Search This Blog

Thursday, November 10, 2011

Barisan Nasional enggan baharui pajakan tanah kawasan bandar

KOTA KINABALU, 10 Nov 2011: Kerajaan Negeri dibawah pimpinan Barisan Nasional (BN) mempunyai agenda tersembunyi apabila enggan memperbaharui pajakan tanah di kawasan bandar terutamanya dipinggir
ibu negeri.

Penasihat Parti Maju Sabah (SAPP) Datuk Mohd Noor Mansur berkata, beliau menerima banyak aduan daripada pemilik tanah di sini bahawa Kerajaan Negeri melalui Jabatan Tanah dan Ukur tidak melayan sebarang permohonan lanjutan pajakan tanah di kawasan berkenaan sejak akhir-akhir ini.

"Ramai pemilik tanah terutamanya di Sembulan tidak dapat melanjutkan tempoh pajakan tanah mereka apabila membuat permohonan ke jabatan itu.

"Apakah motif sebenar Kerajaan Negeri tidak melayan permohonan sedemikian...Sembulan terletak dipinggir Kota Kinabalu menjadikan nilai tanah di kawasan itu sangat tinggi.

"Jika tempoh pajakan mereka tidak dilanjutkan ini bererti Kerajaan Negeri mempunyai maksud tersembunyi," katanya ketika merasmikan pelancaran Dasar Reformasi Tanah Sabah oleh SAPP di Bundusan, di sini.
Hadir sama Presiden SAPP Datuk Seri Yong Teck Lee, Pengerusi Penganjur merangkap Timbalan Presiden Amde Sidik, Timbalan Presiden selaku Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Eric Majimbun, Naib Presiden Jaafar Ismail, Naib Presiden Japiril Suhaimin, Ahli Majlis Tertinggi (AMT) yang juga peguam Peter Marajin, AMT yang juga peguam Kent Yong.

Turut hadir Timbalan Presiden merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Likas Datuk Liew Teck Chan, Setiausaha Agung Datuk Richard Yong, Bendahari Agung Dullie Marie, Ketua Penerangan Chong Pit Fah, Ketua Wanita merangkap ADUN Luyang Melanie Chia dan Ketua Pemuda Edward Dagul.

Mohd Noor berkata, tanah-tanah di Sembulan ada yang berstatus Town Lease (TL) sementera sebahagian lagi berstatus Country Lease (CL) tetapi tempoh pajakan mereka akan tamat tidak lama lagi.

Katanya, masalah itu akan diselesaikan apabila SAPP mengambil alih tampuk pemerintahan Kerajaan Negeri selepas memenangi pilihanraya umum kali ke-13 akan datang.

Katanya, tanah menjadi keperluan utama manusia samada untuk dijadikan tempat mendirikan kediaman atau sumber mencari rezeki dan sebagainya.

Beliau berkata, tanah juga adalah tempat bagi seseorang itu lahir dan membesar serta seterusnya menjalani kehidupan hingga keakhir hayat.

"Ia umpama perpatah, dari tanah asalnya kita dan kepada tanah juga kita akan kembali apabila sampai masanya kelak," katanya.

Eric berkata,sejak zaman British, Undang-undang tanah telah digubal untuk menyeragamkan pentadbiran tanah di Sabah.

"Malangnya disebabkan tamak haloba maka penyalahgunaan kuasa dilakukan oleh Kerajaan Pusat dan Negeri yang mempunyai kuasa penuh terhadap tanah,"katanya.

Katanya, rakyat Sabah, khasnya Bumiputera semakin hari semakin hilang hak terhadap tanah kerana pencabulan kuasa Kerajaan yang membantu pihak tidak bertanggungjawab merempas tanah dimana kegiatan terkutuk itu berleluasa dan sangat ketara..

"Sedangkan, gajah dan tembadau (kerbau liar) serta semua hidupan liar pun diberi perlindungan, kenapa pula rakyat yang dipanggil manusia ini dihukum sedemikian seolah-olah tidak mempunyai taraf.....manusia sepatutnya diberi keutamaan dalam hal perlindungan.

"Orang yang tidak waras pemikiran pun dapat membezakan hitam dan putih, tetapi Kerajaan kini sangat keji dengan perbuatan mereka sehingga perkuburan nenek moyang pun dibakar, rumah diroboh dan hasil pendapatan dari sumber pertanian pun dimusnahkan tanpa ada perikemanusiaan," katanya.

Katanya, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggalakkan kaum etnik menghidupkan adat istiadat kebudayaan tetapi kelakuan keji serta penindasan Kerajaan Negeri dan Pusat bakal membawa kepada penindasan ekonomi, adat resam dan sosio budaya.

Sementara itu, Amde berkata, dasar reformasi tanah itu disiapkan dalam masa dua tahun melalui kerjasama satu jawatankuasa yang dipengerusikan.
DASAR REFOMASI TANHAH OLEH SAPP

1. HAK ASASI ANAK NEGERI
Tanah pusaka anak negeri mesti dikembalikan kuasa mutlak dan berkekalan kepada anak negeri dan pengurusannya hendaklah mengikut adat istiadat anak negeri.Tanah-tanah yang berkenaan tidak boleh dijual, dipindah milik kecuali kepada ahli keluarga, atau dilakukan sebarang cagaran dengan tujuan menjurus kepada kehilangan pemilikan seseorang anak negeri.

2. KEHILANGAN HAK ASASI TANAH DISEBABKAN PENIPUAN YANG BERLELUASA
Tanah-tanah yang bergeran CL dikawasan luar bandar yang telah dikeluarkan geran secara penipuan atau penyelewengan kepada syarikat atau perseorangan yang bertentangan dengan asas-asas mengikut hak asasi anak negeri akan diambil kembali dengan tujuan mengembalikannya kepada penduduk asal hak asasi tanah/ kawasan tersebut. Apa juga bentuk penyelesaian di dalam perkara ini akan mengambil kira kedudukan pemilik CL yang berdaftar dan sah mengikut Perlembagaan Persekutuan. Semua arahan untuk memindahkan mereka yang terlibat akan dibekukan sehingga satu penyelesaian tercapai. Tindakan undang-undang akan diambil terhadap mereka yang terlibat di dalam aktiviti-aktiviti penyelewengan ini.

3. SKIM TANAH PENEMPATAN PEKEBUN KECIL UNTUK SEMUA
Skim-skim tanah bagi pekebun kecil diseluruh pelusuk Negeri Sabah akan terus diusahakan bagi penempatan, aktiviti-aktiviti pertanian dan pembangunan oleh rakyat tempatan Sabah/ Labuan sama ada lahir atau bermastautin tetap di Sabah/ Labuan.

4. TANAH BAGI RAKYAT TEMPATAN SABAH
Tiada lagi kelulusan permohonan bagi tanah oleh syarikat atau perseorangan bagi maksud pertanian yang dibuat oleh mereka yang bukan rakyat tempatan. Tanah-tanah pertanian akan hanya diberikan kelulusan kepada rakyat Malaysia tempatan Negeri Sabah.

5. TANAH-TANAH UNTUK PEMBANGUNAN KOMERSIAL, PERINDUSTRIAN DAN PERUMAHAN
Kelulusan dan semua urusan bagi tanah-tanah komersial, perindustrian dan perumahan akan diberikan keutamaan dan galakan kepada pelabur rakyat tempatan. Tanah-tanah yang bernilai komersial di kawasan bandar akan dilelong mengikut peraturan biasa bagi tujuan memaksimakan pendapatan kerjaan negeri.

PERMOHONAN PEMBAHARUAN TANAH BERGERAN 99
DAN 999 TAHUN (APPLICATION FOR RENEWAL OF
LEASE)

Permohonan untuk memperbaharui tanah-tanah yang luput masanya dikawasan Bandar dan luar Bandar akan diluluskan dengan segera tanpa mengurangkan tempoh masa asalnya. Permohonan untuk memanjangkan masa luput satu-satu geran daripada 99 tahun kepada 999 tahun boleh diluluskan.

7. KAWASAN PERKAMPUNGAN DIDALAM TANAH SIMPANAN
PERHUTANAN
Kampung-kampung tradisi di dalam tanah simpanan perhutanan akan mengikut adat istiadat dan budaya kampung tersebut. Semua pengurusan perancangan pembangunan perhutanan dibawa Jabatan Perhutanan akan mengambil kira terhadap kampung-kampung yang sedia ada serta perkembangan dan kemajuan yang akan datang.

8. TANAH SIMPANAN PERKAMPUNGAN DAN PERKUBURAN
Tanah-tanah yang diwartakan sebagai tanah simpanan perkampungan anak negeri serta tanah perkuburan mesti dikekalkan sebagai mana yangdiwartakan, agar kebudayaan tradisi serta adat istiadat mereka tetap dapat dijaga dan dipelihara.

9. TANAH SIMPANAN RAGUT (GRAZING RESERVE)
Tanah-tanah yang diwartakan sebagai tanah simpanan padang ragut akan diteruskan agar rakyat tempatan dapat terus mengusahakannya sesuai dengan matlamat asal.

10. GERAN KOMUNITI (COMMUNAL TITLE)
Tanah-tanah pertanian serta penempatan khasnya yang bergeran komuniti (communal title) akan dikaji semula untuk pemberian geran NTkepada rakyat tempatan.

11. KAWASAN TANAH-TANAH MILIK KERAJAAN
Tanah-tanah yang telah dan sedang diusahakan oleh agensi-agensi kerajaan akan dikaji semula untukmemastikan bahawa apa juga perancangan yang telah ditetapkan benar-benar membawa faedah kepada rakyat Sabah.

TANAH-TANAH KAWASAN PERKAMPUNGAN
DI DALAM BANDAR

Tanah-tanah perkampungan yang sedia ada dikawasan Bandar yang bergeran TL (Town Lease) dan CL (Country Lease) akan dikekalkan sebagai kawasan perkampungan. Ianya akan dikemaskini sesuai dengan keadaan semasa pada ketika itu.

13. KAWASAN FELDA

Kawasan Felda di Lahad Datu dan di Tawau akan dikembalikan kepada tujuan asalnya iaitu untuk peneroka, termasuklah generasi kedua, ketiga, dan seterusnya bagi peneroka yang ada sekarang.

14. MEMPERBAIKI DAN MENGEMASKINI
PENTADBIRAN TANAH

Sistem pentadbiran tanah yang sedia ada akan dikaji secara terperinci. Tindakan akan diambil agar setiap permohonan dan pengeluaran geran akan dipercepatkan.

50 comments:

  1. Lagi lagi kasi tengok gambar pemimpin 'reject'SAPP.Ingat orang Sabah bodoh ka mahu sokong SAPP?Minta SAPP 'golong tikar' lebih bagus.

    ReplyDelete
  2. Only true Sabahans will support SAPP, the others who curse whatsoever has yet to learn or ignorant of how it is so hard to fight for the people, now, when in the opposition.

    ReplyDelete
  3. "(SAPP) Datuk Mohd Noor Mansur berkata, beliau menerima banyak aduan daripada pemilik tanah di sini bahawa Kerajaan Negeri melalui Jabatan Tanah dan Ukur tidak melayan sebarang permohonan lanjutan pajakan tanah di kawasan berkenaan sejak akhir-akhir ini."

    Apakah sebab Jabatan Tanah & Ukur enggan memperbaharui lanjutan pajakan tanah? Seharus memberi penjelasan agar masyarakat faham dan tidak memprasangka terhadap kerajaan.

    ReplyDelete
  4. "Jika tempoh pajakan mereka tidak dilanjutkan ini bererti Kerajaan Negeri mempunyai maksud tersembunyi," katanya ketika merasmikan pelancaran Dasar Reformasi Tanah Sabah oleh SAPP di Bundusan"

    What is the state government motive behind the scene? Why rejected all application?

    ReplyDelete
  5. Teruskan perjuangan SAPP terhadap perkara yang tidak adil untuk orang Sabahan. Kami terancam dengan perkara yang tidak adil dan hak milik kami juga menjadi bahan pengorbanan.

    ReplyDelete
  6. "Katanya, rakyat Sabah, khasnya Bumiputera semakin hari semakin hilang hak terhadap tanah kerana pencabulan kuasa Kerajaan yang membantu pihak tidak bertanggungjawab merempas tanah dimana kegiatan terkutuk itu berleluasa dan sangat ketara."

    Tindakan harus diambil terhadap pihak yang menyalah guna kuasa dan mengambil kesempatan terhadap tanah penduduk. Jika kerajaan masih tiada reaksi, maka, banyak golongan awam tetap menjadi mangsa rampas tanah.

    ReplyDelete
  7. "DASAR REFOMASI TANHAH OLEH SAPP"

    Saya sokong Dasar Reformasi Tanah SAPP yang berkebolehan menjamin hak milik penduduk. Teruskan usaha.

    ReplyDelete
  8. The government needs to do what is best for the states.

    ReplyDelete
  9. The local land owners rights must be protected.

    ReplyDelete
  10. "Datuk Mohd Noor Mansur berkata, beliau menerima banyak aduan daripada pemilik tanah di sini bahawa Kerajaan Negeri melalui Jabatan Tanah dan Ukur tidak melayan sebarang permohonan lanjutan pajakan tanah di kawasan berkenaan sejak akhir-akhir ini."

    Kenapa ini terjadi? Kenapa sering penduduk menjadi mangsa dan sering mengambil risiko?

    ReplyDelete
  11. Jika Dasar Reformasi Tanah adalah baik untuk mempertahankan hakmilik penduduk, pasti mendapat sokongan dari penduduk. Buat apa yang patut dan baik untuk penduduk.

    ReplyDelete
  12. hak milik penduduk luar bandar juga harus diberi perhatian dan dijamin hak miliknya.

    ReplyDelete
  13. "3. SKIM TANAH PENEMPATAN PEKEBUN KECIL"

    Saya sokong skim yang dapat menolong penduduk danjuga berkebolehan memperbaiki ekonomi dan taraf hidup penduduk.

    ReplyDelete
  14. Jabatan Tanah & Ukur harus memperbaiki sistem tanah dan geran dll. Golongan dan perosak berkenaan tanah harus dilucut jawatan dan disingkirkan.

    ReplyDelete
  15. Banyak betul masalah birokrasi di Jabatan Tanah ni. Ambil tindakan bah.

    ReplyDelete
  16. Jangan belakangkan nasib rakyat.

    ReplyDelete
  17. ada dua kemungkinan iaitu, tanah tersebut diperlukan untuk tujuan pembangunan oleh kerajaan atau penggunaan tanah berkenaan bercanggah dengan syarat hak milik...

    ReplyDelete
  18. kalau mahu buat tempoh pajakan selama 999 tahun, baik tukar saja jadi hak milik kekal.. biar mana2 parti yang berjaya membentuk kerajaan tidak berhak langsung menggunakan kawasan itu untuk tujuan pembangunan..

    ReplyDelete
  19. perlu diperjelaskan kenapa tempoh pajakan tidak diperbaharui.

    ReplyDelete
  20. mgkin ada alasan munasabah kenapa ia tak diperbaharui.

    ReplyDelete
  21. kalau tidak silap, kerajaan negeri bersedia mengkaji pekara berkaitan tempoh pajakan ini..

    ReplyDelete
  22. adakah dasar reformasi tanah oleh sapp ini bersungguh-sungguh atau hanya sekadar janji manis...pandai-pandailah rakyat menilai..

    ReplyDelete
  23. bagus juga kalau dapat membantu menyelesaikan isu tanah di Sabah ni.

    ReplyDelete
  24. kalau tanah di luar bandar masalah rampasan tanah, kalau di bandar pula masalah pajakan tanah.

    ReplyDelete
  25. Saya sokong usaha SAPP ini demi untuk membantu rakyat yang tertindas...Sebagai contoh, saya kehilangan geran tanah yang terletak di Long Pasia Sipitang....Saya berusaha mendapatkan salinan Geran tersebut sejak tahun 2007...saya telahpun membuat lapuran polis, menghadiri temuduga di Jabatan Tanah Sipitang, semua dokumen telah disahkan di Jabatan Tanah Sipitang dan proses selanjutnya ialah mengeluarkan salinan geran pada saya....tetapi apa yang berlaku, sehingga kini saya ditendang macam bola....sudah 5 pegawai/kakitangan JTU di KK saya hubungi...sampai sekarang masih belum tahu progress permohonan saya...padahal...saya cuma minta salinan Geran yang sedia ada dan sudah jadi milik saya....

    Apa lagi kepada orang yang baru memohon Tanah ?

    ReplyDelete
  26. Kenapa mahu dilanjutkn tempoh pajakan. Lebih geran jadi hak milik tetap terus.

    ReplyDelete
  27. mungkin ada masalah, itu sebab tidak dapat diperbaharuhi...

    ReplyDelete
  28. hak rakyat perlu dipertahankan...

    ReplyDelete
  29. This land issue is reli getting on my nerve. I hope it will be solved. The people's right must be protected.

    ReplyDelete
  30. Hopefully SAPP is sincere to help and not just talk.

    ReplyDelete
  31. Hope that the government will resolve this land tenure matters for the sake of the people.

    ReplyDelete
  32. We'll just wait and see how it goes after this.

    ReplyDelete
  33. Berhati-hatilah dengan janji SAPP ini. Ini cuma sekadar perangkap untuk memancing undi.

    ReplyDelete
  34. tempoh pajakan tanah dari 99 tahun ke 999 tahun akan dikaji semula oleh kerajaan negeri...

    ReplyDelete
  35. tidak perlulah SAPP memburukkan kerajaan...perbaiki dahulu kelemahan sendiri..

    ReplyDelete
  36. "Ramai pemilik tanah terutamanya di Sembulan tidak dapat melanjutkan tempoh pajakan tanah mereka apabila membuat permohonan ke jabatan itu."

    adakah jabatan tanah dan ukur ada memberikan penjelasan mengapa tempoh pajakan tanah tidak dapat dilanjutkan?

    ReplyDelete
  37. satu lagi alat politik SAPP untuk menarik undi..belum tentu SAPP akan melaksanakan dasar ini jika menjadi kerajaan negeri..kerana SAPP juga ada kepentingan jika menjadi kerajaan negeri...jadi sejauh mana SAPP keikhlasan SAPP?

    ReplyDelete
  38. muka2 lama dalam SAPP seperti penasihat SAPP, datuk mohd noor mansur dan yong teck lee harus disingkirkan..SAPP harus melakukan transformasi kepimpinan di mana golongan muda harus menjadi pucuk pimpinan parti dan bukannya muka2 lama yang banyak kontroversi masa lalu yang mana merupakan liabiliti kepada parti..namun, adakah SAPP mampu lakukannya? atau SAPP terus rela menjadi keldai politik muka2 lama ini khasnya YTL?

    ReplyDelete
  39. can't musa do something? he's our CM...so useless....

    ReplyDelete
  40. We can trust no one. the only thing we can do now is follow. we are not the leaders, we have no rights to change them, such a sad country.

    ReplyDelete
  41. Kenapa tak nak menbaharui? Takutkah...

    ReplyDelete
  42. I saw YTL the other day, and he asked me whether i'm from KK because i don't greed him..Like he want to know if i knew who he was...save it, YTL...You're too famous for being an asshole.

    ReplyDelete
  43. Why this thing keep happening?

    ReplyDelete
  44. Ini melampau dah ni.

    ReplyDelete
  45. janji SAPP tidak boleh pakai...betulkh SAPP dapat membantu nasib rakyat??

    ReplyDelete
  46. Hope our CM will turun padang, dan membantu nasib penduduk ini..

    ReplyDelete
  47. SAPP cuba memanaskan keadaan... tapi diharapkan penduduk kg dapat di bantu.

    ReplyDelete