Search This Blog

Monday, December 19, 2011

Gotong Royong Gereja SDA Kg Podos

Majlis gotong-royong mengecat dan membersih kawasan bangunan gereja SDA Kg Podos, Kota Belud

Suatu lagi kerja amal bergotong-royong iaitu mengecat dan membersihkan kawasan Bangunan Gereja SDA Kg. Podos, yang telah dilaksanakan oleh pemimpin-pemimpin SAPP kawasan Kadamaian bersama-sama penduduk-penduduk Kg. Podos pada 11/12/2011.


Mengikut kenyataan Ketua Gereja SDA Kg. Podos iaitu Encik Said Gondol, adalah menjadi suatu aktiviti tahunan bagi ahli-ahli gereja mereka untuk membaiki dan mempertingkatkan Bangunan Gereja mereka sempena menyambut tahun baru akan datang.

Pada tahun ini, Ketua Gereja merasa bersyukur dan terima kasih kerana mendapat sumbangan daripada pemimpin-pemimpin SAPP yang diketuai oleh Puan Agnes Liewpin, Ketua Bahagian SAPP Kadamaian seperti cat, simen dan blok untuk pembaikian gereja mereka.

Turut hadir pada majlis gotong-royong ialah Encik Peter Marajin Ahli Majlis Tertinggi SAPP merangkap Naib Pengerusi SAPP Kadamaian., Encik Jack Giau Ketua Penerangan Zon Utara Tengah SAPP, Encik Maslan Maginda Setiausaha Bahagian dan Encik Kanol Gindol.

14 comments:

  1. Wah! So Sweet!
    I Love SDA! God Bless u all church members.

    ReplyDelete
  2. Bagus la, harap2 bukan tujuan politik.

    ReplyDelete
  3. ok la tu. yang penting dari hati. Hati kena ikhlas.

    ReplyDelete
  4. amalan gotong royong mmg baik, ia dpt menjalinkan kerjasama, tolong menolong dan kemesraan.

    ReplyDelete
  5. membantu tanpa mengira agama dan kepercayaan. aktiviti gotong-royong memang salah satu aktiviti kemasyarakatan yang harus diteruskan.

    ReplyDelete
  6. SAPP tidak perlu membawa nama parti mereka dalam menjalankan kerja2 sosial barulah nampak ikhlas.

    ReplyDelete
  7. Setiap pekerjaan yang dilakukan haruslah ikhlas.

    ReplyDelete
  8. Usaha yang baik untuk merapatkan hubungan antara rakyat.

    ReplyDelete
  9. Aktiviti ini perlulah diadakan dengan lebih kerap.

    ReplyDelete
  10. amalan gotong royong memang baik dan dapat memupuk semangat kerjasama.

    ReplyDelete
  11. aktiviti bergotong royong harus sentiasa dilakukan dan ini dapat mengukuhkan perpaduan.

    ReplyDelete
  12. tanpa parti politik pun, penduduk kampung podos tetap melakukan aktiviti gotong royong setiap tahun..

    ReplyDelete
  13. Baguslah kalau aktiviti sebegini dilakukan.

    ReplyDelete
  14. Program sebegini akan dapat mengeratkan hubungan penduduk dikawasan tesebut dengan mengadakan aktiviti gotong royong. Harap amalan sebegini akan tetap diteruskan.

    ReplyDelete