Malaysia menyaksikan sejumlah besar RM150 bilion (AS$47 billion) wang haram keluar daripada negara ini pada 2009, menjadikannya antara yang tertinggi dalam masalah pelarian modal.
Jumlah ini sebagai tambahan kepada kerugian mengejutkan RM927 bilion (AS$291 billion) dalam tempoh sembilan tahun dari 2000 hingga 2008, menurut laporan terkini badan pemerhati kewangan Washington Global Financial Integrity (GFI).
Pada Januari, GFI dalam laporannya ‘Aliran Kewangan daripada Negara Membangun’ meletakkan Malaysia di tangga kelima negara dengan pelarian modal yang besar.
Bagaimanapun, dalam laporan terkini dilengkapkan dengan jumlah pada 2009 - GFI berkata, Malaysia yang mengalami pengumpulan kerugian sebanyak RM1,077 bilion (AS$338 bilion) dalam tempoh sedekat, mengekalkan kedudukan di tangga kelima.
Kedudukan di empat tangga ke atas masih sama, China (kerugian AS$2,500 bilion) di tangga teratas, diikuti Mexico (AS$453 bilion), Rusia (AS$427 bilion) dan Arab Saudi (AS$366 bilion).
Laporan terkini GFI itu disediakan oleh ahli ekonomi Sarah Freitas dan Dev Kar, yang juga ahli ekonomi kanan di Tabung Kewangan Antarabangsa.
Tidakmengejutkan! KMSarawak,Mahathir, dan menteri2 yg sudah berdekad lamanya telahmengalihkan wang dan hartamerekakeluar negara untukmengelak daripada dikesan.
ReplyDeleteTapi jikaPresiden Marcosdari Philipinadapat dikesan maka tiada sebab wang paramenteri tamakMalaysiatdkdpt dikesan.
Saya tidak terkejut sedikit pun.kenapa ya? Sudah ku duga dan tidak hairan.
ReplyDeleteMalaysia kena mengawal aliran wang.
ReplyDeleteNampaknya Malaysia juga tersenarai antara ranking 'terbaik' dalam aliran wang haram.
ReplyDeletekerajaan perlu menyekat kegiatan yang menyebabkan aliran wang haram. kalau tidak negara akan terus menerus menghadapi kerugian yang berlipat ganda di masa akan datang.
ReplyDeleteKerajaan perlu bertindak untuk menyelesaikan semua ni.
ReplyDeleteSemakin dibiar semakin melarat.
ReplyDeleteReally? What can we do after all?
ReplyDeleteHarap aliran wang haram ini daripada negara kita boleh dihentikan kerana ini boleh menjejaskan ekonomi negara.
ReplyDeletePenyiasatan lanjut untuk menyiasat aliran wang haram ini diperlukan supaya tindakan yang sesuai dapat diambil.
ReplyDeletebaik kerajaan siasat laporan ini.. kalau diam memanjang pun sama juga hasilnya..
ReplyDeleteInilah yang akan merugikan ekonomi kewangan negara. Harap masalah aliran wang haram ini akan dapat dikurangkan.
ReplyDeleteSemoga perkara sebegini akan dapat ditangani oleh kerajaan.
ReplyDelete