KOTA BELUD - Mantan Ketua Kampung Lobong-Lobong Encik Laudi Bin Dalani telah datang ke Pejabat Perhubungan SAPP Bahagian Kota Belud pada 30/03/2012 untuk memohon pandangan daripada Ketua Bahagian N7 Kadamaian Puan Agnes Liewpin berkenaan surat penamatan perkhidmatan beliau selaku Ketua Kampung dengan serta merta tanpa sebab-sebab yang memuaskan.
Mengikut aduan beliau, kebetulan beliau datang ke Pejabat Mahkamah Kota Belud untuk mendapatkan perkembangan baru tentang isu isu daerah dengan Kerani Mahkamah En. Laidih Bugis pada pagi 29/03/2012. Kerani tersebut memberitahu ada surat untuk Ketua Kampung di Pejabat Daerah Kota Belud, maka beliau pun berjumpa dengan Pegawai Daerah Kota Belud pada masa yang sama. Beliau terperanjat apabila diberi surat penamatan perkhidmatan Ketua Kampung oleh Pegawai Daerah, dimana surat itu bertarikh 06/12/2011 tanpa memberi sebarang alasan yang memuaskan.
Mengikut mantan Ketua Kampung, beliau telah menjalankan tugasnya seperti biasa dari bulan Januari 2012 hingga Mac 2012 kerana beliau tidak tahu langsung beliau telah ditamatkan perkhidmatan bermula 31/12/2011 sehinggalah beliau menerima surat tersebut ada 29/03/2012.
Puan Agnes Liewpin telah memberi pandangan kepada beliau untuk membuat surat rayuan kepada Pejabat Daerah agar beliau di beri pertimbangan untuk menuntut elaun yang sepatutnya iaitu bermula dari bulan Jan hingga Mac 2012, disebabkan beliau telah berkhidmatan sebagai Ketua Kampung sejak tahun 1996 lagi.
Encik Laudi kecewa dengan layanan yang di beri kepada beliau kerana cara ini bertentangan dengan saranan Perdana Menteri iaitu Gagasan 1 Malaysia Rakyat di dahulukan, pencapaian di utamakan.
UMNOK Haprak! parti untuk Pilak saja.
ReplyDeleteBukan dalam surat penamatan tugas tu dijelaskan ke?
ReplyDeleteMemang tak tahu apa telah terjadi
DeletePatut ada ba tu, mustahil juga takda. Tapi mungkin betul juga takda alasan munasabah kot:P
DeleteBeri peluang dengan orang2 muda untuk pegang jawatan KK.lagipun En Laudi sudah berkhidmat sejak tahun 1996 lagi.takkan lah mau monopoli jawatan tu seorang.
ReplyDeleteBetullah itu, kenalah bagi peluang.
DeleteMemanglah orang muda patut diberi peluang, tapi sebolehnya buatlah dengan cara yang bagus kan supaya takda kontroversi.
DeleteKalau tidak pun mungkin, alasan dah kena bagi tapi si beliau ini yang tak mahu terima kot:P
DeletePasti ada golongan muda yang berkebolehan yang menantikan peluang.
DeleteYa kan juga. kasi peluang yang muda2 dan masih kuat lagi. Idea2 pun semua selari dengan arus zaman.
DeletePenjelasan yang baik kenalah bagi kepadanya. Memang tidak adil.
ReplyDeleteMentang2 dia dah berumur sedap ja jawatannya dilucutkan. huhu
DeleteApa sebenarnya yang berlaku? Beliau berhak untuk mendapatkan penjelasan atas apa yang berlaku terhadap beliau.
ReplyDeletePihak yang bertanggungjawab ke atas perkara ini harus tampil untuk memberi penjelasan. Harap apa yang berlaku mempunyai alasan yang munasabah.
ReplyDeletePenjelasan harus dibuat secepat mungkin sebelum lebih banyak andaian negatif dibuat.
DeleteHal ini perlu diperjelaskan bagi mengelakkan kekeliruan berpanjangan sehingga mencetuskan salah faham.
ReplyDeleteSemoga penjelasan yang diberi bolehjuga diterima oleh golongan awam.
DeleteThe government would not simply end his service without a good reason. I'm sure the readers here would like to know the reasons that was stated in the letter to why they end his service.
ReplyDeleteLaudi has been the ketua kampung since the year 1996, its about time he let other people take his place.
ReplyDeletekena terima ja pelucutan jawatan tersbut, tapi bagaimana srat perlucutan boleh lambat sampai? tapi haraplah elaun lebih perkhidmatannya di bayar.
ReplyDeleteNotice should be given right to the time.
ReplyDeleteSusah untuk difahami kenapa kerajaan bertindak secara meluru.
ReplyDeleteThere must be some reason, just wait for explanation.
ReplyDeleteApa boleh buat kalau perkhidmatan dihentikan. Namun sebaiknya berikan penjelasan kenapa perkara ini berlaku.
ReplyDeleteyang paling penting sekali, minta dulu elaun seperti yang disarankan oleh Agnes..
Deletemustahil la tidak ada sebab.. mesti ada tu.. tengok saja la sebaik menerima surat pemberhentian tu, bukan dia jumpa pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan surat itu, sebaliknya dia jumpa SAPP..
ReplyDelete