Search This Blog

Saturday, March 31, 2012

Pujian melulu Pairin kepada Musa dan kerajaan UMNO mengganggu nurani Orang Asal Sabah

Oleh Daniel John Jambun

KOTA KINABALU : Saya amat terkejut membaca laporan akhbar hari ini menyatakan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan memuji-muji dan mengangkat kempimpinan Ketua Menteri Musa Aman sebagai seseorang yang amat prihatin kepada rakyat Sabah.

Tidakkah Huguan Siou Kadazandusun itu sedar pujiannya adalah janggal sekali sebab di bawah pimpinan Musa dari UMNO lah, masyarakat Kadazandusun dan juga Orang Asal lain semakin terhimpit di bumi sendiri?

Bagaimanakah Pairin mengangkat Musa sedangkan ketika pemerintahannya rakyat Sabah terus merempat sebagai yang paling miskin di Malaysia? Ini laporan Bank Dunia yang menyatakan demikian !

Tidakkah Presiden PBS itu menyedari di bawah kerajaan ini, masyarakat Kadazandusun rata-rata merasa tertindas kerana merekalah sekarang golongan termiskin di Sabah ! Bilakah orang Kadazandusun banyak kehilangan hak mereka termasuk tanah-tanah adat (NCR)? Bukankah di bawah kerajaan yang dipimpin Musa ?

Tahukah Pairin dan PBS puluhan ribu belia Kadazandusun berada di Lembah Kelang, Pulau Pinang dan Johor mencari dan bekerja di pelbagai sektor kerana mereka tidak mendapat pekerjaan di Sabah? Ramai mereka ini layak menjadi anggota polis dan guru misalnya tetapi Pairin tidak tahu anak-anak muda dari Semenanjung pula diberi kerja ini di Sabah !

Bagaimana pula dengan pendatang haram? Bagaimana dengan IC palsu ? Pengundi palsu? Tidakkah terdetik di hati Pairin semua isu ini, sehingga memuji melangit Musa yang tidak nampak menyelesaikan isu-isu yang telah menghantui rakyat Sabah.

Cukup memalukan diri sendiri tetapi inilah hakikatnya bila pemimpin terhutang budi dan seolah-olah meletakkan kedudukan sendiri lebih daripada perasaan rakyat jelata sendiri.

Apa yang berlaku ini umpama mimpi yang kita tidak terbayangkan akan berlaku tetapi kini sudah berlaku. Pairin antara lain memuji Musa sebagai "tidak dapat dinafikan lagi beliau seorang ketua menteri yang amat prihatin (caring)..." pada pelancaran sebuah buku mengenai Musa oleh Yang di-Pertua Negeri hari ini.

Daniel John Jambun is Deputy Chairman, STAR Sabah

85 comments:

  1. I just finished re-reading the book "PBS Keluar Membela Maruah" written by Khusairie Talib. I am very proud of PBS then, it has the spirit and tenacity of a political party that fights for the rights of Sabahans. But not anymore. Now PBS has lost its fighting spirit. And I am very sad. I don't want to vote PBS anymore!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pati Bersatu Sabah or Sabah United Party names are not even relevant anymore. It should not be a top leader praised the party from outside where can only suck the economic resources belonging to Sabah to be distributed to other states for their wealth. Sedarkanlah them quickly. Unconscious chief minister of Sabah. They have been diverted away from the path of the people of Sabah plight. Sabah people in poverty have deteriorated considerably. Poverty has long been neglected despite decades of ruling this country. Wake up, O leader of Sabah. Wake up people of Sabah. Change your life destiny. Select the new government is more capable of driving Sabah to greater heights.

      Delete
    2. nama Parti Bersatu Sabah juga sudah tidak releven lagi. Adalah tidak sepatutnya seorang pemimpin teratas parti ini memuji parti dari luar yang hanya pandai menghisap sumber ekonomi kepunyaan Sabah untuk diagihkan ke negeri lain untuk kekayaan mereka. Sedarkanlah mereka segera. Sedarkan ketua menteri sabah. Mereka sudah terpesong jauh dari landasan membela nasib rakyat sabah. Rakyat sabah semakin tenat dalam kemiskinan. Kemiskinan yang tidak terbela walaupun sudah lama memerintah negeri ini berpuluh tahun. Bangun wahai pemimpin Sabah. Bangun rakyat Sabah. Ubah nasib hidupmu. Pilih kerajaan baru yang lebih mampu memandu sabah kepada yang lebih cemerlang.

      Delete
    3. haiyaa...kalau rakyat sabah sudah melepasi keluar dari kepompong kemiskinan secara total barulah boleh puji maaa...
      Kalau sumber ekonomi Sabah dapat ditadbir dengan cekap dan hasilnya ketara dapat dinikmati oleh rakyat Sabah barulah boleh puji maaa...
      Kalau rakyat Sabah sudah banyak dapat kerja dan dapat kurangkan kadar pengangguran barulah boleh puji maaa...
      Kalau rakyat Sabah sudah ada rumah sendiri barulah boleh puji maaa..
      Kalau jalan raya sudah bagus keseluruhan di seluruh negeri barulah boleh puji maaa...
      SKT KPI pun belum boleh capai untuk seorang Ketua Menteri..macamana boleh puji murahan punya pujian...Rakyat lah yang boleh menilai sejauh mana kemampuan ketua Menteri sekarang.
      Sabah masih jauh 20 tahun di belakang. Bermakna Ketua Menteri belum boleh diberi pujian. Dato Pairin punya pujian tiada makna untuk rakyat tapi ada kepentingan untuk dia sendiri.

      Delete
    4. GUD MORNING N APRIL FOOL 2 EVERYBODY ......STAR n gabungan parti yg lain sudah sampai ke kemuncak nya untuk menolak PBS pada pru13 ... ini d sebabkan pairin tidak lagi d pandang sebagai HUGUON SIOU . Kalau d penampang , apalagi d pedalaman mengatakan dia tidak lagi memperjuangkan hak rakyat sabah , tidak seperti dulu .Pengaruh PBS sekarang telah beralih kepada STAR . PBS sekarang dalam dilema jd pairin tidak peduli lagi pada rakyat sabah . maka sudah sampai masa nya untuk STAR n gabungan MERADU n MELANGGAR PBS .....

      Delete
    5. Siapa pun yang akan memerintah Sabah nanti pastikan dia pun tabiat tidak sama macam tabiat pemimpin Sabah sekarang. Semua perasan dia sudah buat yang terbaik. Padahal rakyat boleh menilai keadaan sebenar negeri. Apa yang dibanggakan sangat? Jalan raya di Ulu Kukut Kota Belud yang menjadi penghubung KK dengan daerah2 di utara Sabah. Jarak yang paling teruk rosak ialah 4km dan 7km lebih keseluruhan rosak. Ini bukan rosak ini tahun tetapi sudah beberapa penggal yang lepas. ADUN Tg Kapor ada 'remind' ini perkara tetapi tiada jawapan yang positif. Kerosakan kereta yg dialami oleh pengguna2 sudah pasti memakan kos yang banyak dan berulang utk menyelenggara dan membaiki keadaan roda, 'alignment' dsb. Adakah KM Sabah masih senang duduk, nyenyak tidur kenyang klu makan? Kalau pemimpin sebenar dan terbaik, dia akan berusaha sudah lama awal penggal lalu dan sendiri datang rasa keadaan jalan raya di sana. Jangan hanya berkata di radio yang macam masuk bakul angkat sendiri. HUGUON SIOU Datuk Pairin kena bertempat kalau memuji. Turun sendiri di kawasan sana baru boleh bagi markah KPI,SKT dan pujian untuk bos Datuk Pairin itu.

      Delete
    6. Sabah memang sudah miskin sebelum Musa mengambil ahli jawatan CM, beliau yang telah membangunkan Sabah dan memperbaiki ekonomi Sabah. Barisan kabinet kerajaan negeri juga berusaha mencapai objektif2 yang telah ditetapkan. Segala kelemahan dan kepincangan yang ada masih boleh diperbaiki.

      Delete
    7. Mana ada kerajaan yang sempurna. Manusia pun tidak sempurna. Mahu expect lagi semua perfect 100%? Alahai. Kalau tidak puas hati dengan kerajaan sekarang, buatlah apa yang patut pada PRU13. Seandainya kerajaan baru lagi teruk, tunggu empat tahun lagi baru dapat tukar.

      Delete
    8. Buat masa ini memang tiada kerajaan yg sempurna, manusia jg tiada yg sempurna. Cuma nasib dan takdir boleh diubah dengan usaha dan kerja yang telus, sungguh-sungguh, mengutamakan kebajikan rakyat, mengatur sumber pendapatan negeri dengan cekap, telus, amanah dan jujur dsb. Semua pemimpin dan walau apa jua kerajaan bersikap begini, pasti akan sekurang-kurangnya meminimumkan kemiskinan, mengimbangkan pertumbuhan antara daerah dan antara bandar dan luar bandar dsb. Buat masa ini pertumbuhan antara daerah tidak sama rata. Lebih tertumpu kepada bandar dan pinggir bandar. Sepenggal dan beberapa penggal lepas sampai kini, siapa perasan hanya kawasan bandar dan pinggir bandar giat dimajukan. Jauh nun di sana makin terpinggir. Menjelajah lah ke seluruh negeri dengan kereta sendiri dengan mata dan akal sendiri. Pasti terdetik di hati sesuatu ketidak adilan dan perlahannya pentabiran negeri kita mengurus negeri. Kasihan...

      Delete
    9. So is it bothering you anyhow?

      Delete
    10. hancue..jangan hancurkan keadaan. Fahami apa maksud diorang.

      Delete
  2. Parti selain BN,gerakanlah semangat dan pemikiran rakyat Sabah sama ada di bandar2 mahupun di pendalaman agar terbuka hati dan fikiran untuk menilai kepincangan yang telah dibuat oleh parti BN di bawah kepimpinan Ketua Menteri Sabah. Pemimpin Sabah telah tidak buat yang terbaik untuk Sabah. Pembangunan tidak seimbang. Rakyat dihujung2 negeri masih merana. Pemimpin atasan tidak pernah turun tengok sendiri kesempitan hidup yang dialami oleh rakyat Sabah. Disebabkan rakyat Sabah sendiri kurang maklumat yg sebenar maka mereka terus membuta tuli memilih pemimpin yg tidak prihatin ini. So please..do something to wake up our people of Sabah. Kerja keras perlu dimulakan sudah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sekiranya ada parti pembangkang Sabah yang layak, pasti akan dapat mengubah pemerintahan Sabah. Tapi kalau setakat menubuhkan parti politik sebagai pembangkang tapi hanya setakat tu saja pencapaian, mungkin kena tunggu lagi la bebrapa tahun lagi.

      Delete
    2. Hasrat untuk tumbangkan BN hanya akan tinggal angan2 selagi tidak dapat cari jalan penyelesaian agar PRU13 ini jadi 'satu lawan satu'.

      Delete
    3. Sekarang musim semua hanya kuat berpolitik tapi tidak tahu bekerja untuk rakyat. Biar kerajaan jalankan dahulu rancangannya sampai masa PRU13 ini. Kalau tidak dapat capai, pilih pula parti lain untuk tabdir urus harta dan kekayaan negeri. Moga kerajaan baru mampu buat yang terbaik. Pengalaman telah mengajar kita semua. Yang tidak baik, elok disingkirkan sahaja. Negara demokrasi, tukar2 kerajaan adalah perkara biasa.

      Delete
    4. Jangan lah banding2 kan siapa yang paling hebat dan siapa yang bukan.

      Delete
    5. biarlah rakyat sendiri yang membuat penilaian mereka sendiri.

      Delete
    6. Why have to accuse Pairin?

      Delete
  3. Daniel John, saya pasti. Saudara juga akan mengatakan JK la yang paling prihatin dan mengambil berat terhadap keadaan Sabah dan rakyat Sabah. Biar pun saya mennyatakan bahawa JK hanya mahu mencapai agenda sendiri untuk menjadi CM Sabah. Tapi JK melalui star, tidak mungkin dapat menandingi BN. Dengan keadaan pembangkang sekarang tidak mungkin dapat kalahkan BN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biarlah ada pembangkang yang kuat dalam DUN Sabah. Sekurang-kurangnya dapat mengimbangi kuasa, keputusan dan tindakan Kerajaan Sabah. Kita semua sama-sama orang Sabah. Apa mahu gaduh2. Sama-samalah menabur jasa dan bakti untuk rakyat dan negeri. Pemimpin Sabah sama ada dari pihak kerajaan mahu pun pembangkang mesti satu hati dan satu fikir membaiki keadaan Sabah yang masih jauh mundur.

      Delete
    2. Masing2 mahu jadi hero. Tapi tiada guna kalau menang cakap saja. Kita mahu tengok bukti iaitu janji yang mampu dikotakan.

      Delete
    3. Kerajaan di bwh CM sekarang sudah berusaha sedaya upaya untuk majukan negeri dan baiki ekonomi Sabah. Untuk 1 penggal yg kira masih singkat ini, tidak ketara perubahannya. Bagi kerajaan peluang meneruskan agenda memajukan negeri walaupun terasa perlahannya...hehehee. Berapa penggal atau berapa tahun sudah CM, Musa Aman menerajui pentadbiran Sabah? dan berapa lama sudah kerajaan BN mengambil alih kerajaan Sabah? Sabah di level mana sudah antara negeri2 di Malaysia?ada yg boleh jawab?

      Delete
    4. Daniel John pasti mau puji dia punya ketua sendiri bah itu.

      Delete
    5. From what I have read earlier on, the oppositions are master in talking and persuading people to change yet they don't know what's the big thing to have us in mind.

      Delete
    6. Sea,

      You have to understand and study what the people wants,actually is not the oppositions but the peoples bah.

      Delete
    7. di semananjung bn sudah mau mampus, d sabah.....ini kali lah!!!!!

      Delete
  4. Rome wasn't built in a day. Same goes to Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabah may not be the richest state in malaysia but we can see sabah has developed a lot.

      Delete
    2. It is just matter of time Sabah will be known as the richest state in malaysia.

      Delete
    3. Usaha sama-sama untuk memperkembangkan industri yang tinggi potensi di Sabah yang boleh menggalak pendapatan yang berterusan.

      Delete
    4. semua harus bekerjasama untuk menjadikan Sabah lebih maju.

      Delete
    5. Don't be too emotional. We have to be realistic.

      Delete
    6. Saya rasakan..klu ada perkara yg sudah rasa tidak puas hati mesti ada juga yg emotional jg bah dan memang realistic lah juga. Sama-samalah kita memahami apa yg dikomen oleh pengomen2 ini. Something that important lah tu. Kita sudah sama-sama risau dgn kemajuan Sabah yg sudah tidak laju dan tidak sama rata. Sebab itu ada teguran dan beremosi. Sbnrnya utk kebaikan kerajaan dan rakyat Sabah juga.

      Delete
    7. If BN win the coming election Sabah sure go bankrupt!

      Delete
  5. Banding dengan negeri di semenanjung spt Melaka, Perlis, Negeri Sembilan. Klu mau disenaraikan sumber pendapatan negeri2 tu, Sabah lebih banyak sumber bukan. Kenapa negeri dioarang lebih ke hadapan dari Sabah? Ada yang boleh jawab?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sabah indeed not only like these, its should be more develop than before.

      Delete
    2. Negeri Sembilan is really a well developed state? Think again.

      Delete
    3. Negeri 9 bukanlah negeri yg membangun dgn pesatnya. Sebab dia pun mana ada sumber pendapatan yg banyak seperti Sabah kan. Dia kan juga di bawah kerajaan BN...Sabah lagi maju dari dia.

      Delete
    4. Negeri Sembilan is more developed than Sabah since most Samsung latest 3D LCD tv and computer screens were manufactured there & exported to Asia Pacific nations including Australia.

      Most Coca-cola branded drinks we have today also come from Negeri Sembilan.

      Sabah...oil,gas,palm oil,orang utan...same old industry for the past 50 years. No new industry = No development = No jobs

      Delete
    5. Simple answer,vote for PR this coming election!

      Delete
  6. sebelum Musa memerintah, Sabah mmg dah miskin, tapi sejak dia memerintah, Sabah makin maju dan kini Sabah bukan lagi negeri termiskin. ini satu pencapaian baik untuk Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..sekarang ini Sabah sudah menjadi lebih membangun berbanding dahulu.

      Delete
    2. Yeah but not all of the people see it.

      Delete
    3. Kalau begitu siapa yangtermiskin.Setau saya masih Sabah.

      Delete
  7. selain itu, byk juga projek pembangunan dijalankan di Sabah seperti SDC, projek Samur di Sipitang dan SOGT di Kimanis, projek ini memberi manfaat kepada Sabah dari segi peluang pekerjaan dan pembangunan infrastruktur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. projek-projek mega yang dirancang di Sabah dijangkakan akan memberikan manfaat ekonomi yang besar kepada Sabah.

      Delete
    2. Banyak pekerjaan yang telah disediakan.RM242 juta untuk pembangunan infrastruktur di Sabah.

      Delete
    3. Syabas kerajaan Sabah..moga pojek itu akan menjadi sebab penyelesai masalah kemunduran di tempat2 tersebut. Moga dapat iktiar lagi di daerah2 lain. Harap bermulalah era kemajuan Sabah. Parti pembangkang boleh tegur kerajaan tpi jangan lah menjatuhkan. Bila sama2 jatuh menjatuhkan, rakyat juga yg akan rugi.

      Delete
    4. Masaalah nya tidak seorang pun penganggur di sabah yang dapat kerja.Jadi siapayang dapat itu kerja yang begitu banyak hasi daripada RM242 juta.

      Delete
  8. pada tahun ini juga, Sabah menerima peruntukan terbesar lebih 4 billion, dgn peruntukan ini pastiui pembangunan di Sabah dpt dilakukan dgn lebih pesat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mr. Law..berada di atas kerusi pucuk pimpinan sabah merupakan satu ujian. Sesiapa pun yg duduk di sana akan ada sahaja cabaran datang bertalu-talu. Menerima peruntukan terbanyak lebih 4billion adalah juga satu cabaran dan ujian. Sama ada berjaya mengagihkan peruntukan untuk membaiki keadaan luar bandar, pendalaman dsb atau balik2 tempat yang sama juga dapat peruntukan. Kita tunggu dan lihat di mana peruntukan itu disalurkan dan dapatkan laporan daripada audit nanti.

      Delete
    2. semoga peruntukan besar yang diberikan digunakan dengan sebaiknya dan dapat membangunkan negeri ini.

      Delete
    3. The State Cabinet has passed on 3 bills.

      Delete
    4. bha...harap2 jln d ulu kukut tu blh siap repair lahh.....byk2 budget klu jln tu dr dlu smpi skg sma ja...bt pa...d bandar2 ja yg mo d kasi cantik bt pa...

      Delete
  9. There is no such thing as the perfect government. Even if the opposition does become the government, there will still be problems.

    ReplyDelete
  10. Pemimpin harus memantau perkembangan projek supaya mencapai kejayaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul juga kata Shinia, sering dapati banyak projek gagal sebab tidak memantau perkembangannya.

      Delete
    2. setuju shinia, pemantauan harus sentiasa dibuat agar semua projek yang dirancangan mencapai matlamatnya.

      Delete
    3. I certainly agree. Supervision and monitoring are essential to ensure everything is according to plan.

      Delete
    4. Setuju dgn Shinia, projek yg sudah siap mesti dipantau terlebih dahulu oleh kerajaan sebelum pembayaran dibuat. Itu pun jika kerajaan setuju memantau. Byk nya projek kerajaan yg telah dibuat di kampung2 dan pendalaman tetapi sana sini kecacatan. Contoh makmal2 komputer di sekolah2 di Sabah. Ianya sgt meneyedihkan. Makmal komputer dibina tetapi kondisi lantai tidak baik dan komputer pula tidak dibekalkan. Projek apa ini?!!! Agenda kerajaan tidak sampai sebenarnya. Kasihan anak2 desa masih jauh ketinggalan. Kerajaan pula suka puji diri sendiri yang dia sudah buat yang terbaik. Turunlah dari pejabat2 tuan yang berhawa dingin tuuuu...rasai kesusahan rakyat.

      Delete
  11. Cam mana kerajaan buat pun tidak mungkin semua orang boleh terima.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Never give up. The best is yet to come.

      Delete
  12. Ada juga yang bersyukur dengan usaha Musa terhadap perkembangan di Sabah ada juga tidak. Terpulang kepada individu untuk menilaikannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terserahlah kepada setiap rakyat untuk menilai apa yang terbaik untuk mereka.

      Delete
    2. However, we really to convince them that we are the best.

      Delete
    3. Itu semestinya..Siapa2 pun yg memerintah, bila dia buat yg memuaskan hati rakyat maka akan dipuji tetapi sebaliknya adalah sebaliknya juga yang ia akan dapat.

      Delete
  13. The government can't fulfill everyone, good or bad only the people know. Lets vote wisely for these coming election.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Indeed but somehow the people need to be educated.

      Delete
    2. Turun padang..

      Delete
  14. UMNO harus membaiki kelemahan masing-masing sebelum rakyat semakin tidak puas hati dengan cara pentadbirannya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kelemahan adalah titik tolak kepada kejatuhan.

      Delete
    2. ya UMNO harus baiki kelemahan segera. Jika tidak berjaya, UMNO bukanlah pembela bangsa lagi. Berapa lama sudah UMNO masuk ke Sabah tetapi perubahan tidak ketara ke atas bumiputera Sabah walaupun ianya parti Melayu..Mungkin utk Melayu di semenanjung saja kali. Sebaliknya mereka yg menjawat jawatan penting dlm UMNO sahaja yg ada perubahan. Sama2 kita perhatikan dan beri penilaian ke atas orang penting2 UMNO di tempat masing2.

      Delete
  15. Musa harus membaiki lagi prestasi supaya rakyat masih boleh memberi sokongan di PRU akan datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Datuk Musa sudah mula ditegur, bermakna Datuk Musa kena periksa pentadbiran dan pengurusan ke atas negeri Sabah.Apa yg belum terbuat dalam perkara2 yg dijanjikan harus diberi perhatian segera. Mohon Datuk Musa merangka jadual setahun untuk meluangkan masa melawat daerah2 jauh dari KK, kampung2 sehingga di pendalaman.Jadikan ia sebagai lawatan wajib setiap tahun. Rakyat akan senang hati dengan lawatan tuan. Terima kasih.

      Delete
  16. Perkembangan di kawasan perkampungan masih kurang, harus juga kerajaan menumpu perhatian agar keseimbangan ekonomi dapat dijamin.

    ReplyDelete
  17. Government is constantly making efforts to ensure the people in this country live in happiness

    ReplyDelete
  18. semoga Sabah akan menjadi lebih membangun lagi..

    ReplyDelete
  19. Adakah semua masalah yang berlaku di Sabah semuanya berpunca dari MA??

    ReplyDelete
  20. MA is the chief minister and head of the task force that gives IC to PTI!!!

    ReplyDelete
  21. Mengganggu orang asal Sabah atau pun Pembangkang terasa tergugat untuk menang akan datang.

    ReplyDelete
  22. Usaha kerjasama antara pemimpin sendiri sememangnya perlu. Memuji antara satu sama lain bermakna mereka setuju dengan usaha yang dilakukan dalam satu party. Jadi apa yang Pairin katakan rasanya tidak ada salahnya. Mungkin inilah yang boleh mengukuhkan dan memperkuatkan lagi hubungan antara pemimpin BN. Tidak perlulah peduli dengan kata-kata pembangkang yang hanya tahu berkata-kata kosong untuk menjatuhkan orang lain. Mengenai KDM rasanya sejak dulu lagi perkara ini berlaku dan bukannya semasa Datuk Musa tapi semasa pemimpin lain seperti SAPP pun mereka ini tidak terbela. Sekarang mahu salahkan BN pula lagi. Kita tidak patut menunding jari kearah orang lain kalau sendiri pun melakukan kesilapan yang sama.

    Yang pasti niat Pairin adalah baik dan sengaja diputar belitkan oleh pihat tertentu. Kerana perasaan tidak senang dengan kebaikkan yang terjalin antara dua pihak ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mr.Rajul, klu didgr baik2 stiap bangkangan pembangkang, mesti ada sesuatu yg boleh menjadiknnya positif utk kerajaaan dlm mtadbir negri utk rkyat jelata. Ibarat rumah mereng, org dlm tidak tau rumahnya mereng tetapi org yg berada dluar yg akn nmpk dan tahu. Klu ia didiamkan pasti rumah kian mereng dan roboh tp klu org luar itu tgur dan ingatkan maka cpt2lah betulkan. Kan jd positif tuuu..jd brterima kasihlah jg dgn pembangkang di ats semua tguran.

      Delete
  23. sebelum Musa Aman mengambil alih jawatan ketua menteri Sabah, semua rakyat Sabah kaya2 ka?? negeri Sabah paling maju di Malaysia ka??

    ReplyDelete