Search This Blog

Thursday, October 6, 2011

Usahkan royalti, hasil minyak tidak dimaklum

KOTA BHARU - Kelantan bukan sahaja tidak pernah mendapat sebarang hasil royalti minyak dan gas yang telah dituntut oleh kerajaan negeri daripada Petronas sebelum ini, malah 32 telaga minyak dan gas dari Bumi dan Suria yang telah mengeluarkan hasil mutakhir ini juga turut disembunyikan.

Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum, Datuk Husam Musa, berkata, gas dan minyak yang telah dikeluarkan dari 24 daripada 32 telaga masing-masing di Bumi dan Suria, tidak pernah dimaklumkan pada kerajaan negeri.

“Jangankan ingin membayar royalti pada kerajaan negeri yang dituntut sebelum ini, malah hasil pengeluaran mutakhir ini juga tidak pernah dimaklumkan.

“Tindakan ini amat tidak bermoral kerana telah mencuri hasil kekayaan kerajaan negeri,” ujarnya yang juga anggota exco kerajaan negeri selepas mesyuarat exco hari ini.

Beliau seterusnya berkata sebagaimana hasil yang telah diperolehi dari telaga-telaga minyak dan gas yang lain, dari Bumi (16) dan Suria (16) juga adalah milik kerajaan negeri.

Sambungnya, kedudukannya yang paling hampir dari Kelantan hanya memakan masa selama 35 minit melalui udara cukup membuktikan ianya berada dalam kawasan perairan Kelantan.

“Rakyat perlu mengetahui perkara ini dan rakyat juga perlu mengetahui Petronas dan kerajaan menafikan lagi hak mereka dan kerajaan negeri.

“Rakyat juga perlu tahu tindakan tidak bermoral kerajaan negeri masih berlaku sehingga kini,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berharap bayaran yang serupa turut dibayar pada kerajaan negeri sebagaimana kerajaan Terengganu yang telah mendapat hasilnya sebanyak RM936 juta dari bayaran enam bulan pertama tahun ini.

Malaysia Chronicle

16 comments:

  1. It is hoped that the Petronas operation will be done with more transparency.

    ReplyDelete
  2. Sabahans deserves to know what happened to the profits form the oil sales.

    ReplyDelete
  3. bukan sahaja kelantan, malah sabah jg memerlukan royalti minyak yang lebih.

    ReplyDelete
  4. rakyat perlu tahu hasil minyak negara.

    ReplyDelete
  5. Kelantan tak pernah langsung dapat royalti minyak? OMG

    ReplyDelete
  6. Kalau Kelantan di bawah naungan BN baru boleh dapat royalti minyak tu.

    ReplyDelete
  7. harap ketelusan dan apa yang ingin diketahui oleh rakyat akan diberikan.

    ReplyDelete
  8. sebarang isu yang berlaku haruslah diselesaikan..

    ReplyDelete
  9. Memang susah untuk berurusan jika sebuah negeri itu ditadbir oleh pembangkang.

    ReplyDelete
  10. Moral of the story, pandai2 lah memilih pemimpin bila tiba PRU nanti.

    ReplyDelete
  11. sebenarnya bukan Sabah saja yang tidak berpuas hati dengan Petronas malah Kelantan juga menghadapi masalah yang sama.

    ReplyDelete
  12. harap Petronas beri keadilan kepada negeri2 pengeluar minyak.

    ReplyDelete
  13. Rakyat semakin peka kepada pembangunan dalam negeri dari segala segi. Jadi, kalau rakyat mahu tahu ni tidak menjadi kesalahan. Sebab hasil bumi Sabah adalah hak rakyat Sabah.

    ReplyDelete
  14. Petronas tidak boleh buat demikian. Seharusnya royalti diberikan kepada kerajaan negeri atas sumber minyak tersebut.

    ReplyDelete
  15. tuntutan Kelantan tidak disokong oleh Konvensyen Pelantar Benua Geneva 1958 yang mewujudkan kedaultan negeri berhubung pelantar benua yang mengelilingi sesebuah negeri..

    ReplyDelete
  16. akur saja la.. kalau tidak dapat tuntut hari ini, nanti sudah tukar kerajaan tuntut la balik..

    ReplyDelete