Search This Blog

Wednesday, January 11, 2012

Malaysia Bankrap Menjelang Tahun 2019?


Yow Hong Chieh

Hutang Malaysia akan mencecah 100 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2019 sekiranya Putrajaya berterusan meminjam lebih daripada hasil pendapatan, kata pakar ekonomi.

Bekas Pengarah Ekskutif Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER), Mohamad Ariff Abdul Kareem mengingatkan bahawa kadar perolehan pendapatan kerajaan pusat terlalu perlahan dan tidak mampu membayar pinjaman yang meningkat 53.1 peratus KDNK pada 2010.

Beliau berkata jumlah hutang ditanggung kerajaan tidak terlalu besar namun kadar pertumbuhan dalam beberapa tahun kebelakangan ini menimbulkan kebimbangan.


Nisbah hutang-KDNK meningkat dari 41.1 peratus pada 2008 kepada 53.1 peratus pada 2010 manakala hutang kerajaan bertambah 14.6 peratus pada 2008 dan 18.3 peratus pada 2010, jauh mengatasi pertumbuhan KDNK negara, tambah Mohamad Ariff.

“Jika tiada perancangan untuk mengubah trend ini dalam perbelanjaan dan hasil negara, hutang negara akan mencecah 100 peratus KDNK menjelang 2019.

“Sekiranya pertumbuhan hutang semakin laju, ini boleh berlaku tidak lama lagi,” katanya melalui emel.

Mohamad Ariff menjelaskan ketika kerajaan mengambil langkah rangsangan fiskal untuk menghadapi krises ekonomi dunia yang mana ia digunakan untuk pembangunan infrastruktur terdapat keperluan untuk mengurangkan perkhidmatan awam, yang menjadi asas pengurusan perbelanjaan Putrajaya.

Katanya perkhidmatan awam Malaysia, terbesar setiap kapita di Asia Pasifik mengikut OECD meningkat dari 23.3 peratus pada 2007 operasi bajet kepada 33.1 peratus pada 2010, meningkat kepada 41.6 peratus pada 2010 jika bayaran pencen dimasukkan.

Ini adalah beban kewangan utama kerajaan iaitu daripada kos berlebihan, pembaziran dan rasuah yang didedahkan setiap tahun oleh Ketua Audit Negara, kata seorang profesor dari Pusat Pendidikan Kewangan Islam Antarabangsa (INCEIF).

“Ia satu keperluan untuk kerajaan mengawal perbelanjaan yang mana ia termasuk mengurangkan perkhidmatan awam, membawa kerajaan untuk meningkatkan ketelusan dan tanggungjawab serta melaksanakan reformasi kutipan cukai untuk mendapat pendapatan,” kata Mohamad Ariff.

Ketua Pakar Ekonomi RAM Holdings Bhd Dr Yeah Kim Leng berkata Putrajaya perlu mempunyai “kemahuan politik” untuk melaksanakan Program Transformasi Kerajaan (GTP), yang bertujuan untuk menhentikan kenaikan defisit.

“Kita mesti melakukannya secara konsisten kerana (defisit fiskal) merupakan kelemahan utama ekonomi Malaysia,” katanya.

Yeah berkata Malaysia akan berada dalam kedudukan terbaik untuk mengurangkan defisit fiskal untuk jangka masa panjang jika Putrajaya kekal melaksanakan rancangan itu tetapi mengingatkan ia berdasarkan pertumbuhan tahunan KDNK antara lima hingga enam peratus.

Ini kerana mana-mana kelembapan ekonomi yang berlaku akan mendorong berlakunya potongan gaji dan kadar pengangguran lebih tinggi, yang akan memberikan impak negatif kepada hasil cukai, katanya.

“Terdapat satu hubungan antara pertumbuhan dan hasil kerajaan,” katanya menambah pengurangan setiap satu peratus dalam pertumbuhan KDNK, kutipan cukai akan menurun 0.8 petaus.

“Semasa perlahan kita boleh jangkakan defisit kewangan kerajaan sebenarnya besar.”

Beliau menambah bahawa kerajaan tidak mempunyai masa untuk mengukuhkan kedudukan fiskal sebagai pendapatan daripada sektor minyak dan gas, yang membantu meningkatkan jumlah pendapatan kerajaan kira-kira 40 peratus, namun dijangka akan menurun dalam tempoh lima hingga 10 tahun kerana hasil minyak Malaysia berkurangan.

15 comments:

  1. UMNOK consisted with a bunch of monkey. They will be punished in this GE13.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan risau dan panik,UMNO BN yang sudah terbiasa peras ugus dan silap mata akan ambil wang dari LHDN,KWSP,Petronal dan KWAP.

      UMNO BN memang pakar dalam hal ini.

      Gonzales

      Delete
    2. Jika PR mengambil alih negara ini daripada BN, mereka juga terpaksalah menanggung hutang ini.

      Delete
  2. No problemlah...Umno can always ask IMF and World Bank for assistance and start begging.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diharapkan kerajaan akan berusaha menjelaskan hutang ini tanpa meletakkan bebanan yang lebih di bahu rakyat.

      Delete
    2. Cukup-cukuplah bebanan yang ditanggung oleh rakyat sekarang. Kerajaan perlu bijak dalam pentadbirannya.

      Delete
  3. Kalau kerajaan bertukar tangan, kerajaan baru mampu tangani masalah ini?

    ReplyDelete
  4. kerajaan Malaysia perlu lebih bijak dalam mengawal perbelanjaan negara, elakkan pembaziran.

    ReplyDelete
  5. yang penting kewangan dan perbelanjaan diuruskan dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  6. apa pun, lebih bik memberikan idea dan bukan hanya sekadar mengkritik.

    ReplyDelete
  7. Kerajaan Negara perlu mengurus kewangan dengan baik bagi memastikan kewangan Negara akan terus stabil pada akan datang.

    ReplyDelete
  8. Macammana rakyat mahu percaya dengan kerajaan nanti jika Malaysia terus dibebani oleh hutang yang banyak.

    ReplyDelete
  9. opefully this is not the case in the future....

    ReplyDelete
  10. may we continue to enjoy continuous economical growth

    ReplyDelete
  11. Malaysia akan bankrap sebaik Pakatan mengambil alih Puterajaya kerana Pakatan banyak berhutang dengan kuasa besar asing terutamanya dalam penganjuran demonstrasi.. be careful!

    ReplyDelete