Search This Blog

Saturday, March 17, 2012

Isu Bangsa dan Agama Modal Kempen UMNO

Hj Amde Sidik

Kelihatannya modal kempen yang digunakan oleh pemimpin-pemimpin BN-UMNO terhadap Parti Maju Sabah–SAPP adalah tidak habis-habis mengaitkan isu perkauman Melayu dan agama.

Dengan slogan sedemikan  bagi UMNO akan mencerminkan bahawa parti SAPP tidak sepatutnya disertai oleh orang-orang Islam selain bukan kepunyaan orang-orang Melayu. Dalam kontek ini pula, pemimpin-pemimpin UMNO menghadapi masalah mendefinasikan bangsa Melayu sebab kekurangan bilangan orang-orang Melayu di Sabah. Orang orang Bajau, Kadayan, Brunai, Tidung  dan lain-lainnya secara terbuka mengatakan lebih senang dipanggil mengikut nama etnik mereka sendiri, bukannya sebagai bangsa Melayu.

Ada seperkara lagi yang mencerminkan hipokrasi pemimpin UMNO. Jika benar isu agama dan bangsa adalah merupakan tunjang perjuangan politik mereka, kenapa ada orang bukan beragama Islam dalam UMNO, seperti orang-orang Kadazan beragama kristian sehingga ada pula yang menjawat jawatan Ketua Bahagian. Saya berpendapat orang Kadazan dalam UMNO tentu merasa sesuatu yang ganjil apabila ikut serta melaung-laungkan slogan “Hidup Melayu” di Dewan Pusat Dagangan Dunia Putra. Tetapi mungkin juga tidak mengapa bagi mereka. Barangkali tidak apa sebab ada ganjaran, tempik pun tempiklah. Apa maruah, apa kebanggaan, berbaloi juga dikorbankan segala ada kedudukan dan wang ringgit yang disua, sementelaah pun berapa sangatlah harga dua tiga pasang kain songket dan songkok Melayu yang terpaksa dibeli untuk menghadiri perhimpunan.

Berbalik tentang parti SAPP, sebenarnya teras perjuangan parti ini tiada membangkitkan soal bangsa dan agama pun. Saya ambil contoh yang melampau. Jika dikatakanlah sebab parti cina, cuba  bandingkan sendiri di antara SAPP dengan UMNO, mana yang menonjolkan perkauman?

Di Malaysia ini kalau isu bangsa dan agama menjadi dasar untuk menentukan hidup atau mati, pastinya ramai rakyat akan kebulur tiada makan kerana tiada perkerjaan kerana ribuan syarikat yang ada bukan dimiliki oleh UMNO atau orang Islam. Jutaan orang-orang Islam, pakcik dan makcik pula tidak akan bergelar haji dan hajjah kalau semata-mata berkerja di syarikat kepunyaan orang Melayu dan UMNO.

UMNO atau bukan, tidak ubah keadaannya seperti semasa anda hendak menaiki pesawat kapal terbang. Sebelum masuk perlukah ditanya terlebih dahulu siapa yang menjadi pilot pesawat berkenaan. Kalau bukan Melayu atau orang Islam maka tidak boleh ikut, bukankah ini perbahasan gila?

Kebetulan parti SAPP diketuai oleh seorang berketurunan China, Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee. Entah esuk entah lusa parti ini diketuai oleh keturunan apa tidak menjadi masalah pun. Tiada larangan dalam perlembagaan parti SAPP mengenainya. Bukan seperti UMNO yang cuma mengkhaskan orang Melayu sebagai pemimpinnya. Sebab itu Timbalan Perdana Menteri mengatakan, “Melayu Didahulukan (Malay First)”. Perdana Menteri pula asyik mencanang cerita “1Malaysia” yang entah apa ertinya. Apa hendak jadi dengan slogan ini sebenarnya, sedangkan UMNO yang mereka pimpin asyik bercerita tentang Melayu dan agama masing-masing.

Hakikatnya parti SAPP mempunyai ramai pemimpin bumiputera Sabah samada yang beragama Islam dan bukan. Ini termasuk Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden dan ahli ahli Majlis Tertinggi parti. Mereka ini terdiri dari kumpulan professional dan cendikiawan tanpa keraguan tentang perjuangan mereka. Sebilangan besar daripadanya adalah muka-muka baru dalam arena politik, bukan seperti kebanyakan parti-parti pembangkang lain. Yang lain itu kebanyakannya yang diisi semula oleh pemimpin-pemimpin lapuk dan kitar semula yang dapat melukut semula kerana tiada orang lain yang hingin.

Muka-muka baru SAPP ini sentiasa berikrar dan memberi nafas baru dalam perjuangan parti, bukan sekadar mencanang retorik dalam politik Sabah. Mereka mempunyai aspirasi untuk mengubah corak kepemimpinan yang selama ini terlalu streotaip, mementingkan kebendaan dan meninggalkan serta membuat janji-janji yang tidak manasabah. Gabungan mereka dengan para pemimpin parti sedia ada kelihatan dapat membina kepercayaan daripada rakyat yang semakin sedar kewujudan SAPP sebagai parti tempatan yang boleh diharapkan dalam memperjuangkan hak-hak dan nasib mereka di dalam Negara ini.

45 comments:

  1. UMNO adalah parti yang memperalatkan ugama dan bangsa untuk memecah-belahkan rakyat Sabah.

    Semua rakyat Sabah hidup aman damai dan tiada masalah tentang ugama dan bangsa.

    Jangan ler kamu orang diperbodohkan oleh parti gila ini dari seberang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang ngam siakap tu.Kalo diSabah minoman dipanggil 'ping'...teh ping,kopi ping dll.Kalo bungus dipanggil 'tapao' terdengar tuturan direstoran makanan Islam.Apa susah sangat?

      Manusia dilahirkan bangsa dan turunan takdir bukan salah.Ajaran Islam atau agama lain pon bertujuan baik.

      Hanya sekumpulan saja diMalaysia dan UMNO sentiasa buat macam mereka suka berkaitkan isu bangsa dan agama Islam berketerlaluan berkali-kali.

      Buat apa kalo satu rangkaian diTV pon dah cukup tetapi biasa terlihat TV1 terus sampai TV3 dan TV7 semua dimuatkan program satu bangsa dan budaya.Bagilah sikit ruang untuk mencerminkan agama,bangsa atau budaya yang lain sebagai 1Malaysia,jika benar!Lagipon semua ni ditanggung daripada duit rakyat atau negara hasil cukai pendapatan semua rakyat,betulkah?

      Dah berapa tahun kita tidak nampak ubahan yang berkuasa kerajaan sekarang ni.Matai otak lembu masih ingat mereka ni yang paling pandai menguasai semua. ABUlah!

      Delete
  2. Yang saya tau hanya orang bodoh saja masuk SAPP.YTL pun tidak mendapat sokongan cina di Batu Sapi dan kalah teruk.Macam mana mau memimpin SAPP?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika bukan pengundi Pilak untuk UMNO, UMNO mimpi ler boleh menang walaupun satu kerusi di Sabah. Allahku tahu kerja dosa-dosa umno.

      Delete
  3. Yong ini musang tua. Sudah diberi banyak peluang memerintah Sabah tapi tidak digunakan untuk mempertahankan autonomi Sabah. Kini di luar kerajaan, kerana nak menang undi dan hidupkan karier politiknya dia asyik melaungkan autonomi pula. Hipokrit !!! STAR / Jeffrey pun tak ada beza langsung. Nampak ada peluang ambil satu dua kerusi, terus tubuhkan parti. Katak terbesar di Sabah nak mempertahankan autonomi Sabah ? Ini satu jenaka yang terbesar tahun 2012.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa kata Yong tidak pernah mempertahankan otonomi Sabah?

      Watch this video http://www.youtube.com/watch?v=LtBW4qzHuuQ

      Yong banyak tolong rakyat Sabah walaupun dia hanya jadi 2 tahun sebagai KM Sabah. Dia tidak suka publicity murah macam KM yang lain untuk siok sendiri.

      Kepada semua kaki pengampu parti malaya UMNO dan PR, kamu orang tunggulah balasan dari rakyat Sabah dalam PRU13 nie.

      Delete
    2. pada saya YTL mempergunakan SAPP untuk memenuhi agenda politik peribadinya sendiri..YTL sebenarnya adalah liabiliti kepada parti yang mana jika YTL disimpan lama-kelamaan parti akan kurang relevan..SAPP harus memilih muka baru untuk memimpin parti..itu pun jika SAPP ada political will untuk menyingkirkan YTL..

      Delete
    3. Memang betul Yong mampergunakan SAPP untuk memenuhi agenda politik peribadi beliau.

      Delete
  4. UMNO is very political savvy. But sadly our local opposition still can't even agree on basic seat sharing. They rather talk about Sabah for Sabahan and Sabah autonomy. Why not talk about BERSIH? If the electoral is not cleaned, whatever they talk now is pure waste of time. Don't too engrossed trying to aim how big of cake you wanna eat not knowing how can you lay your hand on the cake.

    ReplyDelete
    Replies
    1. True said. How clean the election will be is the determinant for their victory/losing in the election.

      Delete
  5. UMNO
    LAMBANGNYA-PUN
    KEGANASAN,,,

    PENINDAS
    AGAMA/BANGSA
    LAIN

    ReplyDelete
  6. politik dan agama harus dipisahkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. But to dismay, almost all things are being politicized.

      Delete
    2. Politicians need to be more professional. Manipulating such issues only show their desperation.

      Delete
    3. Agama tidak perlu di politikkn..

      Delete
  7. rakyat haruslah bijak menilai dan memilih...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya percaya rakyat tahu menilai semua tu

      Delete
  8. UMNO boleh cakap mengenai melayu sebab UMNO memang parti melayu..SAPP tidak boleh cakap SAPP parti cina sebab SAPP bukan parti cina kalau ikut perlembagaan parti..jadi perbezaan ini telah dieksploitasi untuk meraih sokongan dan undi..

    ReplyDelete
  9. yang pasti SAPP tiada peluang untuk menang di sabah pada pru13 nanti..

    ReplyDelete
  10. SAPP hanya akan mengulangi kekalahan seperti yang berlaku di Batu Sapi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. It should be a clear sign that the road will not be easy for them.

      Delete
  11. Kalau YTL anak jantan cuba berdiri sekali lagi di Batu Sapi pada GE13 untuk menebus malu.Cuba sekali lagi kalau SAPP berani.POODAH!

    Sekarang saya dengar YTL cuba cari kerusi selamat tapi silap nya semua tempat dia mau berdiri akan kecundang juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. YTL lebih baik jangan bertanding lagi, nanti seperti di Batu sapi..kalah terus.

      Delete
  12. Saya dengar YTL mau berdiri di Sepanggar.Ingat boleh menang?Ini kali undi YTL lebih teruk lagi daripada Batu Sapi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau mengundi di Sepanggar ke? Saya mengundi di Karambunai dan Sepanggar.Kau tahu macam YTL boleh kalah di Batu Sapi? Tanya lah BN UMNO macam cerita dia.Saya tahu sebab Jab Pendaftaran yang tahu dan setiap pengundi itu dapat RM 500. macam juga BRIM.

      Kau ini tidak tahu cerita.

      Delete
    2. Kalau sudah kalah macam-macam alasan.Kalau tidak boleh terima kekalahan jangan berpolitik atau satu cara lagi dalam p/raya akan datang berdiri sekali lagi di Batu Sapi dan tengok kalau boleh menang.Rakyat sudah 'reject' maseh mau cakap temberang.Palui!

      Delete
    3. YTL di mana2 pun akan kalah, dia tak sedar dirinya tak laku lagi.

      Delete
    4. Kenapa pula kamu bergaduh sebab kerna YTL saja. Haha lucu la kamu nie. Kamu sakit hati, last2 kena sakit jantung kamu....

      Delete
    5. Macam2 cerita timbul, biasa lah kalau sudah kalah ada saja yang tidak puas hati.

      Delete
  13. Ayoh, belum lagi PRU-13 banyak sudah takut YTL bertanding. Kenapa ini?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, betul, apa mau takut...kita pakat ramai-ramai kita undi parti STAR!!!! SAPPI dan PR kita buang parit!!!

      Delete
  14. Kamu org sabah sokong umngok memang bodoh....diperbodohkan org malaya...

    ReplyDelete
  15. KitA jangan lagi diperbodohkan oleh orang malaya dan SAPPI!!!!

    ReplyDelete
  16. UMNO=RACIST=PATAI=Kerajaan Haram!

    Local Party Sabah =BODOH! Tidak bijak mengatur srategi untuk mengalahkan UMNOBN. Asyik bergaduh dan buruk-memburuk. Siapa mahu pemimpin yg tidak bersatu!

    ReplyDelete
  17. apa
    saja
    asalkan
    bukan
    umno..

    ReplyDelete
  18. SAPP boleh!!! Sabah untuk orang Sabah!!!

    ReplyDelete
  19. Inikali lah UMNO akan sakit,macam juga Datuk Haji Jumat Idris dan ADUN Karambunai.

    S Balau

    ReplyDelete
  20. tak perlulah nak main isu agama dan bangsa dalam politik. rakyat tau juga memilih mana yang terbaik.

    ReplyDelete
  21. Betul UMNO tidak sepatutnya berada di Sabah. lagipun tidak ada sebab mengapa UMNO harus berada di Sabah. Melainkan laungan mereka itu di tukar kepada hidup rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  22. Tapi jika rakyat bukan melayu memilih untuk menyertai UMNO, tidak ada apa yang dapat kita lakukan untuk menghalang mereka. Masing2 ada alasan untuk menyertai parti yang mereka inginkan.

    ReplyDelete
  23. UMNo adalah parti untuk pendatang haram di Sabah.

    Sedar ler bumiputra tulin Sabah.

    ReplyDelete
  24. Kita sudah sedia maklum yang mana BN adalah untuk semua parti. Apa guna Kerajaan memberikan slogan 1 Malaysia kepada rakyatnya. Maka SAPP tidak perlulah memutarbelitkan mengenai sokongan bebilang kaum kepada BN.

    ReplyDelete