Search This Blog

Monday, April 16, 2012

Dilemma penduduk Kg Air terbiar dan disisihkan

Dewasa ini kita sering mendengar banyak masalah yang timbul di perkampungan yang terletak dipersisiran pantai atau lebih dikenali sebagai Kg. Air. Mengambil contoh beberapa perkampungan atas air ialah seperti kawasan Kg. Air Sembulan, Pulau Gaya, Pulau Sepanggar, Tanjung Aru dan banyak lagi.

Apa yang menyedihkan keadaan kampung air ini amat daif dan sering kali dipandang serong dengan pelbagai tomahan. Baru-baru ini berlaku sesuatu peristiwa dimana seorang wanita tua terkial-kial bersendirian membaiki jambatan kayu dibawah panas terik matahari.

Menurut wanita tersebut beliau terpaksa menebang kayu daripada hutan berhampiran untuk dijadikan tiang jambatan dan memunggut papan-papan kayu yang hanyut untuk membaiki jambatannya kerana beliau tidak mampu untuk membeli kayu.

Beliau telah menetap di Pulau Gaya sejak tahun 1973, mempunyai kad pengenalan Malaysia, berbangsa Bajau. Beliau menjelaskan beberapa pemimpin telah berulang kali menemuinya dan mengambil gambar jambatan tersebut. Namun tidak pernah ada bantuan yang sampai untuk membaik pulih jambatanya yang kian uzur.

Dengan nada sedih beliau tidak tahu lagi dimana untuk memohon bantuan kerana beliau seorang yang tidak mempunyai pendapatan tetap, buta huruf dan terpaksa menanggung suaminya yang sering sahaja sakit. Tegasnya kerana tidak tahan dengan janji-janji palsu para pemimpin yang tidak pernah ditunaikan. Beliau mengambil inisiatif membaik pulih sendiri jambatan sepanjang 100 meter lebih.

23 comments:

  1. Heheheh...mana lagi ingat bikin jambatan orang kampung...semua sibuk mengisi poket masing masing....kalo jambatan di Pulau saja...sikit untung...sebab kos pengangkutan mahal....sikitla nanti masuk poket dorang.....

    ReplyDelete
  2. Siapa yang lebih ramai tinggal di kawasan Kg. Air? Orang tempatan atau asing?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau di pulau gaya tu kebanyakannya adalah orang asing.

      Delete
    2. Ada juga orang tempatan, tetapi bilangan lebih kecil. Kebanyakan yang tinggal dalam kampung air adalah warga PATI.

      Delete
    3. Sekiranya ada ramai warga asing, memang patut bantuan tidak sampai2. tapi kesian la tu warga tempatan. lebih baik pindah saja.

      Delete
    4. Kerajaan sudah berputus untuk membina lebih banyak rumah PPRT untuk menampung keperluan rakyat miskin tempatan, mereka yang tinggal di kampung air bolehlah membuat pemohonan untuk perumahan yang lebih elok berbanding tinggal di situ.

      Delete
  3. apa pun, harap keperluan penduduk akan dipenuhi dengan sebaiknya.

    ReplyDelete
  4. Sebab kebanyakan yang tinggal di Kampung Air sebegini adalah PATI, percayalah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. PATI semakin bertambah banyak, keadaan ini menjejas perkembangan ekonomi negara.

      Delete
  5. Based on what i observe in Kg. Air, there seems to be more PATi than locals there.

    ReplyDelete
    Replies
    1. However, that shouldn't stop the government to help them upgrade the bridges there.

      Delete
    2. The leaders should fulfil their promises especially when election is just around the corner.

      Delete
    3. Upgrade jambatan untuk PATI, nanti Pembangkang menyalahkan kerajaan lagi bahawa kerajaan lebih menjaga keperluan PATI kerana menyediakan infrastruktur di kawasan pesat PATI.

      Delete
  6. Turun padang dan memahami keperluan dan kehendak rakyat.

    ReplyDelete
  7. Keselamatan harus diutamakan.

    ReplyDelete
  8. Harap pemimpin tidak cuma mementingkan tiket undian dan mengabaikan tanggung jawab dan tugasnya.

    ReplyDelete
  9. Baru-baru ini berlaku sesuatu peristiwa dimana seorang wanita tua terkial-kial bersendirian membaiki jambatan kayu dibawah panas terik matahari.

    Semoga tindakan wajar diambil oleh kerajaan agar golongan awam dapat menikmati kehidupan yang lebih baik dan stabil.

    ReplyDelete
  10. harap langkah yang sewajarnya akan dibuat berhubung dengan pekara ini.

    ReplyDelete
  11. cuma selalunya, kebanyakan yang tinggal di kg air adalah warga asing.

    ReplyDelete
  12. kerana kawasan itu ramai PATI lah ia kurang diberi perhatian, jika dimajukan PATI dpt manfaat.

    ReplyDelete
  13. Semoga bantuan akan dapat diberikan kepada penduduk dikawasan tersebut untuk memperbaiki jambatan yang telah usang.

    ReplyDelete
  14. Mungkin ada sebab perkara ini tidak dipedulikan. Apa pun penjelasan perlu bagi menggelak tanggapan negatif kepada kerajaan.

    ReplyDelete