Search This Blog

Thursday, January 5, 2012

SAPP Parti untuk Berbilang Kaum dan Berbilang Agama

KOTA KINABALU, Jan 5, 2011: Budaya politik perkauman sudah tidak releven di Sabah masakini dan masa akan datang.

Parti SAPP sebuah parti poilitik yang mengamalkan perpaduan berbilang kaum tanpa mengira Bangsa dan Agama (Gambar....Pemimpin SAPP semasa Sidang Akhbar di Ibu Pejabat).

Sudah tiba masa masyarakat di Sabah mengubah minda (mindset) dari parti perkauman kepada parti untuk semua.

SAPP Constitution, Article 4 (2) To establish a fair, free and just society for all peoples irrespective of race, religion, creed or sex.

Sejak zaman berzaman Sabah kaya dengan sukukaum, budaya dan kepercayaan hidup aman tenteram dan harmoni.

Setelah mencapai kemerdekaan dan pembentukan Negara Malaysia 1963, Sabah mula bergiat dalam arena politik dengan pembentukan parti-parti politik. Pada mulanya penubuhan parti-parti di Sabah ala politik Semenanjung berasaskan sukukaum, sehingga terbentuknya parti perikatan di Sabah.

Walaupun pergolakan politik berlaku di Sabah sehingga pertukaran kerajaan daripada kerajaan USNO kepada kerajaan BERJAYA hinggalah Parti PBS. Akhirnya PBS menyertai Komponan BN yang ditunjangi oleh Umno, namun tidak ada rusuhan kaum yang serius di Sabah.

Lanskap politik Sabah berubah setelah Umno masuk ke Sabah pada tahun 1991. Budaya politik perkauman yang diamalkan sejak Umno diwujudkan pada tahun 1946 menjadi terbawa-bawa. Komponan parti-parti politik BN di Sabah kesemuanya diasaskan perkauman, iaitu Umno mewakili Bumiputra Islam, Upko, PBRS dan PBS mewakili majoritinya KDM dan LDP, MCA dan Gerakan mewakili kaum Cina ( satu ketika dahulu SAPP semasa dalam BN juga dirancangkan mewakili Cina), dan MIC mewakili kaum India.

Budaya politik sedemikian adalah tidak sihat dalam masyarakat majmuk seperti di Sabah yang terdiri daripada berbilang etnik dan agama. Tambahan pula dengan visi negara menuju kearah sebuah negara maju menjalang tahun 2020 dengan matlamat menjadikan Malaysia sebagai bangsa Malaysia yang maju dan bersatupadu. Bangsa Malaysia hanya akan wujud jika dasar kerajaan mengamalkan kesimbangan dan keadilan kepada semua kaum berasaskan meritrokasi. Pendekatan parti-parti yang mengutamakan perkauman sudah tidak relevan lagi untuk masakini dan masa akan datang.

Politik perkauman mengundang banyak pertelingkahan kaum dan agama seperti di negera-negara lain. Walaupun keadaan terkawal namun perasaan tidak puas hati dan terdapat diskriminasi disebabkan dalam perjuangan parti masing-masing ingin mempertahankan kedudukan dan peluang kaum sendiri. Keadaan sedemikian telah banyak membuangkan masa, tenaga dan peruntukan kewangan untuk menyatupadukan kaum-kaum dalam Malaysia. Contoh; Umno dengan ketuanan Melayunya, MCA dengan perjuangan masyarakat Cinanya, dan MIC dengan perjuangan masyarakat Indianya. Maka polisi-polisi kerajaan seringkali menjadi sasaran untuk mencari keadilan dan kesaksamaan, sedangkan ia sememangnya tidak akan tercapai.

Menyedari hakikat ini apabila SAPP ditubuhkan pada 21hb Januari 1994, SAPP menggariskan Tujuan dan Matlamat Parti dalam perlembagaannya bahawa SAPP adalah sebuah parti "non-Racial". Merujuk kepada Perlembagaan Parti Fasal 4. Perkara 2 – "Menubuhkan masyarakat yang adil, bebas dan saksama tidak mengira bangsa, agama, kepercayaan atau jantina."

Ketika SAPP dalam BN pada tahun 1994 hingga 2008, SAPP terikat dengan "amalan pecah dan perintah" oleh Umno. Pucuk pimpinan Kuala Lumpur merancang dan menetapkan SAPP sebagai mewaikili kawasan-kawasan pilihanraya masyarakat Cina maka presepsi masyarakat sehingga hari ini masih terbawa-bawa bahawa SAPP adalah parti Cina.

Keluar sahaja SAPP daripada BN pada 17hb Sept 2008, SAPP buat penjenamaan semula membuka ruang seluas-luasanya seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti. Bertambahnya ahli-ahli baru daripada berbilang kaum, berbilang agama dan kepercayaan dari seluruh pelusuk negeri Sabah. Maka SAPP parti yang matang dan mampu mentadbir negeri Sabah dengan adil dan saksama tanpa ragu-ragu.

Dalam pergolakan dan perkembangan politik masakini ada usaha-usaha pihak-pihak tertentu ingin mencorakkan politik perkauman sebagai gabungan perwakilan kaum daripada parti-parti politik di Sabah. Seolah-olah SAPP terikat dengan perjuangan satu kaum sahaja iaitu mewakili parti kaum masyarakat Cina. Pendapat dan persepsi itu SALAH, usaha sedemikian akan ditentang oleh pemimpin SAPP terutama pemimpin berketurunan BUMIPUTRA Islam dan bukan Islam.

Harapan SAPP dalam PRU13 ini bahawa semua parti-parti pembangkang di Sabah dapat bersatu hati. Sabah sudah matang dan Sabah sudah boleh berdiri diatas kaki sendiri. Semangat perkongsian pembentukan Malaysia dan autonomi Sabah harus dihormati dan diperjuangkan oleh rakyat Sabah sendiri. Tiada orang luar yang boleh mempertahankan hak-hak asasi dan kedaulatan Sabah kecuali rakyat Sabah sendiri. Bersatu hati, bersatu tenaga dan bersama-sama dalam perjuangan SAPP demi masa depan anak cucu cicit rakyat Sabah dalam Malaysia.

Oleh Haji Amdee Sidik, Timbalan Presiden SAPP

72 comments:

  1. Batu Bersumpah!

    Memang benar umno ditubuhkan sebagai parti perkauman yang bukan hanya pentingkan diri sendiri tetapi lebih teruk lagi parti umno adalah sebuah parti rasuah yang membahayakan keselamatan negara..

    Rakyat sudah matang dalam menilai pejuangan sesebuah parti politik dan Sabah harus bersyukur kerana adanya parti SAPP, untuk pelbagai kaum di Sabah yang tekun memperuangkan dan melindungi hak2 rakyat Sabah..

    ReplyDelete
  2. UMNO memang parti untuk melayu tapi sudah berkawan dengan MCA,MIC,PBB,SUPP,PBS,UPKO,Gerakan,PBRS,PPP dll.Ia sudah jadi satu gabungan yang di namakan BN.Itu pun tidak tau?Masalah!

    ReplyDelete
  3. Amdee Sidik sudah berpuluh kali beri penjelasan tentang SAPP.Tidak payah lah buang masa pasal kita memang tidak percaya dengan SAPP khasnya kepimpinan YTL.Amdee sendiri pun tidak ada pengalaman memimpin dan ikut telunjuk YTL saja.Rakyat bukan bodoh.Hanya mereka dalam gambar tu saja semua nampak macam unta.

    ReplyDelete
  4. Aku sokong SAPP kali ini. Tak nak parti import dari seberang.

    ReplyDelete
  5. Parti import dari Sarawak mau? Boleh sokong parti STAR yang buka cawangan di Sabah.Jeffery lah ketua cawangan nya.

    ReplyDelete
  6. I truly admire SAPP for its policy to be a non-racial party also multi-religious should get the full support of all genuine Sabahans for the UNITED stand against the Federal intruders. It is now or never...dear voters

    ReplyDelete
  7. Aku pun mahu sokong SAPP kali ini. Tidak mau lagi parti malaya.

    ReplyDelete
  8. SAPP tidak mungkin boleh mendapat sokongan daripada rakyat Sabah setelah apa yang berlaku.

    ReplyDelete
  9. Undi parti tempatan yang lain tapi bukan SAPP.

    ReplyDelete
  10. Saya Undi dan Sokomg SAPP.Kalau SAPP pun BURUK dan PENIPU macam BN UMNO,kita tukar baju balik pada PRU 14.Biarlah SAPP tunjukkan kerja dia yang baik.UMNO sudah macam BUAYA TEMBAGA.Tidak GIGIT tapi TELAN.


    GONZALES (Ex Green Beret)
    Anak Samah Idahan

    ReplyDelete
  11. Saya bumiputera muslim, berasal dari Sandakan, saya menyokong penuh SAPP. Sokonglah parti tempatan Sabah, bukannya parti2 dari Malaya terutamanya UMNO.

    ReplyDelete
  12. Umno pun parti untuk semua..

    ReplyDelete
  13. SAPP susah mendapat kepercayaan dari orang ramai..

    ReplyDelete
  14. It's hard to indicate that SAPP can accept all races. Think twice.

    ReplyDelete
  15. Susah untuk percaya.

    ReplyDelete
  16. Think about UMNO. SAPP can't get more authority than they have right now. It's not a free wil country.

    ReplyDelete
  17. SAPP said they are non-racial party but they can't control people's perception towards them.

    ReplyDelete
  18. Just walk your talk and let the people judge.

    ReplyDelete
  19. Don't think it would be easy for SAPP to get support from those who had lost their investment in SAS even though Yong claimed that he is not involved.

    ReplyDelete
  20. Regardless what Sapp say about being a party for all races, SAPP still need to prove to the people that they are sincere.

    ReplyDelete
  21. All the best to SAPP!

    ReplyDelete
  22. perasaan tidak puas hati dan diskriminasi sudah tentu akan terjadi dalam perjuangan parti masing-masing hanya kerana parti tersebut ingin mempertahankan kedudukan dan peluang kaum sendiri.

    ReplyDelete
  23. negara ini tentu akan menjadi aman-damai jika sesebuah parti itu ditubuhkan berdasarkan matlamat untuk masyarakat yang adil, bebas dan saksama tidak mengira bangsa, agama, kepercayaan atau jantina.

    ReplyDelete
  24. memang penduduk Sabah mahukan negeri ini aman dan damai tanpa adanya sifat perkauman di antara satu sama lain

    ReplyDelete
  25. biarlah rakyat menentukan nasib SAPP di PRU-13 nanti

    ReplyDelete
  26. harap parti-parti komponen BN di Sabah dapat bersatu-hati, bersatu tenaga dan bersama-sama untuk membangunkan negeri ini

    ReplyDelete
  27. mana-mana parti pun pasti menyatakan pekara yang baik-baik mengenai parti mereka untuk mendapat sokongan.

    ReplyDelete
  28. pada masa ini, semua parti sedang berusaha untuk memenangi hati rakyat dengan menunjukkan pelbagai usaha.

    ReplyDelete
  29. rakyat sentiasa menilai dan akan memilih parti yang mereka rasakan terbaik.

    ReplyDelete
  30. SAPP yang is the BEST. Sy sbgai anak jati sabah menyokong penuh SAPP .. waktu Datuk Yong menjadi ADUN likas dahulu beliau tidak pernah memilih bulu untuk berjumpa dgn sesiapa dan mudah di dekati.. beliau sering berjumpa dgn rakyat bawahan dan menanyakan khabar..Jika ada permasalahan rakyat beliau akan dengar dan bantu.. Namun setelah perubahan beralih kepada UMNO..apa yang berlaku?? Sy masih ingat waktu tu sy berumur 18 tahun di mana mak sy sakit dan perlukan bantuan perubatan dan kewangan , mka mengulurkan bantuan tanpa sebarang alasan dan birokrasi . TQ Datuk Yong n TEAM. Namun bila TAMPUK kepimpinan berubah hanya nak memohon surat sokongan bantuan kebajikan pengecualian pembayaran hospital.. banyak sangat songeh.. Bangunan Tun FUAD turun naik nak jumpa YB pun tak dpt sedangkan YB ada di dalam dpt jumpa SUP pun byk alasan..org susah akan bertambah susah yang senang akan bertambah senang.. Sy akan pastikan kali ini undi-undi seluruh keluarga saya tidak akan kepada pihak UMNO lagi..

    ReplyDelete
  31. Show your feelings in the ballot box.

    ReplyDelete
  32. Sesungguhnya agama bukan penghalang utama dalam soal ini.

    ReplyDelete
  33. I'm not against any party but focus more on party that is doing for the people.

    ReplyDelete
  34. Ya Sabah memang utk semua kecuali pati.. hahahhaa

    ReplyDelete
  35. Banyak usaha SAPP buat tapi terpulanglah pada rakyat utk menilai usaha mereka.

    ReplyDelete
  36. Sekarang ni apa-apapun boleh berlaku. So kita tunggu sajalah siapa yang akan jadi pilihan rakyat nanti.

    ReplyDelete
  37. Tak lama lagi PRU jadi maksudnya tak lama lagi kita akan tahu siapa hero sebenar buat rakyat.

    ReplyDelete
  38. Semua pihak teruskan usaha tambat hati rakyat dan rakyat pula ready lah dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

    ReplyDelete
  39. Paquin said...

    Ya Sabah memang utk semua kecuali pati.. hahahhaa
    January 7, 2012 5:11 PM
    Memangla kecuali tuk PATI..apa la.

    ReplyDelete
  40. Every party saying the same thing.

    ReplyDelete
  41. parti berasaskan perkauman memang tidak sesuai sudah pada masa kini..

    ReplyDelete
  42. parti2 politik berasaskan perkauman harus melakukan tranformasi untuk kekal relevan.

    ReplyDelete
  43. kewujudan parti2 politik berasaskan perkauman ada pro dan kontra nya..namun semuanya adalah untuk satu tujuan iaitu untuk mendapatkan sokongan agar dapat berkuasa..

    ReplyDelete
  44. dasar pecah dan perintah dalam politik malaysia harus dikikis..

    ReplyDelete
  45. pru13 akan memberikan jawapannya..

    ReplyDelete
  46. Banyak sangat parti yang ada di Sabah sekarang ni. Mestilah mana2 parti akan promosi parti mereka dengan perkara2 yg positif ja.Sama jg macam SAPP ni.apapun,semuanya bergantung pada individu sebab masing2 menilai pada perspektif yg berlainan.

    ReplyDelete
  47. Orang 'lama' pasti lebih arif dengan perjalanan politik Sabah ni. Setakat ini ramai yang saya dengar lebih suka dengan parti2 tempatan berbanding parti luar seperti UMNO.

    ReplyDelete
  48. Setiap parti fikir-fikirkanlah adakah sudah menjalankan tanggungjawab memperjuangkan kepentingan dan hak rakyat sepenuhnya.

    ReplyDelete
  49. Its up to the people to decide whether they will trust the same party that once ruled Sabah into ruins again.

    ReplyDelete
  50. We'll just wait for the next GE to see how the people will vote after this. Vote wisely.

    ReplyDelete
  51. Baru sekarang SAPP cuba untuk memaklumkan kepada penduduk Sabah. Kenapa tidak sebelum ini. Kerana SAPP mula sedar jika tidak pasti SAPP tidak akan mendapat sokongan oleh para penduduk Sabah yang lain.

    ReplyDelete
  52. SAPP sudah semestinya parti tempatan Sabah namun tidak bermaksud rakyat akan memberikan sokongan walaupun merupakan parti tempatan sendiri.

    ReplyDelete
  53. Mula SAPP bercakap kosong dan tidak masuk akal lagi. Sanggup mengaku parti SAPP untuk berbilang kaum. Apa sudah jadi dengan SAPP? Penduduk Sabah tahu apa yang mereka rasa terbaik.

    ReplyDelete
  54. kita mmg inginkan parti yang dpt membela semua kaum, tapi bukan SAPP.

    ReplyDelete
  55. rakyat Sabah takkan sokong SAPP. tak perlulah nak gunakan perkauman untuk dptkan sokongan.

    ReplyDelete
  56. bukan SAPP saja yang berbilang kaum dan agama.. lain2 parti pun berbilang kaum dan agama..

    ReplyDelete
  57. persoalannya, sekiranya SAPP berjaya merampas kerajaan, siapa yang akan jadi KM Sabah?? boleh SAPP bagi jawatan itu dengan kaum lain??

    ReplyDelete
  58. Rakyat Sabah akan menilai setiap parti yang ada di Sabah sebelum membuang undi pada pRU13

    ReplyDelete
  59. Rasanya bukan SAPP saja yang membuka keahilan kepada semua kaum dan agama. Jadi, tidak perlu la heboh sangat.

    ReplyDelete
  60. Parti yang berunsur berbilang kaum pasti mendapat sambutan.

    ReplyDelete
  61. Isu perkauman & agama tidak harus dicampur aduk dalam politik.

    ReplyDelete
  62. Semoga SAPP menunaikan janji dan sanggup memelihara keharmonian antara kaum dan bangsa.

    ReplyDelete
  63. Autonomy Sabah harus diperjuangkan.

    ReplyDelete
  64. Cakap kosong lagi Sapp.. memang tidak boleh di percayai..

    ReplyDelete
  65. Semuanya terletak di tangan rakyat.. kita tunggu saja keputusan PRU13 nnti.

    ReplyDelete
  66. sokong dengan LLS..isu perkauman dan agama tidak perlu di politikkn..

    ReplyDelete
  67. Baik jika ada parti yang sanggup membela keharmonian antara kaum dan bangsa.

    ReplyDelete
  68. I can see SAPP doing hard to gain more votes from the people.

    ReplyDelete
  69. Strongly against any party that relate sensitive issue with politic.

    ReplyDelete
  70. Masih bergantung kepada rakyat untuk menilaikannya.

    ReplyDelete
  71. Rakyat masih percayakan SAPP?

    ReplyDelete