Search This Blog

Monday, March 26, 2012

Rasuah di Pelabuhan Sepanggar?



WAYANG.......Lima kontena yang membawa beras wangi Vietnam seludup ditahan di Pelabuhan Sabah, Sepanggar hanya wayang pihak Kastam untuk mengaburi mata pihak berkuasa lain untuk menyelamatkan puluhan kontena lain yang bernilai tinggi.

Saudara Pengarang.

KAMI mendesak Pegawai SPRM dan Polis Marin menjalankan operasi pengawasan di pelabuhan Sepanggar Kota Kinabalu, Sandakan, Tawau dan Kudat termasuk Gudang Berlesen mengimport Rokok dan minuman keras.

Sebagai pembayar cukai dan juga pekerja di pelabuhan tersebut, Kami amat kecewa kerana setiap bulan berpuluh kontena minuman carlsberg dan tiger Singapura ditarik keluar dari pelabuhan Kota Kinabalu dengan bantuan Pegawai Kanan Kastam; tidak termasuk barang yang bercukai tinggi seperti Jubin, Alat Elektrik, Beras, Daging Beku dan Sayap Ayam tanpa permit dan sijil halal. Sindiket ini mengisytiharkan barangan yang tidak ada duti dari Singapura atau luar negara dan tarik keluar dari pelabuhan.

Di Sarawak seperti Miri, Sibu, Kuching dan Bintulu lagi hebat kerana Pegawai Atasan Kastam di ibu pejabat yang bersubahat dengan sindiket penyeludupan membawa masuk rokok, mercun, minuman keras dan sayap ayam tanpa permit ke Sarawak sejak bertahun lamanya.

Cuba anda ke Miri dan Sibu. RM10 anda boleh dapat 3 tin bir dan RM2 sebungkus rokok. Di Limbang pun ada Lesen Duty Free Shop seperti Langkawi. Kami rasa ramai rakyat Malaysia pun tidak tahu Limbang pun ada kedai bebas cukai seperti Labuan. Siapa yang beri lesen tersebut? Bukankah Kastam Ibu Pejabat yang sokong atas restu Ketua Pengarah Kastam yang berasal dari Sarawak.

Untuk makluman pegawai Polis Marin dan SPRM, barang yang diimport untuk 'Transhipment' ke Indonesia atau Filipina hanya mainan Pegawai Atasan Kastam untuk membodohkan pihak berkuasa yang lain.

Setiap bulan, berpuluh kontena carlsberg dan tiger bir dari Singapura ditarik keluar dari pelabuhan Kota Kinabalu, tidak termasuk Beras dan Sayap Ayam tanpa permit.

Di Sarawak, bukan lagi puluhan biji kontena, tetapi ratusan biji sebulan. Kami berharap Pasukan APPM dan SPRM Sarawak juga menjalankan operasi pengawasan di pelabuhan Bintulu, Sibu dan Miri.

Kami berharap pegawai APPM, Pasukan Marin Polis dan Pegawai SPRM dapat membanteras kegiatan penyeludupan kontena masuk melalui pintu besar di semua pelabuhan Sabah dan Sarawak kerana KDRM boleh dikatakan 'Harapkan Pagar, pagar makan padi.

Kami difahamkan sebiji kontena yang ditarik keluar dari pelabuhan Kota Kinabalu, Sandakan dan Kudat dikehendaki bayar pada Kastam Raja DiMalaysia sebanyak RM18.000 hingga RM22,000 untuk minuman bir seperti carlsberg dan tiger. Rokok dan barangan bercukai tinggi lain dikenakan caj berasingan bagi setiap kontena.

Di Sabah hanya 5 hingga 7 sindiket yang boleh tarik kontena keluar dari pelabuhan dan 'Bonded Warehouse'. Sindiket yang boleh menjalankan kegiatan tersebut bukan calang palang punya kaki. Siapa yang dalangi semua kegiatan tersebut di pintu besar pelabuhan di Sabah dan Sarawak? Di pelabuhan Port Klang pun sama juga sehingga kereta curi pun dapat seludup keluar dari Malaysia.

Kami rasa pintu Pelabuhan di seluruh Malaysia terlalu bolos dan menggesa kerajaan harus ikut rasmi PDRM yang meminta bantuan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) atau JPAM jaga supaya Pegawai Atasan Kastam tidak dapat bersubahat dengan sindiket haram ini.

Mulai dari sekarang kami harap pasukan Marin Polis dan SPRM akan bertindak kerana berkemungkinan sekarang sudah banyak kontena bersusun di pelabuhan Kota Kinabalu dan Sandakan untuk tunggu perluang tarik keluar. Dokumen 'transhipment' hanya mengelirukan pihak berkuasa yang lain.

Salam Hormat.
Kuli Jeti Sabah Port.

29 comments:

  1. "Kami rasa pintu Pelabuhan di seluruh Malaysia terlalu bolos dan menggesa kerajaan harus ikut rasmi PDRM yang meminta bantuan Ikatan Relawan Rakyat (RELA) atau JPAM jaga supaya Pegawai Atasan Kastam tidak dapat bersubahat dengan sindiket haram ini."

    Ini isu yang serius. Jika benar apa yang dilaporkan, ia amat mengecewakan. Sepatutnya amanah dan tugas yang diberikan dijalankan dengan penuh tanggungjawab. Exam SPA punyalah susah, tapi pegawai atasan suka hati main rasuah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Exam SPA punyalah susah, tapi pegawai atasan suka hati main rasuah?

      I like your statement. Exam punya susah mahu lulus, tapi bila dapat kerja hal mcm ni pula yang berlaku. alahai..

      Delete
    2. These officers doesn't deserve to have this job. When there are many failed applicant wishing they could get their job, these officers took their job for granted by getting involved in corruption.

      Delete
    3. Sendiri mahu ingatlah. Kalau sekarang mereka lupa diri dengan cara kemewahan yang mereka miliki, besok2 ketulahan baru tahu..menyesal pun tiada guna.

      Delete
    4. Kalau pihak berkuasa yang diharapkan pun bersikap seperti ini, dengan siapa lagi diharapkan untuk membuat operasi pengawasan di pelabuhan2?

      Delete
  2. Many people nowadays become slaves for money.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu. Harga dan maruah diri sanggup dikedai hanya kerana mahu merasa 'syurga duit'. huhu

      Delete
    2. They are too greedy, never get greedy or else you'll end up penniless.

      Delete
    3. Orang tamak selalu rugi. Tapi dalam kes rasuah, orang tamak selalu untung pula.

      Delete
    4. Untung sementara saja.suatu masa nanti pasti akan rugi juga.kebaikan akan sentiasa mengatasi kejahatan.

      Delete
  3. Semoga kisah sebenar dapat dibongkar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti dibongkarkan, jika tidak siaplah kita

      Delete
    2. Jangan biarkan 'ikan besar' terlepas. Dapatkan bukti sebanyak mungkin.

      Delete
  4. Klaau dakwaan ini betul, memang dorang buat wayang!!

    ReplyDelete
  5. Siasat dakwaan ini dan pastikan perkara sebenar dapat dibongkar.

    ReplyDelete
  6. Sementara itu kita tunggu dulu hasil siasatan mengenai hal ini. Jangan terlalu cepat membuat kesimpulan.

    ReplyDelete
  7. kegiatan rasuah kena dibanteras hingga ke akar umbi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah untuk menghapuskan kegiatan ini, negara kita memang popular dengan sikap ini. tak dapat berubah dah.

      Delete
  8. Memang kurang ajar mereka ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua kerana duit, boleh musnahkan sendiri.

      Delete
  9. Anyone who is involved in corruption must be punished heavily and not let them off the hook easily.

    ReplyDelete
  10. Kes Rasuah ini sememangnya perlu ditangani. SPRM memainkan peranan dalam laporan yang diberikan kepada mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pihak SPRM ada mengatakan bahawa laporan2 mengenai kes rasuah banyak mereka terima tetapi bukan semua dapat dibawa ke pengadilan kerana tidak cukup bukti. Lagipun ramai yang tidak memberikan kerjasama yang sepenuhnya ketika membuat siasatan.

      Delete
  11. Jangan kerana duit kita sanggup melakukan kesalahan yang bakal merugikan kita pada akan datang.

    ReplyDelete
  12. rasuah ada di mana2 kita harus mengembleng tenaga untuk memeranginya.

    ReplyDelete
  13. pastikan anda bebas dari terlibat dengan rasuah.

    ReplyDelete
  14. Sentiasalah bersikap amanah dan jauhi rasuah.

    ReplyDelete
  15. Jangan bertolak ansur dengan rasuah yang kecil sekalipun.

    ReplyDelete
  16. buat la laporan rasmi terus kepada SPRM.. silap2 siasatan belum dijalankan, tapi semua bukti2 telah dilupuskan

    ReplyDelete