ada liputan meluas. apapun, semoga SAPP akan melakukan aktiviti kemasyarakatan seumpama ini secara berterusan tanpa mengira waktu.

    ReplyDelete
  9. Bring him to SMC or Reflesia Medical Center for medical check-up...the cost should be bared by SAPP....

    ReplyDelete
  10. tu untuk pbulisiti politik ka untuk persediaan PRU13

    ReplyDelete
  11. baguslah..tapi pastikan apa yag dibuat ini ikhlas..dan bukannya untuk publisiti pula.

    ReplyDelete
  12. harap pesakit tersebut akan diberikan bantuan yang sewajarnya..

    ReplyDelete
  13. perenggan akhir tu macam mau minta publisiti ja tu..

    ReplyDelete
  14. Baguslah kalau SAPP mula mendekati rakyat. Sudah terbuka fikiran mereka sekarang berbanding dulu.

    ReplyDelete