“Sungguh bermakna bila melihat rakyat jelata Sabah berkumpul membanjiri Stadium Likas untuk ibadah khas memberkati Malaysia sempena sambutan Hari Malaysia ke-49” kata Datuk Dr. Jeffrey Kitingan selepas menghadiri majlis tersebut pada 16 September 2012.
Fakta sejarah sudah cukup membuktikan kedudukan dan status Sabah sebelum, semasa dan selepas Perjanjian Malaysia dimeterai, malangnya pemimpin-pemimpin BN, khususnya dari Kuala Lumpur terus menafikannya. Sempena sambutan Hari Malaysia di Bintulu baru-baru ini, kita mengharapkan kerajaan mula sedar dan memberikan jaminan terhadap hak-hak Borneo. Malangnya Perdana Menteri hanya menggesa rakyat Borneo untuk menghormati asas pembentukan Malaysia yang diusahakan oleh para pemimpin terdahulu tanpa menjelaskan siapa sebenarnya yang tidak menghormati Perjanjian Malaysia, adakah rakyat Borneo atau Kuala Lumpur?
Pemimpin-pemimpin BN Sabah pula terus menyajikan hujah bahawa Sabah sememangnya hanyalah berstatus negeri sejak dari awal. Benarkah demikian?
Kalau Sabah adalah sebuah negeri, kenapa British perlu memberikan kemerdekaan pada 31 Ogos 1963? Kalau sejak awal Sabah hanyalah sebuah negeri, kenapa negeri-negeri Malaya tidak turut serta dalam perundingan dan menurunkan tandatangan?
Kenapa negeri-negeri Malaya tidak ada pra-syarat seperti 20 Perkara untuk Sabah dan 18 Perkara untuk Sarawak?
Kenapa perkara 19 dalam 20 Perkara disebut bahawa gelaran Sabah ialah sebuah Negara?
Mereka juga lupa bahawa pada tahun 1956, Negara North Borneo (Sabah) telah menghantar dua orang wakil ke Sukan Olimpuk di Australia. Lebih menarik semasa pengistiharan Perjanjian Malaysia, audio sebenar jelas memanggil Sabah sebagai Negara.
Perkembangan ini amat menyedihkan kita. Perdana Menteri mendesak rakyat Borneo menghormati Perjanjian Malaysia,sedangkan merekalah yang mencabuli perjanjian.
Keadaan lebih parah apabila pemimpin tempatan sendiri berwatak dan bersuara bagi pihak Kuala Lumpur dan bukan menyelami denyut nadi rakyat Borneo. Ini menunjukkan bahawa perjuangan rakyat Sabah sejak sekian lama untuk menikmati hak yang dipersetujui nampaknya hanyalah mimpi di siang hari.
Untuk menunggu Kuala Lumpur berubah nampaknya mustahil.
Yang perlu berubah ialah rakyat Sabah sendiri dengan menyedari bahawa masa depan Sabah terletak di tangan sendiri. Malaysia telah memasuki usia 49 tahun. Angka 49 merupakan angka yang unik dan penuh makna kerana angka ini membawa kepada tahun Jubili Emas Malaysia ke-50.
Sempena ulangtahun Malaysia ke-49 ini, biarlah rakyat Sabah bertekad membina kesatuan agar Sabah kembali menikmati makna sebenar kemerdekaan, pemulihan hak, autonomi dan pembaharuan menjejak era baru Sabah.
Ini Kali lah !
Datuk Dr. Jeffrey Kitingan ialah Pengerusi STAR Sabah
What is STAR Sabah's plan on Economy if they manage (which look very unlikely) to take over the State Government in the next GE?
ReplyDeleteTalking rhetoric alone will not going to make a party win the election.
STAR sabah will not form a new state govt after the general election? why? because STAR sabah will lose if not to BN, then PR/SAPP..
Deletedon't trust with this Sarawak-origin party.
DeleteJika kita lihat kerajaan telah pun merancang yang terbaik kepada kita.
DeleteSTAR dengan pemimpin JK rasanya tidak jauh kemana pun sokongan mereka.
DeleteParti dari Sarawak ini tidak perlu disokong. Tidak ada yang boleh mereka buat sebenarnya. Cuma tahu berkata-kata kosong.
DeleteJK terkenal dengan gelaran raja katak di Sabah ini.
DeletePerlukah kita diperintah oleh mereka yang tidak ada pendirian yang tetap. Rasanya kita perlu memikirkan perkara ini.
DeleteJK pasti akan lompat parti selepas ini jika kalah lagi.
DeleteLet see how far STAR can go.
DeleteSabahans are supporting the right government so yeah.
DeleteSTAR hanya tabur janji retorik.
DeleteI don't buy it.
DeleteJanji2 manis yang ditaburkan hanya mengundang banyak masalah.
DeleteGE is coming its way so I think lots of promises have been given.
DeleteMalas nak pertikaikan kredibiliti SAPP ni.
DeleteThey dun have any plan and idea how to manage Sabah for sure, zero effort on contribution but full force on attacking government, only.
DeleteSTAR seperti memainkan sentimen untuk rakyat sabah membenci rakyat malaya...
ReplyDeleteObviously, this is the only thing they are able to do, mislead citizen to be a hater.
Deletepembangunan di negeri sabah semakin rancak...peruntukkan besar diberikan kepada sabah..diharap bajet 2013 akan memberikan harapan kepada sabah.
ReplyDeletetahun 2012 Sabah menerima bajet terbesar, harap tahun 2013, Sabah menerima lebih byk bajet.
DeleteBersyukur dengan apa yang ada, pembangunan Sabah smakin banyak.
DeleteSentiasa bersyukurlah, hidupan penuhi kesengsaran kalau tidak berfikiran optima,keperluan dipentingkan.
Deletebagaimana STAR mahu pastikan sekiranya PR menawan putrajaya, PR akan menurut segala perjanjian dalam 20 perkara?
ReplyDeletesemua tu tidak dapat dipastikan. orang akan sentiasa berubah, apalagi janji yang dibuat.
DeleteJanji memang senang untuk di buat, tapi belum tahu dapat menunaikan lagi, JK memang pandai cakap sahaja.
Deletekalau tiada jaminan dari PR, maka adalah lebih baik STAR memutuskan sebarang hubungan politik dengan PR dan berdiri sendiri untuk menghadapi pru13..
ReplyDeletejangan haraplah STAR dapat berdiri sendiri nanti...saya ada dengar2 yang STAR tidak layak bertanding kerusi DUN...
DeleteSTAR sudah didaftarkan juga ka melalui RoS?
DeleteStar tidaka mendapat sokongan di Sarawak.. apa lagi di Sabah.
DeleteSabahan tau semua ni, tapi sokongan tidak akan diberi kepada STAR.
Delete“Sungguh bermakna bila melihat rakyat jelata Sabah berkumpul membanjiri Stadium Likas untuk ibadah khas memberkati Malaysia sempena sambutan Hari Malaysia ke-49” --> semoga ini diamalkan selalu di hati Sabahan
ReplyDeleteya..masa depan Sabah terletak di tangan rakyat sendiri
ReplyDeleteMasa depan Sabah ditangan sendiri, berusaha majukan Sabah bersama-sama dengan bantuan kerajaan.
Deleteapa yang penting, rakyat Sabah perlu bersatu hati sebagai Sabahan dan hidup dalam aman-damai
ReplyDeletebersatu padu menjadikan kita kukuh dan suasana lebih harmoni.
Deletekeharmonian dan perpaduan antara kaum dan bangsa harus sentiasa dieratkan.
Deletedan kerajaan perlu memastikan ini disemai dalam hati rakyat Sabah dan bukannya memecah-belahkan mereka
ReplyDeletekeharmonian yang penting di Sabah
Deletemajulah Sabah untuk orang Sabah!
ReplyDeleteSabah harus melakukan sesuatu yang boleh mengembalikan status sabah sebagai sebuah negeri.
ReplyDeleteSabah hanya untuk orang Sabah.
ReplyDeleteKerjasama antara pihak harus ada demi untuk kebaikkan bersama.
ReplyDeleteStar hanya buat publisiti untuk mengingatkan rakyat akan kewujudan Star
ReplyDeleteItu saja..kembalikan hak tapi macam mana Sabah akan ditadbir nanti, tidak pula STAR cakap.
ReplyDeletePemimpin Star ada agenda sendiri, jika tidak kenapa beliau suka lompat dari satu parti ke parti lain..bagaimana mau percaya beliau dapat menjadi pemimpin baik untuk rakyat Sabah.
DeleteSAPP dan STAR mahu berjuang sendiri. Terang2 tidak akan menang. Sampai ke bintang la mimpi kamu.
ReplyDeletekedua parti ini mmg tidak sefahaman.
Deletengam la tu bro.. selamat juga sabah dari pemimpin2 tamaha ni..
Deletememang sangat bermakna melihat rakyat sabah bersatu.. yang tidak bermakna tu bila JefFrog sorang saja yang enggan bersatu dengan pembangkang2 yang lain..
ReplyDeleteisu yang dia bangkitkan pun mesti pasal sejarah.. macam la dia tu pakar sejarah.. rakyat sabah patut mendengar isu yang cuba dimainkan oleh JefFrog dari pakar2 sejarah, bukan pakar politik..
ReplyDelete