Search This Blog

Sunday, September 16, 2012

Perutusan Datuk Dr Jeffrey Kitingan sempena Hari Malaysia


Salam hormat dan salam perpaduan,

Saya,  Jeffrey Kitingan, Pengerusi STAR Sabah dan Presiden UBF, ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI MALAYSIA YANG KE-49 kepada seluruh rakyat Malaysia di Sabah atau di mana saja anda berada,

Seperti mana yang kita tahu,  16hb. September 2012 merupakan Ulangtahun Malaysia yang ke-49, manakala 31hb. Ogos 1963 sebagai Hari Kemerdekaan Sabah.

Semasa pembentukan Malaysia, Sabah adalah sebuah negara yang baru dan pemimpin-pemimpin kita masih mentah dalam politik kerana kita telah dimerdekakan:-
- sebelum bersedia untuk mentadbir negara dalam suasana dunia yang tidak menentu termasuklah:-

Perang Dunia Kedua yang baru berlalu;
Resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mendesak semua jajahan dibebaskan dan diberi kemerdekaan; serta
Isu keselamatan;
- Pemimpin kita yang belum berpengalaman telah dipujuk rayu untuk bergabung dengan negara-negara lain membentuk  Persekutuan Malaysia secara bersyara;.
- Pemimpin-pemimpin kita telah memberi kepercayaan penuh kepada pemimpin-pemimpin Malaya;
- Terpaksa bergantung kepada pemimpin-pemimpin Malaya kerana belum bersedia untuk memimpin Negara;
- Walau bagaimana pun, 2 tahun kemudian konsep Malaysia telah berubah setelah Singapura ditendang keluar dari Malaysia mengakibatkan senario baru dalam Malaysia;
- Dimana Sabah telah  terdedah kepada penguasaan Malaya;
- Malaya mengambil kesempatan penuh untuk memanipulasikan keadaan untuk kepentingan dan agendanya;
- Perjanjian Malaysia, 20-Perkara, syarat-syarat, janji-janji dan jaminan-jaminan telah diketepikan dan tidak dilaksanakan;
- Sabah kehilangan kedudukannya sebagai rakan kongsi sama taraf dan menjadi negeri yang dikuasai penuh oleh Malaya;
- Malaya se-olah-olah telah mengambilalih Sabah dari penguasaan British sebagai tanah jajahan dari segi politik, pentadbiran, ekonomi dan social;
- Sabah telah mula kehilangan kuasa kemerdekaannya.

Selepas 49 tahun dalam Malaysia, Sabah telah  mengalami banyak kerugian:-
- Hilang kuasa kemerdekaan dan autonomi;
- Hilang kekayaan minyak dan gas;
- Kehilangan hasil cukai dan ekonominya;
- Hilang kuasa politik kepada parti Malaya ia itu Umno kerana sekali lagi pemimpin-pemimpin kita di Sabah telah diperdaya kononnya parti besar dan nasional lebih baik daripada parti kecil tempatan dan terkorbanlah USNO;

- Hari ini kita tahu kebenarannya apabila disebaliknya yang telah berlaku.
Pertama agenda Malaya tidak sama dengan agenda kita, kepentingan mereka tidak sama dengan kepentingan kita.
Harapan dan kepercayaan kita sekali lagi menjadi kekecewaan kita.
- Anak negeri atau orang asal telah kehilangan hak dan terpinggir;
- Pendatang asing pula membanjiri negeri Sabah tanpa kawalan dan diberi kerakyaatan sertamerta secara songsang dan diberi hak mengundi mengakibatkan rakyat Sabah kehilangan hak demokrasi untuk menentukan kuasa politiknya;
- Pemimpin-pemimpin politik Sabah pula kehilangan semangat juang dan menjadi sekadar boneka dan barua Malaya;
- Sabah menjadi Negeri termiskin di Malaysia kerana hasil dan pelbagai sumber kekayaan kita dirampas;
- Masalah kita di Sabah bukan pula diselesaikan malah bertambah parah;
- Rupa-rupanya parti besar ini hanya memperalatkan orang Sabah untuk kepentingan politik mereka;
- Sekarang, Sabahan dihina dengan menganggap Sabah sebagai “fixed-deposit” atau simpanan tetap Umno/BN dan Malaya;
- Dimana kah maruah dan harga diri apabila identiti kita tidak diiktiraf dan hanya dirujuk sebagai bangsa ‘lain-lain’?

Menjelang 2013, Sabah akan menyambut golden jubilee (jubile emas) kewujudan Malaysia.
- Sabahan harus menilai kedudukan kita, di mana kita sekarang dan apa yang telah kita lalui  serta kemana kah halatuju kita???

- Sabahan harus belajar dari sejarah, jangan lagi diulangi kesilapan kita – menjelang tahun ke 50 pembentukan Malaysia kita harus mengambil kesempatan ini untuk menyedari 3 perkara, ia itu

1. Ini lah masa untuk membebaskan diri kita dari neo-kolonialisma:-
- Bebaskan diri kita dari cengkaman politik Umno/BN dan Malaya;
- Bebaskan diri kita dari kebergantungan kepada Kuala Lumpur/Malaya;
- Bebaskan diri kita dari kemiskinan dan membebaskan diri kita dari belenggu kekolotan minda (ignorance).

2. Masa ini lah juga  untuk  menuntut dan memulihkan hak-hak, kemerdekaan dan maruah kita.
Kita harus berjuang untuk mendapatkan semula:-
- Autonomi kita;
- Hak dan kuasa politik kita;
- Hasil ekonomi dan sumber kekayaan kita;
- Identiti kita sebagai Sabahan.

3. Masa untuk Sabahan memulakan era baru untuk Sabah, memperkukuhkan identiti bersama kita sebagai Sabahan:-
- Sabah Borneo/Borneo Utara Malaysia;
- Kita harus membuat keputusan untuk masa depan sendiri;
- Mencorakkan sendiri pembangunan politik, ekonomi, sosial dan lain lain berasaskan potensi-potensi negara kita;
- Kita harus menguasai dan mengurus politik kita sendiri;
- Kita harus menyusun semula dan mempertingkatkan pentadbiran kita demi mempercepatkan pembangunan sesuai dengan keperluan semasa;

- Kita juga harus memperkenalkan dasar-dasar dan program-program sosio-ekonomi, pembangunan dan pendidikan yang baru;
- Dan keselamatan kita harus dipertingkatkan supaya lebih selamat;
- Institusi-institusi yang lain perlu juga kita majukan.

4. Jangan kita lupa bahawa masa depan di tangan kita.
Untuk mencapainya kita harus melalui proses-proses berikut, ia itu kita bermula dengan:-
- Kesedaran, selepas itu pemahaman; dan
- Seterusnya diikuti dengan tindakan.
- Maka dengan proses ini kita bolehlah memperbaharui dan membina semula masa depan negeri kita yang baru;  dan
- Seterusnya dapat menghayati dan menikmati erti kebebasan dan kemerdekaan yang sebenar.
- Jangan lagi kita terlalu bergantung kepada orang lain untuk memimpin dan mengurus negeri kita.
- Kerana kini kita sudah dewasa dalam politik.
- Kita harus bersatu dan bertanggung jawab;
KALAU BUKAN KITA SIAPA LAGI….
KALAU BUKAN SEKARANG BILA LAGI….
 INI KALI LAH.

Sekian, SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA.

Datuk Dr. Jeffrey Kitingan, Pengerusi STAR Sabah

68 comments:

  1. Bersetuju. Kita mulakan dengan pendidikan. Kita harus menebus kembali maruah Sabahan yang dimanipulasi gadai oleh pihak yang tamak.

    Inilah masanya. Kali ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga Kerajaan BN akan memastikan kepentingan penduduk Sabah adalah hak mereka. Itu yang perlu Kerajaan BN lakukan sekarang ini.

      Delete
    2. Jika kita lihat sekarang pihak pembangkang cuba memainkan isu Politik Sabah ini dengan kepentingan dan kuasa Sabah sendiri. Maka kerajaan perlu membuat yang terbaik untuk menyelesaikan maslah yang dibangkitkan oleh pembangkang ini.

      Delete
    3. datuk masidi juga sudah menyuarakan pendapat beliau di mana mahu sejarah dan budaya sabah dimasukkan dan diperbanyakkan dalam buku sejarah sekolah..

      Delete
    4. Nampaknya banyak manifesto keluar namun hanya hampas saja.

      Delete
    5. Tukar pemimpin yang tidak boleh diharap untuk jalankan tugas.

      Delete
    6. pendidikan penting jika nak maju.

      Delete
  2. MALAYSIA IS A SCAM!

    TAKE BACK OUR COUNTRY!


    (ARE WE ALLLOWED TO EXPRESS AN ALTERNATIVE VIEW ON BLACK M DAY?)

    It has been expressed by both Sabahan & Sarawak writers that 16 September marks a black day for Sabah and Sarawak.

    On this day in 1963 Sabah and Sarawak (after being given nominal independence by Britain) were incorporated or using the buzz word “integrated” as the 12th and 13th states of Malaya not as equal partners as Tunku Abdul Rahman Declared. Britain had merely used “Malaysia” to transfer its colonial control of the 2 colonies to Malaya despite the people’s opposition.

    We were not even “equal states” since Malaya treated us as colonies and looted our oil wealth to built up the Malayan economy. Along the way some $450 BILLION of oil related money has disappaered.

    In 49 years while Malaya got rich by stealing our wealth, Sabah and Sarawak were reduced to the poorest states and deprived of any self determination.

    So on this black day, we must all ask what is the value of 49 years of being the oil pump stattons for Malaya?

    Sabah and Sarawak patriots must ask themselves seriously….should we allow this situation to continue?

    Do we want to remained locked itno the neo-colonial scheme to keep us as colonies?

    Should we not all start to find ways to take back our country?

    Comment by ANON — September 16, 2012 -HOrnbill Unleashed
    ..........................................................................................................................

    Real Patriots of Sabah Sarawak have nothing to celebrate- except that is is a black day in both our histories.

    From "independence" we were quickly made dependent states "integrated" into the new colonial Malaysia political military and economic structure.

    Dr. Jeffrey has summed up the political development of 49 years of how we continued to be a new colony of Malaya.

    The question is are Sabahans and Sarawakians going to tolerate another 50 years of foreign Malayan Rule?

    Are going to take back our country?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Enough... enough..... enough of being yoked. Can' t carry this no more.

      Delete
    2. jadi apa tindakan kau? apa yang perlu dibuat? perang saudara kah? korbankan keamanan dan keharmonian hidup rakyat semata-mata untuk mencapai cita2 politik segelintir individu?

      Delete
    3. Jangan emosi saudara, kita masih perlukan tunggak untuk bangunkan kita. Bukan main cakap saja.

      Delete
  3. wonder what Sabah BN leaders n supporters will feel after reading this message. if they find no truth in it and nothing wrong with what they have done and doing, then i don't know how clouded their mind n heart with greed for money n power.God bless them.

    Although i agree with most said in this message, i disagree to equate all malaya parties with the same intention and ways of ruling. Pakatan is not the same as BN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. If you ask me to compare Pakatan and BN , my answer is very simple.
      The proverbial comparing an apple and an orange doesn't apply.

      I much believe that our own local pasture should be nurtured. Read parties.

      Delete
    2. ya tidak sama tapi Pakatan juga menggunakan pendekatan parti nasional adalah lebih baik daripada parti tempatan...asal dari malaya dianggap parti nasional konon...PR membuli parti2 pembangkang sabah...kalau PR betul tidak sama dengan BN, maka PR harus membubarkan semua cawangan mereka di sabah dan sarawak dan fokus di semenanjung dan bentuk kerjasama dengan parti pembangkang tempatan..tapi nampaknya pemimpin2 PR lebih mengutamakan cita2 politik mereka...sabah dan sarawak tidak untung apa2...

      Delete
    3. Anybody is free to speak out their mind. However, we shouldn't looked it as part of our mission to knock down the government.

      Delete
  4. UMNO parti yang boleh memperjuangkan hak-hak negeri Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. No, thank you no more. We don't want umno to hijack us any longer

      Delete
    2. Kalau UMNO parti yg boleh memperjuangkan hak2 Sabah, kenapa 20 perkara dicabul dan dipijak2 oleh k'jaan BN? Kenapa?????????

      Delete
    3. Betul.

      UMNO adalah parti yang boleh memperjuangkan hak-hak negeri Sabah dengan mengimport PATI ke Sabah, memutarbelit sejarah Sabah, rampas hasil kekayaan bumi Sabah, rampas kuasa autonomi Sabah dan rampas harta2 berharga di Sabah untuk kepentingan nasional orang Malaya terutamnya kroni2 Umno BN.

      Delete
    4. haha.. memperjuangkn hak2 negeri sabah...??? mana perjanjian 20 perkara.. siapa yg bawah PTI masuk sabah.. PROJEK IC siapa yg BUAT...?? dulu mungkin penduduk negeri sabah belum pandai fikir.. makan pujuk rayu BN... tp ingat sekarang pemuda baru boleh mengundi...

      Delete
    5. memperjuangkan buntut Sepol adalah keutamaan UMNO...

      Delete
    6. Yang penting kita masih hidup dalam serba kesederhanaan.

      Delete
    7. masing2 ada penilaian terhadap UMNO. terpulanglah pada individu samada mau menyokong UMNO atau tidak.

      Delete
    8. biar rakyat buat pilihan.

      Delete
  5. Becoming sickly hearing about ketuanan. Najib's Malaysia Day speech I gather is about survival of ketuanan. Puke , puke, puke

    ReplyDelete
  6. Orang Islam patut sokong UMNO kerana UMNO adalah lambang ketuanan bangsa dan agama.Orang Islam yang tidak sokong UMNO adalah penghianat negara dan penderhaka kepada perjuangan untuk menegakkan Islam di Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 20 perkara mengecualikan Sabah. Ketamakan berlindung di sebalik agama dan ketuanan

      Delete
    2. hoi, jangan sekali kali campur politik dengan islam. Kalo nak juga sokong PAS lebih ianya lebih melambangkan agama Islam.

      Senang senang , sikit sikit nak pakai agama untuk dapat sokongan umat islam kepada Umno... tak islam pun pemikiran kamu.

      ingat orang islam mudah terpedayakah??????

      Delete
    3. Alhamdulillah...untung masih ada penyokong UMNO yang masih berfikiran sempit, kalau tiada pendukung UMNO seperti ini, sudah pasti tumbang UMNO kali ini...terima kasih...teruskan perjuangan..

      Delete
    4. agama, budaya, kepercayaan tidak patut dicampurkan dengan politik...macam PAS...agama disatukan dalam politik...

      Delete
    5. Sabah is a state with diversity so please bear in mind, we are fighting for all and not for certain people.

      Delete
    6. Ada juga parti khas untuk satu bangsa dan satu agama.

      Delete
  7. Umno dan pemimpin Umno adalah pengkhianat Negara Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. fikir balik, siapa sebenarnya yang menjadi pengkhianat....

      Delete
  8. siapa kata umno parti yang boleh memperjuangkan hak-hak negeri sabah?kepala hotak kaulah mimang bigoh!kalau lah ada meliten di sabah ini kepala kau sudah disimbeli.mimang orang ini tak layak untuk hidup.. kalau boleh, tangkap dia dan kasi cincang-cincang, bagi buaya makan lagi bagus.

    ReplyDelete
  9. Focus, focus , focus! Jeffrey, how to secure as many seats. this is not the time to preach about rights and history, neither dreaming of strategies or twinkling stars.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah perjuangan STAR WARS..siok sendiri. Jentera sendiri belum kuat, sudah cakap besar.

      Delete
    2. memang siok sendiri...sama juga macam tu SAPP dan PR...cakap saja besar...

      Delete
    3. lepas STAR apa lagi parti yang JK mau buat ni. tidak mungkin STAR boleh menang apa lagi berketuakan pemimpin yang tiada pendirian.

      Delete
  10. kwn perasaan ka sekarang BN sedang mahu maju kn sabah.. sebab mo dekat mengundi sudah... maklum la pancing undi katakan.. kenapa baru sekarang sabah kena tengo?? sblm2 ne mana kmu BN?? lepas mengundi hilang bgitu sahaja.. kamu boleh pancing undi la sebab kmu kerajaan.. kalau bembangkang susah peruntukan sebab bukan pembangkang yg menaraju negara.. tp cuba kalau pembangkang yg terajui negara.. memang yg pegang duit negara pn dari pembangkang k..

    ReplyDelete
  11. kwn2 jangan makan pujuk BN.. tgo sapa yg bwa PTI masuk sabah.. sapa yg bg dorang ic (PTI).. tunggu BN halau semua pendatang yg dorang bawa masuk.. sepanggar saja Banyak PTI dan ada IC lg tu.. dr mna smua tu?..??

    ReplyDelete
    Replies
    1. PKR pula mahu berikan PR kepada PATi di Sabah. Naaa sama saja bohongnya.

      Delete
    2. itulah...PKR magu bagi status penduduk tetap kepada pendatang asing kalau PR menang...lepas bagi status penduduk tetap, mesti lah mo bagi IC lagi...sama saja...sekarang najib mahu lawan tu projek IC pakai RCI...mahathir takut sudah...

      Delete

  12. BN UMNO ADALAH PARTI ORANG ORANG PINTAR DAN LICIK.Mereka licik menipu dan memperdayakan orang lain.Singapura ditendang keluar kerana ada Lee Kuan Yew yang BN UMNO namapak akan memjadi ancaman pada masa depan.Brunei (yang kita fikir bodoh tapi agak pintar( tidak menyertai pembentukan MALAYSIA.

    Bagi orang orang Sabah yang pintar pintar akan hanya ada dua pilihan (1) melawan - ISA dan (2) terpaksa jadi hamba dengan ikut telunjuk.

    Allahy. Tun Mustapha baru sedar ketika USNO hilang kuasa,Tun sempat berkata kepada beberapa orang Bajau Kota Belud,"KITA INI TERANG TERANG KENA BUYUK MALAYA".

    Allahy. Tun Fuad Stephen bila sedar hal ini dan buat bising,KAPAL TERBANG YANG BELIAU TUMPANG - BOOM - Kaput,,,,jadi lah DOUBLE SIX.

    Jadi sekarang apa pilihan kits? boleh hidup sebagai HAMBA atau ...... sebagai anak jantan Sabah.


    Gonzales
    Ex Pirate of MSSR

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak yang berani cakap saja tapi tidak berani buat mahupun sanggup berkorban.

      Delete
  13. The New Paper [British?) wrote, "The royal couple, left Malaysia on Friday night..."
    Minus being verbose, cutting to the chase, Sabah is ID'd (identified) as North Borneo. The world knows us as such. Why are we north borneons stuck where we are wanted for what we have.?
    The royal couple left North Borneo on Sunday morning for Tuvalu, right?
    '
    Kita berambuslah cepat-cepat. I'm dreaming of Sabah Independence everyday

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dream without action is pointless.

      Delete
  14. Tidak ada lebih layak memimpin Sabah daripada UMNO.Pembangkang hanya pandai kipas satay.

    ReplyDelete
    Replies
    1. You stink. You are best ignored

      Delete
  15. Mulut pembangkang bau busuk.No.1 kalau sumpah orang tapi kalau kritik dorang tidak boleh.Cepat naik angin.Macam gengster terlepas.

    ReplyDelete
  16. TMZ (also) reported. Quote. " Kate Middleton and hubby Prince William took their minds of the Duchess' topless photo scandal by scaling a giant tree yesterday during their trip to Sabah, Borneo.

    The royal couple have been touring Southeast Asia, having previously visited Malaysia and Singapore. " Unquote.

    Seriously? What are we doing? It's now or never. Let us get out. Independence, please...

    ReplyDelete
  17. jeffrey memang terkenal dengan rancangan memisahkan Sabah dr Malaysia,tapi,sudah lama dia coba,ada gunakah?kan dia pernah ditahan under internal security act, sekarang dia cuba lagi,tidak faham2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Doubt when once Jeffrey got into power, he forgets all what he preached before.

      Delete
    2. JK mau dapat nama dan kedudukan saja tu.

      Delete
    3. nama tidak penting tapi kedudukan penting untuk memulakan strategi..

      Delete
    4. star masih baru di Sabah dan mereka juga tidak berjaya di Sarawak.

      Delete
  18. tidak setuju kalau Sabah keluar dari Malaysia,kan sekarang Sabah tengah dikembang,KKIP pun sudah propose nak develop 800 acres sebagai Park.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang pentng adalah usaha untuk majukan Sabah.

      Delete
  19. He has his own opinion and we must respect his point of view.

    ReplyDelete
  20. We are free to share anything as long as it is not something to insult others.

    ReplyDelete
  21. It does not really matter on whether Sabah being part of Malaysia or as an independent country. What it does matter is that, whatever it turns out to be, we have to elect a good leader, a good party to lead and govern future development of Sabah.

    ReplyDelete
  22. Selamat Hari M'sia ke 49

    ReplyDelete
  23. kalau star ni gagal entah JK akan lompat parti lagi atau tidak?

    ReplyDelete
  24. biar rakyat Sabah yang tentukan siapa pilihan mereka pada pru13.

    ReplyDelete
  25. keharmonian dan keamanan yang ada harus dikekalkan.

    ReplyDelete
  26. ini saja la isu si JefFrog Kitingan.. tidak ada la isu dia bawa dari kawasan2 pedalaman.. pemalas turun padang betul..

    ReplyDelete
  27. dia cuma sebut hari malaysia dengan kemerdekaan sabah.. kemerdekaan malaysia macam mana?? kalau betul pun tidak sabar mahu bawa Sabah keluar dari Malaysia, jangan pandai2 nafikan kemerdekaan Malaysia.. Sabah masih dalam Malaysia..

    ReplyDelete