Search This Blog

Monday, February 13, 2012

Projek Amonia Apa Faedah Kepada Rakyat?


Supt (B) Kamis Daming

Projek amonia dan urea di Kg Banting, Sipitang bernilai RM4.6 billion amat memberangsangkan masyarakat setempat, tetapi sewajarnya kerajaan negeri Sabah menjelaskan siapa yang mendapat untung dan impaknya kepada penduduk Sipitang.

Secara umum, semua orang boleh mengatakan kewujudan projek mega ini di daerah Sipitang akan turut mempunyai kesan terhadap ekonomi penduduk setempat, namun kerajaan sepatutnya menjelaskan secara terperinci mekanisma bagaimana projek besar ini boleh memberi keuntungan kepada keseluruhan penduduk Sipitang yang berjumlah lebih kurang 60,000 orang.

Peluang-peluang pekerjaan yang disediakan oleh kilang ini kelak memang tidak dinafikan akan mendatangkan manfaat kepada penduduk Sipitang, tetapi berapa orang sahaja penduduk Sipitang mempunyai kemahiran dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi jawatan-jawatan yang disediakan?

Manakala peluang pekerjaan yang akan wujud di kilang itu kebanyakannya adalah teknikal dan mahu tidak mahu akan diisi oleh orang luar jika kerajaan tidak memberi perhatian khusus terhadap perkara ini mulai dari sekarang.

Untuk mengatasi masalah ini dan bagi memberi peluang lebih ramai penduduk Sipitang bekerja di kilang tersebut, kerajaan harus menyediakan sekolah atau pusat latihan kemahiran dalam bidang yang berkaitan bagi menyesuaikan bidang kemahiran yang diperlukan agar mereka boleh bekerja di kilang tersebut.

Setakat ini, belum nampak lagi sebarang kenyataan daripada pemimpin-pemimpin kerajaan BN bahawa daerah Sipitang telahpun bebas daripada status miskin tegar. Ini bererti di daerah Sipitang masih ramai lagi orang yang hidup di bawah paras kemiskinan.

Apakah dengan kewujudan kilang ini nanti akan mendatangkan manfaat secara langsung kepada golongan ini? Kerajaan harus memberi penjelasan mekanisma bagaimana orang Sipitang yang hidup di bawah paras kemiskinan yang tidak berpeluang atau tidak layak bekerja di kilang ini disebabkan faktor semula jadi; contoh, usia, keadaan fizikal, kelulusan, kebolehan dan lain lain, mendapat manfaat terus daripada projek ini.

Pemimpin BN harus juga memikirkan kaedah bagaimana warga emas di daerah Sipitang yang kurang berkemampuan mendapat keuntungan daripada projek berbilion ringgit ini, sebagai contoh, elaun bantuan khas bulanan, bantuan perumahan dan faedah sampingan lain.

Apabila kita mengatakan projek ini akan turut memberi impak terhadap ekonomi penduduk setempat, ia merangkumi keseluruhan penduduk daerah ini. Adakah penoreh getah, nelayan, petani juga akan mendapat faedah secara langsung daripada projek ini? Kalau ya, bagaimana caranya?

Projek mega berharga RM4.6 bilion bukan satu projek yang kecil. Air, elektrik percuma, bantuan/biasiswa persekolahan, bantuan kematian yang berterusan bagi penduduk Sipitang yang hanya berjumlah lebih kurang 60,000 orang; bukanlah perkara yang mustahil untuk dilaksanakan jika kerajaan benar-benar serius terhadap permasalahan rakyat.

Kita tidak mahu melihat sebuah syarikat gergasi hanya menjadikan Sipitang untuk mengaut keuntungan bagi diri mereka sendiri dan tokoh tertentu di sebalik projek keagungan BN ini.

57 comments:

  1. Once the Samur project has officially launched, the surrounding area will benefit through better roads, better electricity supply, better broadband coverage etc.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pembangunan akan bertambah rancak..

      Delete
    2. This project will definitely bring benefit to the people of sipitang

      Delete
    3. Projek pasti akan memberi manfaat kepada penduduk Sipitang. Mungkin sekarang ada yang tidak boleh nampak melalui imaginasi bagaimana projek tu boleh menguntungkan kawasan Sipitang, nanti boleh tahu juga tu.

      Delete
    4. kesan dan manfaatnya kepada penduduk dapat dilihat setelah projek ini dijalankan.

      Delete
    5. Projek ini pasti memberi kebaikan kepada rakyat.

      Delete
    6. Its create more working opportunity.

      Delete
    7. projek ini akan membantu mempercepatkan pembangunan di Sipitang pada masa akan datang.

      Delete
  2. Hope that the locals will be prioritized when recruiting workers for the projects so that the unemployment issue in the state can be resolved.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I trust the government will prioritize the locals. After all its their job to take care of the people's welfare.

      Delete
    2. local should grab this opportuinity. i believe local will be prioritized.

      Delete
    3. Jika rakyat tempatan diutamakan dalam pengambilan pekerja, masalah kekurangan tugas di Sabah akan dikurangkan.

      Delete
  3. Saya menjangka rakyat setempat dan juga kawasan berhampiran dengannya akan mendapat manfaat dengan projek Samur ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Manfaat itu ada tetapi untuk pastikan ia efektif dan dirasai seluruh masyarakat yang susah.

      Delete
    2. memang akan dapat manfaat tetapi siapa? rasanya kerajaan negeri sudah ada jawapan kepada persoalan ini dan langkah penyelesaian juga turut diambil..

      Delete
    3. such benefits shouldn't be denied by the people but rather embrace it.

      Delete
    4. Saya yakin tidak penduduk Sipitang menanti-nantikan projek tu yang mana bakal memberi manfaat kepada mereka.

      Delete
    5. Rasanya kerajaan tidak akan buat prokjek ini jika tidak memberi apa2 faedah kepada rakayat.

      Delete
    6. projek ini akan menjadikan Sipitang semakin dikenali dan ini pasti memberikan peluang ekonomi apabila daerah ini menjadi tumpuan.

      Delete
  4. Projek ini dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pembangunan di kawasan sipitang akan bertambah rancak..dan ini akan memberikan kesenangan kepada penduduk...penduduk juga harus bijak mencuri peluang dan bukannya hanya mengharap untuk disuapkan.

      Delete
    2. the people shouldn't deny anything that is beneficial to them.

      Delete
    3. Masyarakat kawasan Sipitang akan mendapat kebaikan melalui projek tu.

      Delete
    4. Dengan adanya Projek besar seperti ini, pasti akan menbawa kebaikan kepada penduduk Sipitang.

      Delete
    5. pembangunan infrastruktur pasti akan diberikan tumpuan apa bila ada prjek besar.

      Delete
  5. This will create more job opportunities for the people.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rakyat tempatan perlulah bijak dan berdaya saing untuk rebut peluang pekerjaan yang ditawarkan.

      Delete
    2. Hopefully the government will prioritize the locals.

      Delete
    3. Projek SAMUR itu dijangka mewujudkan sekurang-kurangnya 400 pekerjaan untuk rakyat tempatan sebaik sahaja ia beroperasi sepenuhnya.-BERNAMA

      Delete
    4. Projek Samur pasti dapat membantu penduduk Spiting memperbaiki taraf hidup mereka.

      Delete
    5. prjek ini juga dapat membuka peluang kepada rakyat tempatan untuk terlibat dalam melaksanakan projek ini.

      Delete
  6. Yang penting adalah kerajaan melaksanakan apa yang telah dijanjikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerajaan sentiasa melaksanakan apa yang telah dijanjikan..diharap janji2 lain yang belum ditunaikan akan segera ditunaikan.

      Delete
  7. This is one thing to be pondered. It is better if the govt take an opportunity to hold a dialogue with the people to explain about this project?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin juga...wakil rakyat harus bertindak..

      Delete
    2. Agree with your comment. A dialogue should be held in order to get the people fully understand the purpose of the project and how it will benefit them.

      Delete
    3. And this will help to end any negative speculations.

      Delete
    4. Bagus juga kalau ada dialog diadakan untuk menjelaskan lagi projek ini kepada rakyat jelata.

      Delete
  8. With this project, more jobs will be created.

    ReplyDelete
    Replies
    1. the government should provide intensive training to the people for the position that they will apply so they have better understanding of their job scope.

      Delete
  9. We can see that the government is really serious about developing sipitang. However, its best for the people representative to inspect sipitang and the lifestyle of the people there. Issues that were faced by the people daily should be solved with a permanent solution.

    ReplyDelete
  10. projek ini pasti byk memberi manfaat kepada penduduk Sipitang terutamanya dalam peluang pekerjaan.

    ReplyDelete
  11. mgm tidak ramai penduduk Sipitang yang mempunyai kemahiran dalam bidang2 tersebut, tapi masih ada masa untuk melatih penduduk Siptang dalam bidang berkaitan.

    ReplyDelete
  12. Pengurus Besar pejabat Petronas Wilayah Sabah dan Labuan, Joseph Podtung berkata kehadiran SAMUR bertaraf dunia di Sipitang akan mewujudkan kesan positif ke atas industri kimia dan berkaitannya, termasuk pertanian, hotel dan katering, penyenggaraan kilang dan pengangkutan.

    ReplyDelete
  13. Projek ini juga akan menyediakan syarikat dan para usahawan prospek perniagaan yang meluas dan menjana pekerjaan untuk tempatan, sekali gus menyemarakkan pertumbuhan ekonomi, terutamanya untuk komuniti tempatan di Sipitang. syarikat-syarikat di Sabah akan diberikan projek bernilai sehingga RM600 juta dalam kilang SAMUR. Syarikat-syarikat yang berpangkalan di dalam negeri akan diberikan kontrak yang berkaitan kejuruteraan sivil, pengangkutan pedalaman, keselamatan, pembinaan jeti dan bekalan tenaga manusia

    ReplyDelete
  14. Apa yang penting projek ini berjalan dengan lancar dan harap projek ini dapat membantu ekonomi Negeri Sabah.

    ReplyDelete
  15. Terdapat banyak faedah yang akan diperolehi oleh penduduk Sipitang denga projek tersebut antaranya adalah kemudahan infrastuktur yang akan dibangunkan dan dinaiktaraf dengan baik.

    ReplyDelete
  16. Lagi satu pasti penggangguran akan dapat dikurangkan dan juga ekonomi dikawasan tersebut akan meningkat.

    ReplyDelete
  17. Semoga projek ini akan berjalan dengan jayanya pada akan datang.

    ReplyDelete
  18. boleh dia tanya apa faedah kepada rakyat.. jadi kasi cancel la kan memandangkan projek itu tidak bermakna langsung kepada rakyat Sabah??

    ReplyDelete
  19. kalau tidak mahu peluang ayang ada di kilang itu di sapu oleh orang luar, nasihatkan la anak2 di sipitang supaya mengikuti kursus yang b anyak disediakan oleh kerajaan dan swasta.. takkan la semua mau kena suap?? kalau begitu sampai bila2 pun duduk bawah tempurung..

    ReplyDelete
  20. Projek pembangunan boleh juga diberi kepada kontraktor tempatan.

    ReplyDelete
  21. Ekonomi Sipitang akan menghala ke depan juga.

    ReplyDelete
  22. Semoga projek ini mencapai 100% kejayaan. Good luck!

    ReplyDelete
  23. Ini baik untuk membawa perubahan dari segi kehidupan dan pendapatan.

    ReplyDelete
  24. projek ini akan menyumbang kepada pembangunan Sipitang, peluang ekonomi dan pekerjaan kepada rakyat tempatan.

    ReplyDelete